Pages

Monday, May 31, 2010

Projek melalak di Green Box

Lepas kerja aku dengan kawan-kawan opis plan melalak kat Green Box Jaya Jusco Cheras Selatan. Aku siap booking last week manalah tahu malam ni orang ramai terus tak dapat bilik nak melalak. Asalnya 5 orang nak join tapi entah macamana ada seorang kawan tak dapat nak join sebab ada hal emergency. Hmm tak apalah..plan melalak harus diteruskan walaupun tak cukup ahli. Alang-alang sampai, baik kita teruskan. Betul tak? 

Lama betul aku tak melalak ni. Last time rasanya tahun 2008 itupun kejap sangat. Pergi masa lunch hour. Tak dapat nak layan lebih-lebih takut lambat masuk kerja balik. Kali ini sempena mahu bergembira dengan kawan-kawan yang akan tinggalkan opis dan pada masa sama nak lepaskan tension kat boss. 


My strategy? Tak ada apa-apa strategy. Layan je lagu apa yang ada tapi apa yang aku dapat simpulkan, ada 2 jurang zaman. Apa taknya aku dengan Rita nyanyi lagu zaman 80-90an. Lagu zaman kita orang muda-muda dulu. Manakala yang generasi muda, Na'ilah dengan Chika nyanyi lagu sekarang. Apa-apa pun, kita orang layan semua! 

Tengah warm up. Masih malu-malu lagi nak nyanyi. 

Nyanyi lagu Mas Idayu, Senggol-senggolan. Pegang mic ikut style Mas Idayu. 

Na'ilah tengah nyanyi lagu jiwang. Layan!!

Go Chika!!!

Alamak Chika naik angin beb. 

Yeah..nyanyi puas-puas. 

Sampai rumah terus sakit tekak. Aku tak tahulah esok macamana. Harap-harap suara aku ada. Kalau tak ada, pakai sign language lah. Hahaha..

p/s: bila nak melalak lagi ya? 

Monday Blues lagi

Arrggggghhh esok hari Isnin! Tak sukanya. Rasa malas nak datang kerja esok lepas cuti 3 hari. Patutlah orang cakap hari Isnin adalah Monday Blues. Rata-rata orang malas nak masuk kerja semula. Serba serbi..semuanya malas. Yeaaah the Big M I mean! Bukan Mc Donald ok. 

Aku dapat rasakan aku akan mengadap boss sebab untuk bincang pasal Industry Performance Report. Aku dah tak larat nak buat report ni. Masuk tahun ini, ini adalah tahun keempat aku buat. Setiap tahun pasti masalah sama akan berulang. Percayalah. Masalah yang berpunca daripada boss, dia yang tak boleh nak tetapkan pendirian. Geram aku! 

Itu belum lagi masalah translation yang pasti huru hara dibuatnya nanti. Upahlah orang yang lebih arif untuk translate. Dah itu memang kerja dia orang. Betul tak? 

Nasib baik aku masih bertahan lagi. Kalau ikutkan hati, aku nak tampar muka dia. Amik kau! Aku pun dah tak sabar nak bercuti minggu depan. Tinggal beberapa hari je lagi. Yeaaah baby! 

p/s: ada sesiapa nak kerja dengan boss aku?

Saturday, May 29, 2010

Get ready for back to school

Baru je kejap tadi aku dapat emel daripada ATC pasal sabjek yang perlu ambil untuk next semester. Aku dapat rasakan semakin lama semakin susah sabjek nak kena ambil. Aku sempat tanya lagi, result exam hari tu dah keluar belum. Setakat ini belum dapat apa-apa berita lagi tapi akan dimaklumkan bila dah dapat. Eii takutnya terutamanya sabjek Corporate Finance. Harap sangat lepas. 

Ok..untuk next semester, sabjek yang perlu aku ambil ialah:

1. Relationship Marketing
2. Decision Analysis (aku tak tau sabjek apa ni. macam susah je..)

Biar aku minta tolong dengan pakcik google tanya pasal sabjek yang aku kena ambil ni. Mengikut wikipedia:

Decision Analysis is the discipline comprising the philosophytheorymethodology, and professional practice necessary to address important decisions in a formal manner. Decision analysis includes many procedures, methods, and tools for identifying, clearly representing, and formally assessing the important aspects of a decision situation, for prescribing the recommended course of action by applying the maximum expected utility action axiom to a well-formed representation of the decision, and for translating the formal representation of a decision and its corresponding recommendation into insight for the decision maker and other stakeholders.

