Pages

Thursday, August 26, 2010

Aktiviti buka puasa di opis

Mari kita tengok aktiviti buka puasa di opis baru-baru ini. Ini kali pertama aku berbuka puasa di opis sepanjang aku kerja kat situ dari tahun 2007.


Dengar tazkirah dulu sementara tunggu masuk maghrib. 


Jemaah lelaki solat di tingkat bawah. 

Acara yang dinanti-nanti..makanlah apa lagi. Dig in!!

Nasi beriani rasanya. 

Murtabak. Masih panas lagi. 

Sebenarnya banyak lagi makanan tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Tengah menikmati makananlah katakan. Apa lagi yang ada? Hmm ada cendol, rojak, sate, kuih, kerang rebus dan banyak lagi. Mewah betul makan. 

Alhamdulillah..kenyang. Ramai juga yang datang berbuka puasa termasuk yang non muslim. Sanggup tunggu lama untuk sama-sama menikmati hidangan. 

p/s: lepas ni nak berbuka mana lagi?

Jom google

Cuba google: Najib buka puasa

Apa yang korang nampak?  




p/s: aik.. pelik kan?

Wednesday, August 25, 2010

Buka puasa di opis

Hari ini ada majlis buka puasa di opis. Sementara menunggu buka puasa, sempat lagi aku nak update blog. Nanti aku akan cerita lebih lanjut pasal majlis buka puasa. 

Bubur lambuk tempah khas dari Kampung Baru. 

Menu buka puasa? Aku tak pasti makan apa tapi tadi dah ambil bubur lambuk import khas dari Kampung Baru. Tak sabar rasanya nak buka puasa. Hehehe...

p/s: makan apa untuk buka puasa hari ini?

Sunday, August 22, 2010

Junaidah Ali Bashah part 2

Aku tak tahan kerja dengan Junaidah Ali Bashah atau Jun. Baru-baru ini aku terpaksa kerja bersama-sama dengan dia. Sepanjang aku kerja dengan Jun, Jun asyik merungut sahaja. Geram aku dibuatnya. "Kau baru kerja kat sini, ikut je lah. Macam kau seorang je yang banyak kerja nak buat, orang lain pun sama tau." Aku dapat rasakan orang lain pun malas nak layan Jun sebab bila Jun bising tak ada siapa pun nak layan dia. Hahaha! Aku suka sangat. 

Nak aje aku tutup mulut dia. Shut up ok!


Aku perasan sekarang Jun dah pandai kipas boss. Waaah! Sekarang sudah maju ya. Selalu nak jumpa boss tapi bagus juga sebenarnya. Jadi boss tak perlu lagi kacau hidup aku. Aman sikit rasanya. Lagi lama Jun dalam bilik boss, lagi aku suka. 

Aku pun tak tahu apa sebabnya boss boleh pilih Jun jadi staff dia. Yang aku nampak, Jun adalah klon boss. Terdapat ciri-ciri yang sama dengan boss, suka sangat sibuk pasal orang lain, cakap banyak sangat dan banyak lagi! 


p/s: jangan kau buat hal dengan aku sudah. 

Berbuka puasa di Red Wok

Baru-baru ini buka puasa di Red Wok yang terletak tak jauh dari rumah aku. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Red Wok ini, boleh tengok kat sini. Aku dah beberapa kali makan kat sini. Ini pun dapat tahu maklumat pasal kedai ini masa keluar dalam majalah Saji bulan Mac 2010. Baru je lagi kedai ini dibuka dan tak salah aku ia dibuka lepas Tahun Baru Cina.

Perkara yang aku suka sangat Red Wok ini, tempat letak kereta sangat luas! Ditambah pula kedainya sangat besar dan senang nak cari walaupun kali pertama ke sana. 


Suasana dalam Red Wok. 

Nak tahu kami makan apa? Jeng..jeng..inilah dia. Selamat menjamu mata.


Nasi goreng belacan.

My favourite, tomyam!

Nasi goreng cina. 

