Pages

Sunday, May 24, 2009

Small things can make a big different..

Baru-baru ni aku terima coklat daripada student MMU yang buat praktikal kat opis aku. Memang tak diduga langsung sebab aku taklah rapat mana dan dia orang bukan buat praktikal bawah department aku. Kebetulan aku ada kawan yang sama-sama 1 department dengan mereka. Agaknya itu adalah sebab aku boleh baik dengan dia orang. Anyway, thank you so much. I love the chocolate so much! Mungkin bagi orang lain it's nothing tapi bagi aku ini adalah 1 penghargaan yang sangat besar. Benarlah apa yang dikata "small things can make a big different".

I love chocolate..macamana dia orang boleh tau ye? Terima kasih. Kalau boleh, berilah lagi..

Aku masih simpan lagi surat yang dikirim oleh kawan baik aku. Bila baca balik surat lama tu, teringat kenangan lama dulu. Terus terang aku lebih suka tulis surat daripada hantar emel. Biarlah penat nak tulis sampai berhelai-helai kertas tapi aku rasa itu semua berbaloi. I feel more sincere..tulus dari hati. Alamak jiwang lak aku kali ni. Yeaah I know tu semua old fashion. Aku tak juga menafikan teknologi sekarang memang bagus. Somehow semua tu ada personal touch. Mana yang buat sakit hati dan sakit dipandang, cepat aje buang dalam tong sampah. Hehehe...

p/s: nak bagi hadiah besar pun boleh..TV LCD 42" boleh??

Thursday, May 21, 2009

The conference

Alhamdulillah..conference yang kita orang uruskan berjaya akhirnya. Peserta pun ramai yang datang. Daripada 230 yang hantar RSVP, lebih kurang 170 orang yang datang. Not bad at all! Yang mengkagumkan, ramai yang stay sampai habis.

Ada nampak nama yang anda kenal? Hmmm..Atai pun ada

Auditorium full house!
Sempat bergambar dengan Paul Moss..hehehe




Rata-rata berpuas hati dengan conference berpandukan dengan feedback form daripada peserta. Sempat lagi aku jumpa kawan lama..Hazimin, kawan 1 sekolah dulu. Lama dah tak jumpa, tak sangka boleh jumpa masa conference. Thanks Hazimin for coming. :)


Ada 1 speaker daripada Myspace telah buatkan aku jatuh cinta sama dia. Perrghh Handsome gila! Aku tak sempat nak bergambar dengan dia. Sekali pandang macam pelakon hindustan. Aku siap minta dia add aku dalam Facebook dia. Muka tak malu aku ni...





Handsome kan??



Boss?? Hampeh betul. Langsung tak beri apa-apa sumbangan kat conference. The best part, hari esoknya 5 orang daripada department aku tak datang. Amik kau! Ikutkan hati, aku nak amik EL tapi aku dah apply cuti hari Jumaat. So macam tak best lah kalau aku nak ambil EL sekali. (baik konon...tapi itu semua hanya lakonan. hahaha)


Anyway, our Senior Director appreciate our job. Ini adalah sebahagian daripada emel dia hantar. (terpaksa potong atas sebab-sebab tertentu)




I like to thanks all of you for the greatly successful conference. The attendance is also encouraging and lively Q+A all adds to the value and experience of the conference.
Thanks


Sekurang-kurangnya usaha kami berbaloi. Good job ladies! (department aku tak ada lelaki)

p/s: next conference??



Monday, May 18, 2009

Antara kawan dan duit

Cerita pasal duit dan kawan..dua perkara yang tak boleh disatukan. Walaupun ada kawan yang sangat rapat, bila ada isu pasal duit boleh menyebabkan huru hara. Ya..aku tau duit boleh cari tapi kawan?? Kawan yang baik mana nak cari sekarang ni.

Aku nak buka isu ini sebab dah banyak kali berlaku dalam hidup aku. Kawan yang baik pinjam duit aku tapi sekarang tak bayar-bayar lagi. Tak perlulah aku nak sebut berapa jumlahnya tapi cukuplah aku cakapkan, cukuplah aku nak belanja 1 bulan. Apa yang boleh aku lakukan..semua dah berlaku. Aku pun tak tau di mana kawan aku tu sekarang. Kalau aku jumpa balik kawan aku tu, nak aje aku sound.."wooi mana duit aku? aku nak balik duit aku. aku tak kira, kau ingat aku ni cop duit?"

