Pages

Saturday, November 24, 2018

Western Australia Exploration - part 4

Pemberton - Augusta

Memandangkan sampai di Pemberton dah malam, tak dapat bayangkan macamana rupa keadaannya. Esok pagi tengok, cantiknya tempat ni. Nak tengok? Jom! 

Aku menginap di Karri Forest Motel, Pemberton. 

Di hadapan bilik. Siap ada kerusi untuk lepak-lepak. 

Di sekitar kawasan motel. Ada kolam renang di belakang tu. 

Laluan masuk. 

Kami tak teroka lebih lanjut bandar Pemberton sebab destinasi seterusnya agak jauh. Walau bagaimanapun untuk membuktikan kami dah sampai di Pemberton sempat lagi berhenti sekejap di papan tanda Pemberton. 

Aku rasa orang yang tengok gelagat kami mesti dah tahu yang kami ni bukan orang sana. Ada siap lambai-lambai lagi tu. Agaknya apalah yang mereka fikir bila tengok kami ya? Hehehe..



Dah sampai Pemberton!

Destinasi yang kami tujui adalah Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta dan untuk sampai ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Aku tak tahu kenapa, aku suka singgah tengok rumah api kalau ke mana-mana. 

Masa sampai di sana, aku dapat tahu rumah api tersebut dalam proses ubahsuai. Jadi tak dapat nak naik rumah api sampai atas. Sedih sebenarnya dan silap aku juga sebab tak periksa terlebih dahulu. 




Di sini juga dapat menyaksikan pertembungan dua lautan iaitu Lautan Hindi dan Lautan Selatan. Kalau dapat naik ke rumah api, mesti dapat tengok pertembungan kedua-kedua lautan tersebut. 

Sebenarnya ada cerita lucu masa sampai sini. Aku dengan kawan aku selamba je masuk tanpa bayar apa-apa. Aku nampak pengunjung yang datang masing-masing bawa audio mobile. Aku ingatkan kalau ambil audio mobile, kena bayar. Aku tak nak ambil audio mobile jadi aku rasa aku tak perlu bayar. Rupa-rupanya ada bayaran masuk dan bayaran tersebut termasuk dengan audio mobile. 

Suka hati je kan? Bila aku nak keluar, aku sedar yang aku melakukan kesilapan  besar. Orang yang menjaga kaunter masuk minta bayaran kepada pengunjung yang baru tiba. Kebetulan masa aku masuk, orang yang menjaga kaunter tengah sibuk layan pengunjung. Itu sebabnya aku dapat masuk tanpa sebarang bayaran. Apa lagi, kami cepat-cepat keluar sebelum mereka minta bayaran. 

Tanpa berlengah masa lagi, kami ke destinasi seterusnya. Apa kata aku berhenti sini dulu. Nanti aku sambung lagi. Jangan marah ya. 

p/s: jumpa kawan baru pula lepas ni. 

8 comments:

  1. cantik n bersih kota Perth ini. teringin nak ke sana nanti..

    ReplyDelete
  2. Pulis! Pulis! Ada org tak byr entrance fee ni.😆😆
    Aku fhm cam biasa mmg stiap sudut nak bgambar, blm lagi if aku ikut 🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Hai mazu! Lama x singgah sini..awak apo kabo

    ReplyDelete
  4. Alaa tgh renovate ke? Dulu lami masuk free tau skrg dh kena bayaran ehh diap leh tgk mcm mana air laut tu bertembung antara dua benua

    ReplyDelete
  5. Ahaaha lawak! Masuk x bayo sib baik x kena tangkap

    ReplyDelete
  6. Cantik sekali tempat ni segar ja melihatnya

    ReplyDelete
  7. Pemberton so calm tapi malam hari sunyi sepi memang macam takdeee orang langsung !!

    ReplyDelete