For dessert, red ruby water chestnut with jackfruit. Sedap!

Digalakkan kalau sesiapa nak cuba makan di sini. Di Red Wok bukan sahaja menghidangkan makanan ala carte tapi juga ada buffet steamboat. Aku belum cuba lagi makan steamboat tapi bila tengok pilihan makanan yang banyak, memang ada keinginan nak cuba. Lain kali aku boleh cuba makan steamboat pula. 

p/s: lepas ni makan mana pula? 

Tuesday, August 17, 2010

Nak pakai baju apa?

Alhamdulillah hari ini aku dah puasa 3 hari. Petang tadi lepas kerja aku cuba timbang berat. What??!! Turun 4kg? Perrggh dahsyat beb. Aku pun tak sangka boleh turun banyak tu. Waah! Ini yang semangat nak turunkan berat badan.  


Harap sangat aku boleh muat pakai baju ni. 

Sayang..banyak baju aku dah tak muat nak pakai. Bila nak pakai baju untuk  kerja, asyik pakai baju sama je. Cepat sangat pusing baju yang ada. Sesiapa yang 1 opis dengan aku pasti boleh agak lepas ini aku akan pakai baju apa nanti. Hehehe..

p/s: kalau pakai baju seragam, senang je kan?

Monday, August 16, 2010

It's Monday my dear

Tak sukanya hari Isnin. Rasa malas je nak masuk kerja. Nasib baiklah aku masuk awal so dapatlah aku balik awal. Untuk bulan puasa aku waktu kerja telah ditukarkan kepada 7.30 sampai 4.30. Tentulah nak kena balik awal. Akak nak masak untuk berbuka puasa nanti. Kalau balik lambat, mana sempat nak masak?

Siapa sangka masa berlalu cepat dah hari ini hari keenam kita berpuasa. Orang lain dah puasa banyak hari tapi aku baru sahaja mula puasa semalam. Adik aku tak tahu aku puasa semalam patutlah dia nampak aku asyik tidur je. Letih ya? Hehehe..

Seperti tahun sebelum ini, aku memang tunggu kalau ada orang bagi kad raya kat aku. Tahun lepas aku tak dapat langsung! Sedih sangat. Untuk tahun ini, aku malaslah nak bagi kad raya kat sesiapa tapi kalau ada orang bagi kad raya, insyaallah aku akan balas. Hmm..ada ke nak bagi kad raya kat aku nanti?

p/s: persiapan untuk raya dah siap?

Friday, August 13, 2010

Promosi Air Asia RM1



Ya kawan-kawan..promosi Air Asia datang lagi! Kali ni promosi dengan harga RM1 untuk semua destinasi yang bermula 10-15 Ogos. Sampai hari ini, hari ketiga dan aku rasa dah susah nak dapat harga tiket RM1 tu. Kalau nak book tiket memang kena book awal-awal. Kalau dapat tarikh sesuai dan harga yang murah, jangan fikir panjang lagi. Terus je book! 

Masa aku dapat berita promosi ini, memang aku sangat teruja dan mulalah aku berangan-angan. Aku sempat lagi tengok harga tiket return termasuk cukai, beg dan lain-lain caj dari KL ke Jakarta boleh dapat kurang daripada RM100! Murah gila. Mana nak dapat harga murah macam ni. 

Ikut pengalaman aku sebelum ini, kalau ada promosi Air Asia macam ni kena plan baik punya. Bila dah book tiket, next plan kena uruskan hal-hal pengangkutan, hotel, nak makan kat mana, nak pergi mana dan banyak lagi. Rajin-rajinlah baca dan cari maklumat mengenai tempat yang kita nak pergi. Yang penting, semuanya ikut bajet. Kalau ada duit lebih, tak salah kalau nak naik flight lain. Insyaallah manalah tahu, kalau ada rezeki lebih, boleh je nak tukar angin. Hehehe..

Jadi..tahun depan nak ke mana? Aku tak tahu lagi. Aku tak berani nak jamin. Tunggulah ya! 

p/s: sila beri komen nak ke mana untuk tahun depan. 