Relationship Marketing was first defined as a form of marketing developed from direct response marketing campaigns which emphasizes customer retention and satisfaction, rather than a dominant focus on sales transactions.

Errrkk??!! Apa ni? Boleh ke aku survive ni? Think positive and take it as a challenge. Insyaallah boleh. Boleh kan? 

p/s: you can do it!

Bandung-Jakarta, here I come



10 Jun 2010, bermulalah projek 2010 iaitu trip ke Bandung-Jakarta. Plan asal bermula daripada 2 orang lepas tu bertambah dan sekarang menjadi 4 orang. FYI, trip kali ini selama 6 hari 5 malam iaitu 10-15 Jun menjelajah 2 bandar, Bandung dan Jakarta. Siapa sangka, tarikh tu akan tiba tak lama lagi. Macam tak percaya je kan? Punyalah lama aku book tiket dari tahun lepas dan setiap hari kerja aku dok tengok kalendar atas meja bila nak sampai tarikh keramat tu. 


Cerita pasal persediaan, mari kita tengok check list yang aku ada:

1. hotel dan transport kat Bandung-Jakarta - settle
2. beg - separuh settle sebab tak decide lagi patut atau tak nak beli beg besar
3. duit - plan nak tukar 5 juta rupiah dulu. rasa-rasa cukup tak?
4. pasport - settle
5. apply leave - tengah tunggu boss besar approved
6. kesihatan - so far ok cuma nak kasi fit sikit. nanti taklah pancit bila jalan jauh. hahaha..

Ada apa-apa nak tambah lagi? 

Nak beli apa ya kat sana? Aku cuma nak beli kain pasang untuk raya nanti. Berapa pasang agaknya untuk tahun ni? 10 pasang? Aku rasa taklah banyak tu. Mana aku nak cekau duit nak tempahnya pula. Hmm..beli purse (purse aku dah koyak ok), handbag, telekung dan kalau ada duit lebih, nak beli ole-ole sikit. 

Aku siap tambah berat bagasi daripada 15kg kepada 20kg. Manalah tahu bila sampai sana, terus hilang akal. Rasa nak beli semua je. Memanglah dah buat list apa yang patut beli tapi bila nampak benda lain yang lebih menarik, siapa boleh tahan. Itu namanya nafsu! 

Kepada kawan-kawan yang ikut aku nanti, amacam? Dah ready ke? Aku rasa dia orang sure borong macam-macam nanti. Jangan terlebih berat bagasi sudah. 

p/s: menghitung hari

Friday, May 28, 2010

Nak stay atau keluar?

Tak sangka aku dah kerja 3 tahun kat opis sekarang. Cepat betul masa berlalu. For the record, aku rasa kat opis sekarang ni adalah tempat paling lama aku pernah stay. Kalau sebelum ini, setakat 1-2 tahun lepas tu cari kerja lain. Antara alasan aku cari kerja lain sebab aku nak sambung belajar, company dah tutup dan tak tahan dengan kerja tersebut. 

Tiba-tiba aku terfikir sekejap, berapa lama aku nak kerja kat opis sekarang ni? Bukannya aku tak suka kerja kat tempat sekarang ni. Ya..aku tahu memang banyak faedah yang boleh aku perolehi tapi kalau dapat boss yang gila meroyan, siapa boleh tahan? Boss yang tak ada pendirian tetap, angin tak tentu pasal dan perasan dialah paling hebat. Ada sesiapa boleh kerja dengan dia? Sila angkat tangan. 