Aku masih ingat lagi, masa nak dapatkan duit punyalah merayu tapi bila dah dapat, terus hilang. Geramnya!!!! Kalau ikutkan hati, aku nak je bunuh dia tapi tak perlulah. Buang karan je.

Daripada perkara ni tak akan berulang lagi, aku rasa tak perlu aku buat kerja kebajikan bagi pinjam duit. Susah!! Kepada kawan-kawan aku, bukannya aku tak nak tolong cuma aku nak berhati-hati.

p/s: duit bukanlah jawapan segala masalah

Sunday, May 17, 2009

Selamat pengantin baru

Aku tertarik dengan ayat yang ada dalam kad jemputan kahwin ini. Kad jemputan kahwin siapa tu, aku terpaksa rahsiakan dulu. Hehehe..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa kepada Allah agar dia akan terus menjadi milikmu...

Dipendekkan cerita, terimalah pasangan kita seadanya. Kepada pasangan Dayang Aidah dan Anas, semoga berbahagia selalu.


Pengantin baru Dayang Aidah dan Anas







Sempat bergambar dengan pengantin...masing-masing ambil berkat.









Suka tengok lengan baju Dayang..lawa




p/s: lepas ni siapa pula bakal menjadi pengantin baru???

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru

Selamat hari guru kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Aku tau aku bukan anak murid yang baik tapi segala jasa kalian tak mungkin aku lupakan. Aku tau jadi guru bukan senang lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Budak-budak dah makin maju. Beza sangat pada zaman aku dulu. Zaman aku dulu manalah ada internet. Segala sumber adalah daripada buku dan pengalaman sendiri atau orang lain. Tu pasal peranan guru sekarang sungguh mencabar sekarang. Anyway, aku salute kepada guru. Walaupun aku tak ada tokoh nak jadi guru, aku tau tugas sebagai seorang guru memang susah.

p/s: ucapan ni khas untuk Cikgu Junaidah..aku tak sangka cikgu boleh ingat nama penuh aku

Wednesday, May 13, 2009

Should I..should I not???

Baru-baru ni aku terpaksa membuat keputusan yang agak besar. Apa-apa pun, bukan pasal jodoh ok. I want to make it clear before any speculations happen. Ceritanya macam ni, kawan aku ada offer aku untuk sambung belajar buat MBA. Aku memang plan lama nak buat tapi bukan dalam masa terdekat. Tawaran kawan aku tu memang menarik sebab bila lagi aku nak dapat peluang untuk sambung belajar. Dah ada peluang depan mata, apa lagi nak tunggu kan?

Bukannya aku tak nak ambil peluang tu..banyak perkara aku fikirkan sama ada patut aku terima tawaran tu atau tak. Sediakah aku untuk belajar balik? Sediakah aku untuk menampung dari segi kewangan? Dapatkah aku membahagikan masa belajar, kerja dan keluarga? Itu baru sikit je..banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi tapi tak payahlah..hehehe

Rata-rata suruh aku ambil tawaran tu. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan? Tak cuba mana nak tau. Insyaallah kalau semua berjalan dengan lancar, dalam bulan Jun (tinggal beberapa hari lagi ni), dah boleh mula kelas. Aku terpaksa cuci balik otak aku yang dah berkarat ni. Lama dah aku tak belajar balik. Aku ingat lagi bila aku nak buat degree dulu. FYI, aku buat degree selepas beberapa tahun aku kerja. Bukannya buat degree direct lepas diploma. My first year was terrible. Aku kena culture shock! Bayangkan aku dah biasa kelas dalam English tapi bila buat degree, kena belajar dalam Bahasa Malaysia. Anyway, aku berjaya juga lah dapat ijazah walaupun resultnya tak lah sehebat mana.

Doakanlah aku semoga aku dapat harungi dugaan untuk belajar semula. Aku ambil MBA ni pun sebab aku fikir aku nak improve my career. I want to live in a better life.

p/s: MBA..married but available?? hahaha...