Thursday, August 12, 2010

Puasa hari kedua

Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua kita berpuasa. (alamak aku masih tak boleh nak puasa sebab dah nampak anak bulan raya dulu) So far ok tak? Hari pertama berpuasa aku cuma beli lauk di pasar ramadhan sebab tak ada lauk nak masak. Selalunya ayah yang selalu beli lauk tapi kali ini ayah tak ada sebab ayah pergi umrah. 

Aku pun tak tahu nak beli apa kat pasar ramadhan sebab semua makanan nampak sangat sedap. Kalau ikutkan hati, rasa nak beli je semua. Itu nafsu namanya kawan-kawan. Untuk hari pertama berbuka puasa, aku cuma beli lauk pajeri nenas dan sambal udang. Untuk pencuci mulut aku beli sedikit kuih. Nak tahu kuih kegemaran aku? Sudah pasti kuih koleh kacang. 

Suka makan kuih koleh kacang. Ada sesiapa tahu buat? 

Cerita pasal makanan di pasar ramadhan kali ni, aku dapat rasakan harga semakin naik. Bayangkan ayam golek dulu cuma RM13 seekor dan semalam aku tengok dah naik harga menjadi RM15 seekor! Dahlah saiz ayam semakin kecil ditambah pula dengan harga makin mahal. Memang tak patutlah. Itu belum tahu lagi rasa sedap atau tidak. 

Bagi aku, aku akan cuba untuk masak lauk untuk berbuka biarlah lauknya yang senang-senang. Yang pasti, rasanya sedap! Kali ini aku beli lauk kat pasar ramadhan sebab kes istimewa. Untuk pengetahuan semua, di kawasan rumah aku ni memang mewah dengan pasar ramadhan. Setakat yang aku tahu ada dalam 4-5 pasar ramadhan. Itu belum campur lagi yang aku tak tahu. Banyak kan? Cuma 1 sahaja pesanan aku, masa berbelanja, belanjalah secara berhemah. Jangan ikutkan nafsu. 

p/s: berbuka ikut sunnah nabi. 

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut bulan ramadhan

Esok bermula puasa pada bulan Ramadhan. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga amalan kita akan diberkati. 

Tak lupa juga aku ingin memohon maaf kepada semua sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa. Sesungguhnya aku ini cuma insan biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan. Alamak macam nak beri ucap selamat pula aku ni. Hehehe..

Ingat ya..esok puasa. Jangan ada yang puasa yang yok...pagi-pagi buka periuk. Satu lagi, alasan yang tak boleh diterima langsung iaitu alasan terlupa. Terlupa sangat sampai tak sedar dah bantai makan 2 pinggan nasi lemak. Yeaah..you're right!

p/s: suka dengar pengumuman daripada mohor besar

Monday, August 9, 2010

Debaran masih sama

Tak sangka boleh jumpa balik selepas berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Debaran mula-mula jumpa dulu masih terasa. Adakah cinta akan berputik semula?

Jangan ingat benda lain ok. Aku masih belum jumpa Abang Long lagi. Sengaja aku nak buat drama sekejap. Hahaha! Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Aku jumpa Rohaizi semalam kat pasar malam. Rohaizi adalah lelaki yang aku admire masa aku tingkatan 1. Kalau nak tahu lebih lanjut cerita Rohaizi sila rujuk kat sini

Sayang, aku tak sempat nak tegur dia sebab ramai orang kat kat pasar malam ditambah pula aku ni kan pemalu orangnya. Rupa dia? Sudah pasti aku masih ingat lagi muka dia walaupun sudah berubah.

Rohaizi taklah handsome macam Johnny Depp. Kalau handsome, sure aku pengsan depan dia. 

Masa bertembung dia semalam, rasa nak gugur jantung dibuatnya dan perasaan itu masih sama seperti jumpa masa di tingkatan 1 dulu. Hmm..tak tahu aku nak gambarkan bagaimana perasaan itu. 