Pada mulanya aku nak stay lama-lama kat opis sekarang ni sebab aku dah malas nak cari kerja lain. Dahlah dekat dengan rumah dan dapat pula kawan-kawan yang sentiasa supportive. Sayang pula kalau nak keluar. Ok...beri aku masa lagi 2 tahun. Biar aku habiskan MBA aku dulu. Biar aku habiskan semua hutang aku, loan JPA, loan kereta dan loan komputer. Lepas tu, kita tengok dulu apa yang akan berlaku sama ada aku perlu lagi stay atau keluar. 

p/s: berikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Sunday, May 23, 2010

Glee

Sejak aku langgan Astro baru-baru ini, rancangan TV yang paling aku suka ialah Glee. Aku tak pernah miss tengok setakat ini. Bukan itu sahaja, aku sanggup download episod yang belum keluar lagi kat Astro. Gila kan? Aku dah obsess dengan Glee.

Baru-baru ini, Glee ada cerita pasal Madonna (my favourite singer) dan part yang paling aku suka masa Ms. Sue Sylvester buat video Vogue. Sebiji macam penyanyi asal, Madonna. I like it so much!

Di sini aku nak share video Vogue oleh Glee dan Madonna. Have fun!




p/s: vogue baby yeaah!

Saturday, May 22, 2010

Happy Birthday Sara

Yeaah!! Hari ini birthday anak saudara aku, Sara Fatihah yang kelima. Dah besar panjang anak dara seorang ini. Tak padan dengan badan kecil, mulut dia memang tak reti nak duduk diam. Ada sahaja cerita nak kongsi dengan aku. Umur macam Sara ini adalah waktu suka bercerita. Hmm...so kita layan je lah. 


Sara dengan birthday cake yang ditempah oleh Mami. 

Macamana nak potong kek ni?

Jamuan makan birthday Sara buat sebelah pagi sebab Mami Sara kena masuk kerja pukul 12 tengahari. Kiranya birthday breakfast. Hehehehe..Aku siap beli nasi lemak, pulut dengan rendang ayam dan kuew tiow goreng kat pasar dan Mami Sara siap beli roti canai lagi. Aku tak sempat nak prepare apa-apa tapi yang penting perut kenyang! Oh ya, kali ini Mami Sara sempat tempah kek barbie khas daripada kawan dia untuk Sara. 

Lepas Mami Sara pergi kerja, yang lain layan marathon movie. Layan cerita Alice in Wonderland, Avatar (aku terlelap kejap) dan Ocean 11. Itu pun ada hati lagi nak sambung tapi aku dah tak larat lagipun dah petang.

Anyway, Happy Birthday Sara Fatihah. Many happy returns and be a good girl ok. 

p/s: sorry tak sempat nak beli hadiah. gaji belum masuk lagi. 

Friday, May 21, 2010

Boss belanja makan

Apa mimpi boss hari ini tiba-tiba sahaja nak belanja makan. Dapat duit dari langit ka? Apa-apa pun, aku main bedal je, dah rezeki jangan ditolak. Nak tahu apa boss belanja? Boss belanja sate dan kek. Aku pun dah lama tak makan sate. Memang elok sngatlah tu. Sekali makan tadi mahu dekat 15 cucuk. Amik kau! Hahaha..banyaknya aku makan. 



Dah kenyang makan, mata pun dah mula kuyu je. Ditambah pula kat opis aku ini tengah sejuk. Menggalakkan lagi aku nak tidur. Hari ini lunch hour panjang sampai pukul 2.30 boleh je cari port nak tidur kejap. Memang patut lah aku bertambah-tambah bulat! 


p/s: buurrpp..alhamdulillah

Thursday, May 20, 2010

Hujan lebat

Takutnya nak balik sebab tengah hujan lebat. Sekarang ini selalu hujan belah petang. Kalau ada kat rumah sekarang ini, indah dunia rasanya dengan suasana sejuk dan damai. Perrggghh!! Apa lagi aktiviti yang aku nak buat. Layan tidurlah jawabnya. Hehehe..


Adik aku selalu tegur aku, "jangan nyanyi selalu nanti hujan turun. " Maksudnya suara aku tak sedap lah tu secara tak langsung. Tapi apa kena mengena hujan dengan suara aku? Aku sampai sekarang tak dapat jawapannya lagi. Boleh sesiapa beritahu kenapa ya?

Ok..hujan dah berhenti bolehlah aku balik sekarang. Jumpa lagi! 

p/s: jangan main hujan, nanti kena demam.

