Pages

Tuesday, October 2, 2018

Western Australia Exploration - part 1

Kuala Lumpur - Perth 

Untuk pengetahuan semua, ini adalah trip ke Perth pada tahun 2016. Baru sekarang aku nak kongsi trip ke Perth dan aku cuba untuk ingat kembali walaupun dah 2 tahun berlaku. Biar lambat asalkan selamat ya. Hehehe..

Hari pertama menjejak ke bandar Perth lebih kurang pukul 12.05am, lepak dulu di airport sambil tunggu masuk solat subuh. Jangan risau, di airport ada disediakan bilik mandi jadi boleh mandi dulu sebelum memulakan perjalanan. Selesai sahaja solat subuh, ambil teksi dan terus ke hotel untuk letakkan beg. Waktu check in belum lagi jadi aku ambil keputusan untuk jalan-jalan ke Fremantle. 

Simpan dulu beg di hotel baru boleh jalan. 

Menginap di Criterion Hotel. 

Cara mudah untuk ke Fremantle adalah menaiki keretapi. Naik sahaja keretapi dari Perth dan turun ke stesen yang terakhir. Untuk sampai ke stesen Fremantle mengambil masa lebih kurang setengah jam.  

Sampai je ke stesen Fremantle, terus cari E-Shed iaitu tempat yang selalu menjadi tumpuan untuk membeli cenderamata. Belum apa-apa lagi, dah shopping dulu. Pantang betul! 

Di E-Shed ada 2 kedai besar yang menjual cendermata. Kedudukan kedai pun sebelah menyebelah. Tak salah aku, 1 kedai tu pemiliknya asal dari Singapura dan dan 1 lagi pemiliknya dari Indonesia. Bila sampai sana, pilihlah mana yang suka. Kalau nak ikutkan jenis barang dan harga antara 2 kedai adalah lebih kurang sama je. 



Puas shopping, kita makan dulu. Kalau dah sampai Perth, rasanya tak sah kalau tak cuba makan fish & chipsnya. Jauh juga nak jalan kaki ke Kailis Fish Market Cafe dan aku hampir sesat dibuatnya. 



Terus terang bagi aku fish & chips rasa biasa sahaja. Untuk makanan untuk 2 orang makan, harganya dalam $50. Bayar dah mahal, sayang pula kalau tak habis. Kalau nak sos cili, ada tambahan bayaran pula. Kalau aku tahu dari awal, aku bawa sos cili siap-siap. Berani kau? Dahlah nak bawa barang ke Australia ini bukannya mudah. 

Bila nak balik semula ke hotel, boleh pula hujan lebat. Kenalah tunggu sampai hujan reda baru dapat naik keretapi. Asalnya aku dah letih nak jalan kaki ke stesen keretapi tapi nasib baik ada bas free. Apa lagi, kita naiklah. Kebetulan masa dalam bas, boleh jumpa pelancong dari Malaysia. Kalau ke Perth, memang akan jumpa pelancong dari Malaysia. 

Sampai di hotel, check in dulu. Dah dapat bilik, terus rehat sebab hari esoknya akan bermula perjalanan untuk meneroka Western Australia. 

p/s: hampir-hampir langgar kangaru.

19 comments:

  1. yezaaaa da bukak cerita baru. akak menapak dari ESHed ke Kailis ? pergh. kental gilaaa jauh tu. and yes fish n chips diorang biasa je cuma da kata famous kenala pegi kan. CT order platter udang n sotong. fish n chips 1 je harga ya rabbi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai sana kenalah cuba. Tak cuba mana nak tahu sedap atau tak. But now we know already. Memang jauh jalan rasa nak pengsan pun ada.

      Delete
  2. Kalau first day dah ambil kereta taklah banyak sangat menapak tapi kalau suhu nyaman ok lah juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tapi saya plan ambil kereta pada hari kedua. konon nak jimat belanja.

      Delete
  3. Pada kami, Chilli Mussels tu lagi sedap dari Fish & Chips.
    Kekadang, Fish & Chips dia marvelous pula. Setanding Europa.
    Tip: Bawa sauce chilli/mayo sendiri like we did.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok next time boleh cuba makan. Thanks for the tips.

      Delete
  4. Yeah dh stat tulis blog balik. Rerajin makcik weh, lama tgu kau updet crita travel. Taknak up crita kita venture smlm di HCM ke gara2 tuk shopping 😂😂

    ReplyDelete
  5. Aku cuba nak rajinkan diri. Harapnya berkekalan. Cerita kita di HCM memang tak boleh lupa. Bila ingat balik, memang kerja gila.

    ReplyDelete
  6. salam ziarah & salam perkenalan..bestnyer gi Perth..kite ni ntah bile nak sampainyer..tabung asik bocor..hihihi

    btw, jemput singgah blog kiter yer sis :) http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, salam perkenalan dan terima kasih sudi singgah. Perth memang best. Bandarnya cantik dan santai. InsyaAllah ada rezeki nanti sampai juga.

      Delete
  7. macam best je boleh jenjalan negara orang

    ReplyDelete
  8. Dulu JM pun stay kat criterion hotel ni..bilik beso siap masak nasi sup sayo dlm bilik guna traveller rice cooker

    ReplyDelete