Pages

Sunday, April 1, 2018

Namaste India - part 5

Belum puas lagi menikmati keindahan salji di Sonamarg, kita sambung pula ke Gulmarg. Salah satu tempat yang masyhur di Kashmir dan jaraknya dari Srinagar lebih kurang 55km tapi keadaan jalan yang kurang sempurna, telah mengambil masa 2 jam! 

Belum sampai lagi tapi dah nampak pemandangan cantik. 

Sebelum meneruskan destinasi, kita makan dulu. Kebetulan masa sampai dah waktu makan. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan sebab terlalu menikmati juadah makanan. Nak buat macamana, aku dengan makanan tak dapat dipisahkan. 

Makan pun sudah, perut pun kenyang, kita jalan ke tempat menaiki gondola ke phase 1. Gondolanya kecil sahaja. Boleh muat untuk 3-4 orang sahaja. Masa naik gondola, hujan turun pula. Bertambahlah sejuk dibuatnya. 

 Nampak tak salji putih tu? Geram je tengok. 


Inilah rupanya di phase 1. Semuanya putih! 

Rata-rata ahli kumpulan lain mengambil kesempatan naik sledge dan main salji. Aku tak ikut sebab tak tahan sejuk. Jadi aku jalan-jalan sekitar phase 1 sambil tunggu mereka balik. Rupanya bukan aku seorang sahaja yang tak ikut, roomate aku, Kak Zu pun sama. Yeaah ada geng. 

Balik dari Gulmarg, singgah lagi ke kedai saree yg diusahakan oleh penduduk miskin Kashmir. Aku tak beli apa-apa. Angin shopping belum datang lagi. Aku tengok je, bagi peluang mereka shopping. Bukan apa kalau aku dah mula shopping, memang tak ingat dunia. Bahaya! 

Habis shopping, balik ke houseboat. Hari esoknya dah nak balik ke Delhi. Sedih pula nak tinggalkan Srinagar ni. 

p/s: ada drama yang tak diduga akan berlaku nanti. 

No comments:

Post a Comment