Tuesday, May 18, 2010

Promosi Air Asia datang lagi


Hari ini bermula promosi Air Asia. Promosi yang sentiasa aku tunggu setiap tahun. Macam tahun lepas, aku berjaya book tiket ke Bandung-Jakarta dengan harga yang sangat murah. Bayangkan cuma bayar sekitar RM114 untuk tiket pergi balik. 

So apa plan aku? Kalau ikutkan angan-angan melampau, aku nak ke London. Namun aku sedar siapa diri aku. Aku tak mampu lagi nak menampung segala perbelanjaan aku kat sana. Bak kata kawan aku, takkan sampai London nak tidur bawah jambatan pula. Hehehe. Jadi plan aku cuma sekitar Asia Tenggara. Ke mana? Aku tak pasti lagi. Ok..yang pasti Bangkok is not in my list. Gila kau! Asyik rusuhan je. Lagipun tak digalakkan ke sana demi keselamatan. 

Hari ini aku dah cuba banyak kali untuk book tapi tak pernah lepas. Sambutan di luar dugaan sampai aku tak boleh nak book dari pagi tadi. Tunggulah lagi..biar kasi cool down dulu. Lagipun promosi sampai 23 Mei, masih ada masa lagi nak book. Ha! Apa lagi. Ayuh kita bercuti. Kalau ada sesiapa nak ikut, kita boleh arrange sama-sama. 


Aku dah cuba berpuluh-puluh kali, tak boleh juga nak book tiket. Skrin kat monitor asyik keluar yang ini saja. Wooi bagilah peluang aku nak book tiket. 

p/s: mari bercuti!

Sunday, May 16, 2010

America's Next Top Model 14

Aku memang tak pernah miss tengok ANTM sejak episod 1 sampailah sekarang. Beberapa hari lepas diumumkan pemenang ANTM 14 iaitu Krista. Aku sebenarnya dah agak yang dia ni boleh menang sebab dia menunjukkan prestasi yang stabil. Selalu menang cabaran dan gambar memang selalu disukai oleh penel hakim. 

Krista, pemenang ANTM 14

Apa yang aku dapat komen pasal ANTM 14 (cewaah macam panel hakim professional), banyak betul drama yang berlaku. Ada minah perasan bagus, minah suka cari pasal, minah suka control ayu dan banyak lagi. 

Alasia memang Drama Queen betul. Rasa macam nak tampar je muka dia. Alamak emosional pula aku. 

Aku suka Raina. Rupa dia ada ala-ala Brooke Shield masa muda. 

Oh ya, aku lupa nak beritahu kat mana aku tengok ANTM ni. Aku tengok kat youtube. Kena rajin surfing kalau nak tahu perkembangan cerita ini. 

p/s: malas betul kalau cari bahan untuk kerja. 

Selamat hari guru


Selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu di Malaysia. Walaupun aku pernah gagal exam KPLI sebanyak 2 kali, itu tidak mematahkan semangat aku menghargai segala jasa dan bakti cikgu-cikgu curahkan kepada anak muridnya. 

Tugas sebagai cikgu sekarang semakin mencabar berbanding zaman aku sekolah dulu. Kalau zaman aku sekolah dulu, memang tak berani nak melawan cakap. Apa yang cikgu suruh buat, semua kena patuh. 

Aku ingat lagi ada seorang cikgu masa darjah 4. Nama dia Cikgu Khalid ajar geografi. Cikgu Khalid ini memang terkenal dengan muka yang sangat garang dan setiap kali dia masuk kelas, kecut perut dibuatnya. Masa dia mengajar, suara dia memang kuat. Kalau dia suruh buat kerja, janganlah sesiapa cuba untuk tak buat. Peristiwa yang tak mungkin aku dapat lupa bila dapat tahu Cikgu Khalid lalu dekat kelas kita orang. "woi, cikgu khalid datang!". Kelas yang bising tiba-tiba sahaja boleh jadi senyap. Takut punya pasal. Hehehe..

