Pages

Saturday, April 17, 2010

Nak duit lebih?

Aku ada baca artikel bagaimana hendak menjana pendapatan melalui blog. Manalah tahu boleh jadi kaya kan? Aku tulis blog ni pun taklah nak mengharap sangat nak dapat banyak duit. Sekadar untuk berkongsi cerita dan penglaman dengan pembaca blog aku sahaja. 

Ya lah..siapa lah aku ni kan? Aku bukannya artis atau celebrity yang terkenal. Apa-apa pun aku ingin ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi mebaca blog aku yang tak seberapa ini. Cewaaah merendah diri pula aku. 

So inilah tips yang aku aku dapat melalui blog redmummy. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.

4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

p/s: tengok kat Nuffnang baru dapat  RM1.50. long way to go..

1 comment: