Pages

Friday, April 30, 2010

Terbang RM100

Semalam aku book tiket AirAsia untuk ayah aku (sebenarnya book untuk kawan ayah aku). Aku tak tahu kenapa aku boleh letak salah tarikh. Sepatutnya book untuk 9 Mei tapi aku book 29 Mei. Beza jauh tu!!! Ayah aku dah bising, "itulah cuai. lain kali tengok betul-betul. kalau nak tukar tarikh, kena bayar tau. ayah tak nak bayar." 

Grrrr..aku dah bengang ni..salah sikit je. Aku pun boleh tak perasan tarikh tu. Hai...macamana ni? Sebenarnya aku bengang kat kawan ayah aku. Apasal lah tak boleh nak book sendiri? Bukannya susah. Main klik-klik sahaja. Dalam 5 minit dah boleh selesai semuanya. Ini tak, nak juga susahkan aku. On top of that, pakai kad kredit ayah aku masa buat pembayaran tu beb. Setakat sekali dua, aku boleh bertahan lagi tapi kalau dah selalu sangat, apa hal pula? 

Pagi tadi aku berjaya tukar tarikh kepada 9 Mei dan kena tambah bayar RM100. Siapa lagi yang kena bayar? Siapa lagi, akulah!!! Aduhai..aku baru nak simpan duit bulan ni nak buat belanja pergi Bandung-Jakarta pada bulan Jun. Sabar je lah. 

p/s: RM100 tu boleh buat macam-macam.

1 comment:

  1. waaa...rm100 tu... beli drypers pun leh dpt 3 bungkus (kalo tgh sale)....tapi anggaplah rm100 tu bukan rezeki utk masa tu......maybe utk cover pape yg kita buat sblm ni yg maybe gak x bawa berkat ke ape ke....saya selalu pk gitu ler....

    ReplyDelete