Aku tak ada cikgu favourite sepanjang aku belajar dulu sebab aku ni bukanlah Teacher's Pet. Ya lah..aku ni kan pemalu. Auww! Apa pun, tiap kali aku bertembung dengan cikgu-cikgu aku, sekurang-kurangnya aku akan tegur dan bertanya khabar kepada mereka. 

Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua cikgu yang pernah ajar aku di:

1. Sek. Ren. Keb. Taman Seaport 
2. Sek Ren. Keb. Bandar Baru Bangi 
3. Sek. Men. Bandar Baru Bangi 
4. ITM Shah Alam
5. UKM 
6. UUM

p/s: jasa cikgu tidak ternilai harganya.

Cyberjaya Treasure Hunt

Semalam aku join  Cyberjaya Treasure Hunt. FYI, ini adalah pengalaman treasure hunt kali ketiga. Kali pertama aku join tahun 2002 dengan ayah dan adik aku bermula dari Shah Alam ke Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Mc Donald. Kali kedua tahun 2008 dengan kawan-kawan opis sekitar Lembah Kelang.  


Ini adalah ahli kumpulan aku. Dari kiri: Izza, aku, Chika dan Na'ilah. Gambar yang disumbangkan oleh Izza. Aku tak sempat nak ambil gambar. Hehehe. Tugas aku macam biasa jadi navigator lah a.k.a tukang tunjuk jalan. 

Cerita pasal treasure hunt kali ini, dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 soalannya terdapat di sekitar Cyberjaya. Aku dengan kawan aku siap gaduh nak cari tempat. Hmm sabar je lah. Bahagian 2 pula soalannya terdapat di luar Cyberjaya. The good part is yang bahagian 2 tu buat kat Bandar Baru Bangi which is my place.  Nak dapatkan jawapan, tak perlu lagi refer kat tulips sebab dah tahu kat mana tempat tu. Orang lama dok Bandar Baru Bangi. Siap main short cut ok. 

Penat juga masuk treasure hunt ni. Dahlah panas ditambah pula soalan yang diberi memang susah. Aku rasa antara 25 soalan diberi cuma beberapa soalan yang betul. Itu belum lagi soalan bonus dan kena beli barang. Aku rasa nak dapat jawapan betul semua tak penting sebab cabaran selesaikan soalan tu yang buat seronok. 

Bila penganjur tunjukkan jawapan sebenarnya, aku tak faham kenapa aku tak boleh fikir jawapan macam tu. Memang jawapan di luar dugaan betul. Siapa yang dapat jawab betul tu, aku tabik springlah. 

p/s: kalau ada lagi treasure hunt, jangan lupa ajak aku ya. 

Thursday, May 13, 2010

Kempen derma darah

Esok ada kempen derma darah kat opis. Untuk pengetahuan semua, aku darah A+. Terus terang aku tak pernah derma darah sepanjang hidup aku. Nak tanya pasal perasaan aku..ish aku sebenarnya sangat takut!! Aku ni badan je besar tapi penakut nak mampus. Aku takut jarumlah. 

Masa aku bagi nama untuk derma darah, ini adalah ayat yang aku emel, " saya nak derma darah tapi saya takut jarum." Konon nak tunjuk berani tapi sebenarnya penakut. Kalau sesiapa dapat emel aku ni, sure gelak besar. 

Hmmm..sampai sekarang hati masih berbelah bahagi nak derma atau tak. Dulu pernah kena ambil darah sedikit (masa medical check up) tapi lepas tu berpinar juga kepala aku dibuatnya. 

Adik aku dah banyak kali derma darah sampaikan dia beritahu aku yang dia memang tertunggu-tunggu kempen derma darah.  Sekali derma darah, rasa nak derma darah lagi. Betul ya? 

p/s: berilah aku kekuatan untuk derma darah.

Wednesday, May 12, 2010

Tunggu ya

Ya aku tahu aku dah lama tak update blog. Tunggu ya..insyaallah malam ni aku akan cuba update. 

Aku asyik bertangguh je..bila sampai rumah dah tak ingat apa-apa bila dapat tengok katil. Aku memang tak tahan digoda bila katil dok seru nama aku. "marilah teman aku." 


