Pages

Thursday, March 19, 2020

Stay at home

Untuk tahun 2020, baru hari ini aku nak update blog. Jangan marah ya kawan-kawan. 

Semenjak isu Covid-19 semakin menular di Malaysia, aku memang dah batalkan segala rancangan untuk jalan-jalan. Kepada sesiapa yang mengenali aku, memang tak sah kalau aku tak jalan kan? 

Aku dah buat tempahan ke Hatyai pada bulan April dan demi keselamatan aku terpaksa lupakan trip tu. Mana lagi penting? Nak buat macamana, ada rezeki boleh pergi lain kali. 

Sebenarnya aku dah lama kuarantinkan diri sejak 4 Mac 2020 sebab ada 1 kes positif Covid-19 di opis. Baru-baru ini aku dah buat saringan ujian Covid-19 dan sekarang masih menunggu keputusannya. Harapnya semua ok. Doakanlah ya. 

Kepada kawan-kawan yang dikasihi, mari kita sama-sama sahut seruan kerajaan untuk tinggal di rumah. Tak lama pun dalam 2 minggu sahaja. Aku asalnya memang mati kutu dibuatnya tapi lama-lama aku terima keadaan ini. 

Kalau tak ada urusan penting, tak payah keluar. Tak perlulah balik kampung dahulu. Kalau boleh online, online je. Boleh kan? 

p/s: berdebar tunggu keputusan ujian. 

3 comments:

  1. harap takda pa2 lah tu makcik. kat rmh jgn asyik ke dapur yea 😜😜

    ReplyDelete
  2. ayuh !! jadila rakyat yg bertanggungjawab. lets play our role inshallah kita boleh combat the virus

    ReplyDelete