Tuesday, May 12, 2009

Kawan lama

Bertemua semula kawan lama, soalan biasa yang akan keluar adalah:


1. kerja mana sekarang?
2. duduk kat mana?
3. anak dah berapa? (soalan yang malas aku nak jawab)
4. bila nak kahwin? (lagi soalan yang malas aku nak jawab)


Kalaulah aku boleh bagi jawapan dan aku record..nak aje aku minta dia dengar record aku segala jawapan aku tu. Nak aje aku cakap "aku malas nak jawab, kau dengar lah sendiri record aku ni. harap maklum. sekian terima kasih"


I'm not being so sensitive. Cuma kadang-kadang aku malas nak jawab kalau soalan yang sama. Ya aku tau..itu adalah soalan icebreaker sebelum kita nak bual lebih lanjut. Can you get to your point? Apa kau nak daripada aku. Habis cerita. Tak payah lah aku nak pusing-pusing. At the end, tak ada arah tujuan. Ayat ni juga aku nak tujukan khas kepada boss aku. Boss aku yang suka cakap pusing-pusing dan membuatkan aku terpaksa mengadap dia lebih daripada 1 jam. Ya Allah tolonglah aku..berilah aku kekuatan untuk menempuh segala cabaran dan dugaan.


Kepada kawan-kawan aku, jangan salah anggap kalau tiba-tiba aku mendiamkan diri. It's just I need a space for myself. Itu adalah antara sebab aku tak dapat nak catch up berita sensasi daripada kawan-kawan aku dan selalu dikategorikan ketinggalan. Kat Facebook pun, aku dah jarang update status aku. Kalau tak, aku rajin gak tulis kat status aku tu tak pun ada gambar baru nak upload. Aku cuma pemerhati yang setia. Cewaaah!


I'm just being me..I'm still the old Mazuriah. Yeaah still chubby dan comel. Aku masih lagi di sini..tak ke mana-mana pun. If you need me, you know where to find me.


p/s: nak jumpa balik kawan yang dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa

Saturday, May 9, 2009

Sharing is caring..

Semalam aku singgah kedai Yummies (kedai bahan buat kek & kuih) nak beli barang sikit sebab nak buat pizza dan cheese kek. Masa aku tengah pilih barang, aku jumpa ada 1 couple (suami isteri) ni pun nak cari bahan untuk buat pizza esok. Entah macamana tiba-tiba aku boleh jadi peramah so aku tegur lah si suami ni.

aku: nak buat pizza ke?
mamat: a'ah. isteri saya baru nak belajar masak pizza kak
aku: oooh..saya biasa buat pizza sendiri
mamat: oh ye ke? (dengan muka sedikit terkejut)
aku: awak nak resepi ke?
mamat: boleh juga. biasa akak pakai tepung apa?
aku: saya biasa pakai tepung gandum biasa je tapi kalau nak sedap pakailah tepung high protin
mamat: oh ya? (si isteri terus ambil tepung high protin masuk dalam bakul)
aku: nanti boleh saya bagi resepi
mamat: terima kasih kak..nanti saya jumpa akak ye

Lepas selesai buat pembayaran, aku terus tunggu couple tu. Kebetulan ada kedai makan kat sebelah. Jadi dengan selamba kita orang duduk situ untuk dapatkan resepi pizza. Si isteri terus ke kereta dan ambil buka nota dan pen untuk salin resepi daripada aku.

Bila dah habis salin resepi, aku minta dia orang bagitau aku kalau pizza tu menjadi dan kalau ada apa-apa masalah nak buat, call je aku. Kepada couple Niza dan Izad, aku ucapkan selamat mencuba. Semoga hasilnya menjadi. Kepada sahabat aku yang lain dan pembaca blog aku yang setia, aku pun nak kongsi sama-sama resepi pizza aku tu. Resepi ni aku dapat daripada mak sedara aku pada tahun 1991.

Doh pizza:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar gula
1/2 paket yis kering (1 paket yis dalam 11 gram)
sedikit garam
minyak masak

1. Air suam dicampur dengan gula dan yis. Gaul sebati dan ketepikan. Kalau nak tau yis tu boleh dipakai lagi atau tak, masa gaul tu kalau nampak ada buih-buih. Itu tandanya yis tu boleh dipakai. Kalau tak, yis dah mati.
2. Tepung gandum dicampur dengan garam. Ketepikan.
3. Campurkan bahan no. 1 dan no. 2 bersama-sama. Uli sampai tak melekat di tangan dan bekas. Kalau rasa lembik lagi, tambah sedikit tepung. Uli sampai jadi bola.
4. Lumurkan minyak sekeliling doh dan biarkan kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk (ala-ala Mike Tyson) doh tersebut untuk keluarkan angin. Canaikan doh dan letakkan atas acuan.
6. 1 sukatan doh ini boleh buat 2 keping pizza (kalau suka yang nipis) atau 1 keping pizza (kalau suka yang tebal).
7. Untuk topping, ikut suka hatilah. Pastikan letakkan keju yang last sekali.
8. Bakar dalam suhu 180-200 celcius untuk 20-30 minit. Kalau nampak keju tu dah tukar warna coklat, dah masaklah tu.

