Pages

Saturday, April 17, 2010

Demam pulak


Hai..jumpa lagi buat kali kedua untuk hari ini.


Lama sangat tak update blog..amik kau sekali 2 entry aku buat. Aku dah lama nak update blog tapi asyik tak sempat je. Badan tak berapa sihat dan alhamdulillah hari ini dah ok sikit. 

Aku demam baru-baru ini ditambah pula aku rasa malas sangat nak masuk kerja. Malas aku nak menghadap muka boss. Lebih kurang pukul 8 pagi  lagi aku dah sampai klinik Az-Zahrah (salah satu panel klinik opis). Lepas daftarkan nama  aku pun tunggulah sampai nama aku dipanggil. Masa aku sampai taklah ramai pun sebenarnya tapi nak tunggu giliran punyalah lama. Nak tahu berapa lama aku tunggu? Mahu 1 jam rasanya aku tunggu barulah nama aku dipanggil. Lama gila!!! Kalau pergi hospital kerajaan tu, aku fahamlah sebab ramai sangat yang datang. Takkanlah klinik swasta pun macam tu juga? Aku tengok doktor ada 4 orang masa tu. Takkanlah lama sangat? 

Oleh sebab klinik Az-Zahrah ni bawah senarai panel opis, aku pergi juga lah. Kalau tak, jangan harap lah beb! Kalau ada kes serius, silap-silap boleh bawa mati..siapa nak tanggung? 

Dahlah nak tunggu giliran punyalah lama, bila dapat jumpa doktor tak sampai 1 minit pun. Aku ulang balik..tak sampai 1 minit ok! Masuk bilik doktor cuma tanya sakit apa..check dada dengan steteskop. Hello..kalau macam ni, aku pun boleh buat. Yang aku tak tahan tu ada 1 part bila aku nak check suhu badan, boleh doktor cakap, "jangan takut. ni bukan H1N1." Apa hal doktor ni? Kes H1N1 bukan isu sebenarnya. Aku nak tanya suhu badan untuk rujukan aku..nak tahu berapa panas badan aku ni. Tak terlintas langsung nak tahu pasal H1N1 walaupun ada kemungkinan aku akan kena. Aku terus blur-blur bila doktor cakap pasal H1N1. Malas aku nak bertekak dengan doktor, aku terus minta MC. Lagipun aku tak kuasa aku nak masuk kerja. Nasib baik dapat MC. 

Aku dah banyak kali kena macam ni. Dulu lagi teruk sampaikan ada yang tak sanggup tunggu lama dan terus keluar daripada klinik. Lebih baik cari klinik lain walaupun kena bayar lebih. Ya aku tahu klinik Az-Zahrah memang masyhur kat kawasan rumah aku ni..siap ada disediakan tempat bersalin, fisioterapi dan banyak lagi. Ditambah pula dengan ada unsur-unsur Islamic, kalau nak ikutkan memang banyak kelebihan sebenarnya. Bukannya kita tak nak sokong  tapi kalau macam ni layanan diberi, siapa tahan?

Aku bukan nak burukkan klinik ini tapi sekadar memberi pandangan membina dan diharapkan dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih baik pada masa hadapan. 

p/s: kerja sebagai doktor adalah murni

No comments:

Post a Comment