Aku stop kejap cerita pasal trip ke Langkawi. Ingat nak upload gambar masa kat sana tapi adik aku pinjam kamera pula. Aku janji bila dapat balik kamera, aku akan update trip ke Langkawi. Ok?
Hari ini hari Isnin. Bak kata orang...it's Monday Blues. It's true actually. Aku memang tak ada mood nak buat kerja hari ni. Dahlah emel opis aku down so aku tak dapat nak buat kerja yang boss aku suruh.
Baru-baru ni aku bengang dengan sahabat aku. Tak ada angin..tak ada taufan tiba-tiba sahaja nak marah aku tak tentu pasal. Apa hal? Aku taulah sahabat aku tu tengah tension dengan masalah yang dia hadapi. Janganlah jadikan aku sebagai mangsa tension kau tu. Aku memang cukup pantang kalau buat macam tu kat aku.
Lepas tu, tau pulak nak minta maaf kat aku. Sorry lah beb. Kau dah lambat nak minta maaf kat aku. Aku ni memang tak suka nak marah-marah orang sebenarnya tapi kalau sekali aku dah marah, memang susah nak reda. Biarlah 1 minggu..1 bulan..1 tahun. Belum tentu aku akan reda.
Untuk meredakan kemarahan aku, nak tau apa aku buat? (konon nak reda marah lah tu..) Aku beli kain 3 pasang yang tak pasti bila nak tempah dan handphone baru. Alaaa handphone murah je. Aku tak mampu nak beli handphone mahal-mahal ni. Lagipun aku pakai pun takat lepas nak buat call dan sms, itu dah kira ok. Nak tau lebih lanjut pergi kat sini.
Hari pertama dalam minggu ni. Banyak lagi hari yang perlu dilalui. Moga hari-hari yang akan datang akan membawa keceriaan dalam hidup kita. Kepada sahabat, aku tak tau apa masalah kau, pandai-pandailah kau jaga diri. Adios!
p/s: aku memang ceria sokmo
No comments:
Post a Comment