Katil kat bilik aku taklah secantik yang ini. Ini cuma angan-angan aku sahaja. Kalaulah aku dapat katil secantik ini. Hmmm ini macam katil pengantin lah. Aik..calon Abang Long dah ada ke? Errrkk??! No comment ok. 

p/s: tidur waktu hujan adalah nikmat paling indah. 

Thursday, May 6, 2010

Bila nak siap ni?

Dah berapa kali dok bertangguh nak update blog. Sekarang dah pukul 5.35 petang dan aku masih lagi kat opis. Banyak kerja nak siapkan. Aku pun tak pasti pukul berapa nak balik. Rasanya macam sangat lambat je nak balik. Start minggu ni, hari-hari balik lambat nak siapkan Industry Performance Report

Sambil tunggu kawan aku siapkan kerja dia, aku layan blog kejap, update mana yang patut. Kononnya multitasking lah tu. Hahaha..Boss? Ada lagi kat bilik dia. Malas aku nak ambil tahu apa dia buat. Lantaklah kau labu. Dahlah menyusahkan hidup aku. Eiii geram betul! 

Oh ya..baru-baru ini ada lagi ahli department aku nak resign. Boss aku sedih siap cakap kat aku, kalau boleh jangan resign dulu. What? Eh..suka hati aku lah. Kalau aku dapat rezeki lebih baik, takkan nak lepaskan. Betul tak? 

p/s: hanya mampu melihat kawan-kawan lain dah balik. 

Sunday, May 2, 2010

Kau tak percaya aku lagi?

Ada sesuatu yang ingin aku berkongsi bersama-sama dengan pembaca blog aku. Aku pun tak tahu dah berapa kali aku cuba untuk mengarang ayat yang sesuai supaya aku dapat sampaikan maksud aku sebenarnya. Rasanya nak diluah mati mak, ditelan mati bapak. Serba salah aku dibuatnya. 

Apa rasanya bila kita dapat tahu sahabat yang kita kenal lama tiba-tiba curang. Curang maksud aku bukanlah dia bermain kayu tiga atau apa cuma apa yang aku dapat rasakan selama ini aku ditipu. Kalau betul kau cakap kau sukakan seseorang, apa salahnya kau cakap kat aku. Kalau kau nak tahu, aku akan jadi orang pertama yang paling bahagia bila aku dapat tahu berita ini. Alasan kau yang mengatakan tak perlu beritahu semua perkara, adalah satu alasan yang tidak munasabah langsung. 

Selama inipun, kalau kau beritahu apa-apa kat aku, aku akan jaga baik-baik. Kenapa? Kau dah tak percaya dengan aku? Ok, kalau itu keputusannya, jangan kau cari aku lagi. Pandai-pandailah kau membawa diri. 

Bagi diri aku, aku tak rugi apa-apa. Malah aku ada ramai kawan lagi yang sentiasa menyokong aku. I have my own life and I am happy with it. 

Kepada sahabat aku, aku doakan kau bahagia. 

p/s: life must goes on..

Saturday, May 1, 2010

Selamat menyambut hari pekerja

Tertekan rasanya bila dapat boss yang selalu nak tukar format. Hari tu cakap lain..hari ini cakap lain. Can you make up your mind? Geram tau! Sampaikan 1 tahap aku rasa, aku rasa menyampah. "Boss, kau buat seoranglah."

Untuk pengetahuan semua, selalunya pada awal tahun department aku memang sibuk untuk menyiapkan Industry Performance Report yang diterbitkan setiap tahun. Selalunya pada masa ini, boss aku mencapai tahap meracau yang maksima. Bila boss dah jadi macam tu, selalunya kita orang malas nak layan. Kalau dilayan, makin teruk jadinya. 1 perangai yang aku tak tahan dengan boss aku ini, dia tak reti nak sabar. Bukannya aku tak buat kerja tapi kalau boleh dia nak masa tu juga. 


Sempena hari ini hari pekerja, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari buruh kepada semua warga Malaysia. Kepada semua boss..aku harap mereka akan lebih menghargai kami sebab tanpa kami tak mungkin kerja dapat diselesaikan. Ingat tu! 

p/s: apa kata pakat ramai-ramai keluar department?