Pages

Saturday, May 1, 2010

Selamat menyambut hari pekerja

Tertekan rasanya bila dapat boss yang selalu nak tukar format. Hari tu cakap lain..hari ini cakap lain. Can you make up your mind? Geram tau! Sampaikan 1 tahap aku rasa, aku rasa menyampah. "Boss, kau buat seoranglah."

Untuk pengetahuan semua, selalunya pada awal tahun department aku memang sibuk untuk menyiapkan Industry Performance Report yang diterbitkan setiap tahun. Selalunya pada masa ini, boss aku mencapai tahap meracau yang maksima. Bila boss dah jadi macam tu, selalunya kita orang malas nak layan. Kalau dilayan, makin teruk jadinya. 1 perangai yang aku tak tahan dengan boss aku ini, dia tak reti nak sabar. Bukannya aku tak buat kerja tapi kalau boleh dia nak masa tu juga. 


Sempena hari ini hari pekerja, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari buruh kepada semua warga Malaysia. Kepada semua boss..aku harap mereka akan lebih menghargai kami sebab tanpa kami tak mungkin kerja dapat diselesaikan. Ingat tu! 

p/s: apa kata pakat ramai-ramai keluar department? 

No comments:

Post a Comment