Selamat mencuba!!!!!!

p/s: suka letak nenas kat pizza. sedap!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Gambar ramai-ramai

Aku teringat masa sekolah dulu..ambil gambar kelas adalah 1 perkara yang wajib dan aku sentiasa menantinya. Yang pasti kalau tau esok nak ambil kelas, awal-awal lagi dah gosok baju sekolah. So far aku memang tak pernah miss amik gambar kelas dan semua gambar tu masih elok disimpan. Kalau ada anak nanti, boleh tunjukkan gambar kat dia orang.

Baru-baru ni ada upacara perpisahan kepada Pengerusi opis aku. Setakat ni aku tak pernah kerja direct dengan beliau tapi aku pernah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau. Kerja bersama-sama beliau setakat ni, tak pernah menghadapi masalah yang besar. Beliau adalah seorang yang senang berkerjasama dan sentiasa mengambil berat hal-hal kebajikan kakitangan. Ada sekali aku pernah makan sama-sama 1 meja dengan beliau. Memang tak diduga langsung sebab beliau tiba-tiba datang ke meja aku dan makan sama-sama kat kafe. Ye lah..siapalah kami..nak dibandingkan dengan Pengerusi. Cuak jugak kalau keluar soalan bombastik. Apa aku nak jawab?

Selepas upacara perpisahan, ada sessi gambar ramai-ramai. Nak kumpul semua kakitangan punyalah lama. Bila nak ambil gambar, tak sampai 1 minit pun. Aku tak tau sempat gambar aku tau tak. So..kat bawah ni adalah hasilnya. Nampak tak gambar aku?? Yang pasti gambar boss aku tak ada sebab dia tak nak join. Tak tau lah apa dia buat kat bilik dia tu..

Scroll down.....




Scroll lagi....




Nampak tak bulatan merah tu? Cuma nampak mata aku je. Aku dah cakap, sure tak nampak gambar aku nanti. Uwaaaa..orang lain siap posing habis. Nak buat macamana, orang kat depan aku tu, tinggi sangat. (ya aku sedar aku tak tinggi)

The best part, lepas ambil gambar ramai-ramai..ada acara makan!! Hahaha!!! Ada macam-macam makanan dan aku sempat ambil laksa johor, yong tau foo dan kuih. Aku siap tak makan breakfast tu. Makan punyalah banyak sampai kenyang sampai ke petang. Jimat duit belanja aku hari tu.

p/s: all the best to our Chairman..

Friday, May 1, 2009

Menjadi penulis

Semalam aku dapat parcel yang aku beli melalui mudah.com. Dalam parcel tu ada 4 buah novel melayu. Aku dah lama tak beli novel. Kalau tak tiap bulan aku mesti beli sekurang-kurangnya 1 novel. Satu tabiat aku bila dapat novel ni, bila dah start baca aku memang susah nak berhenti. Sanggup bersengkang mata nak habiskan 1 novel tu. Kalau dah ada 4 novel ni, tak lama lagi aku akan jadi burung hantu yang akan berjaga sampai pagi.

Antara banyak penulis yang ada, my favourite will be:
1. Shamsiah Mohd Nor
2. Norhayati Berahim
3. Aisya Sofea

Dulu aku kan pernah bercita-cita nak jadi penulis tapi sampai sekarang tak tercapai lagi. Buat permulaan, biarlah aku jadi penulis blog dulu. Manalah tau insyaallah ada rezeki aku akan jadi seorang penulis.

Nak jadi penulis kena ada minat dan memberi komitmen penuh. Macam aku ni, kalau dah sibuk sangat kerja mana ada masa nak luang untuk tulis. Malah nak tulis artikel untuk report pun kena ada idea. Kalau tak ada idea, jenuhlah aku memerah otak. So sementara nak dapatkan idea layan benda lain dulu macam tengok movie ka layan FB ka. Kadang-kadang dek terlampau layan benda lain, langsung tak buat apa-apa. Padan muka aku!!! Lepas tu mulalah nak freak out! Hahaha...

p/s: jadi penulis pun boleh jadi kaya..