Tapi apa yang aku mampu aku lakukan sekarang. Dia sudah menjadi milik orang lain dan biarlah aku memendam perasaan ini sampai bila-bila. Kalau buat novel, boleh kalah cerita Lagenda Budak Setan. Hahaha! Berangan je lah sesungguhnya berangan itu indah. Cewaaah! 

p/s: insyaallah kalau jumpa lagi, aku nak tegur dia. 

Thursday, August 5, 2010

More followers

Tak sedar pula aku dah ada 6 orang follower blog aku. Selamat datang kepada O Ena O dan Lina Rahim menjadi follower baru blog aku. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah blog aku ini. 

Yeaaah! Welcome to my blog. 

Pada mulanya aku tulis blog sekadar untuk bercerita apa yang berlaku dalam hidup aku. Pada masa yang sama, serba sedikit berkongsi pengalaman dan perkara yang aku suka buat seperti memasak, melancong dan makan. Hal-hal peribadi boleh juga nak kongsi sama tapi tengoklah dulu. Hehehe..Aku malu sebenarnya. Auww! 

Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua (terasa pula aku ni macam artis). Selagi hayat masih ada, aku akan terus bercerita. 

p/s: happy reading. 

Tuesday, August 3, 2010

Mahu Nando's atau Kenny Rogers?

Alhamdulillah aku dah selesai ganti puasa. Untuk meraikannya, buka puasa di Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya. Mula-mula plan nak makan di Nando's tapi entah macamana boleh tukar plan nak makan di Kenny Rogers. Komen aku? Kalau ayam, aku suka Nando's lagi tapi kalau side dish, aku suka Kenny Rogers. 

Mahu Nando's?

Kenny Rogers pun sedap juga. 

Bagi aku, aku bukanlah penggemar makan ayam yang fanatik. Kalau ada pilihan lain, aku boleh je layan. Lately, aku dok layan nasi arab pula. Di Cyberjaya ada kedai nasi arab yang sangat terkenal iaitu Restoran Saba'. Sedap beb! 

Tadi jalan-jalan di Alamanda ada kedai makanan arab, Sahara Tent. Yang ini belum cuba lagi tapi kawan-kawan yang pernah cuba makan, komen mereka memang sedap tapi sedikit mahal. Insyaallah, bila ada rezeki aku nak cuba sekali dan aku akan bagi komen. Tunggu ya!

p/s: nak cuba makanan apa lagi ya? 

Sunday, August 1, 2010

Game di Facebook

Aku dah malas nak main game kat Facebook. Kalau dulu rajin gak nak layan FishVille ni. Kalau sehari tak main, rasa gelisah sahaja takut ikan akan mati. Sekarang ni aku tak tahu apa dah jadi dengan ikan-ikan aku. Dah mati semuanya kot? Hahaha..


Ikan aku dah tak ada lagi. Uwaa!!

Adik aku rajin betul main game kat Facebook. Boleh katakan hampir semua game dia main. Dulu masa aku main FishVille ini pun sebab dia yang ajak. Malah game yang ada dalam laptop ni pun aku jarang main. Anak saudara aku, Sara memang suka main game. Kalau datang rumah, pasti nak main game Disney. Tak boleh biar dia main seorang, bahaya beb. Silap-silap website lain yang dia masuk. 

Dulu aku pernah dengar isu main game kat Facebook ni. Ketagih punya pasal sampai siap boleh gaduh lagi tu. Dahsyat kan pengaruhnya?


Nak buka game Facebook kat opis? Mana bolehlah..sudah kena sekat. Kalau dulu lagi teruk, nak masuk Facebook sendiri tak boleh masuk langsung tapi biasalah mesti ada ahli pakar yang berusaha untuk buka Facebook ni dan sanggup buat apa sahaja kan? Akulah di antaranya konon nak jadi ahli pakar. Hahaha..

p/s: kalau game boleh lepas, 1 kerja tak siap.