Pages

Sunday, April 18, 2010

Final exam dah dekat

Minggu depan dah final exam. Rasa cepatnya masa berlalu. Antara 2 sabjek, Corporate Finance dan Marketing Management yang aku ambil semester ini, aku paling takut sabjek Corporate Finance. Rasa banyak lagi yang perlu aku cover. Untuk Marketing Management aku taklah risau sangat sebab lecturer dah bagi siap-siap soalan final exam. Sekarang kena cari jawapan sahaja. 

Tadi masa kelas Corporate Finance, lecturer bagi balik kertas jawapan ujian. Ramai yang fail. Aku cuma dapat cukup-cukup makan sahaja. Nasib baik final exam cuma 40% dan 60% melalui assignment dan participation dalam kelas. Bagi aku, kalau dapat B, itu dah kira baik. Aku tak nak repeat! Cukuplah masa belajar diploma dan degree dulu..asyik repeat paper sahaja. 

Sabjek Corporate Finance memang aku gerun semenjak dulu lagi. Kena faham betul-betul dan kena tahu formula apa nak pakai. Lecturer ada cakap, formula akan diberi tapi kalau tak pandai pakai, tak guna juga. Hehehe..Silap-silap nanti, aku dah tak tahu nak jawab apa, aku salin balik formula. Taklah nampak sangat kertas jawapan kosong sahaja. Betul tak? 

Dengar cerita tadi, kawan-kawan aku dah siap pakat nak duduk mana masa final exam. Jangan tak tahu..siapa akan duduk sebelah aku nanti? Mr. X lah siapa lagi. Aku sangat suka! Sumber inspirasi itu sangat penting terutamanya masa nak jawab exam. 

p/s: good luck to my classmate

No comments:

Post a Comment