Pages

Tuesday, June 28, 2011

Pulau Pangkor with love part 2

Hari kedua

Sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor, kita makan dulu ya. Sarapan pagi kali ini ialah nasi dagang dengan gulai ikan tongkol di kedai Nasi Dagang Pok Ya. 


Now you see..

Now you don't


 Suasana dalam kedai.


Di hadapan kedai Nasi Dagang Pok Ya. 

Ada 2 jalan nak ke Pulau Pangkor iaitu melalui:

1. Jeti Lumut
2. Jeti Marina Island

Kami pilih melalui Jeti Marina Island sebab lagi dekat cuma 10 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tambang pergi balik feri adalah RM10 seorang. 

Sebelum naik feri, kami singgah sekejap di Lumut untuk beli sedikit cenderamata. 

 Banyaknya topi. 


 Lawa tak topi kita? 

Pilih sahaja cenderamata yang nak. 


Perjalanan dari Seri Manjung ke Marina Island cuma mengambil masa 10-15 minit. Untuk pengetahuan semua, jeti Marina Island ni baru sahaja dibuka pada tahun 2009. 





Sampai di Pulau Pangkor, untuk mencari pengangkutan bukanlah 1 masalah besar. Teksi memang tersedia menanti kehadiran tetamu yang datang ke Pulau Pangkor. 


Cari teksi pink dan sebut sahaja nak ke mana. Mereka pasti akan bawa ke destinasi yang dituju. 

Sebelum check in hotel, jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki teksi. Bayaran yang dikenakan adalah RM60/van. Memandangkan cuma 2 orang sahaja, seorang dikenakan dalam harga RM30. Tempat yang dilawati adalah: 


1. Kota Belanda



2. Taman Mini Tembok Besar China



3. Kilang Sate Ikan




4. Tempat buat kapal



Lepas itu, terus check in di Palma Beach Resort di Teluk Nipah. Harga untuk penginapan 1 malam adalah RM105. 







Aktiviti seterusnya jalan-jalan sekitar di Teluk Nipah sambil menikmati keindahan alam. Cewaaah! 







Sambung lagi....


p/s: jumpa kawan baru. siap bagi tips untuk kuruskan badan. hehehe...

Monday, June 27, 2011

Pulau Pangkor with love part 1

Mari kawan-kawan, duduk dekat sikit ya. Mari aku bercerita pasal trip ke Pulau Pangkor baru-baru ini. Plan ke Pulau Pangkor ni buat secara tiba-tiba. Kalau ikutkan plan asal, nak ke Cameron Highlands tapi ke Cameron Highlands dah pernah pergi sebelum ini. Setakat ini, aku tak pernah pergi Pulau Pangkor lagi. Nak juga tahu macamana keadaan Pulau Pangkor ni. Kalau tak pergi, mana kita nak tahu kan? 

Hari pertama 

Perjalanan bermula dari Shah Alam sebab yang nak bawa kereta tu asal orang sana. Pukul 9 lebih bertolaklah dari Bangi ke Shah Alam dan jumpa di Giant Shah Alam. Alang-alang sampai Giant, belilah bekal untuk perjalanan ke Pulau Pangkor. Penting tu...stok makanan kena ada. Dalam pukul 11 lebih barulah kami mulakan perjalanan. 

Nak ke Pulau Pangkor, kami mengambil jalan dalam sebab jalannya lebih dekat dan bayar tol pun murah. 

Dalam perjalanan, singgah sekejap di Bukit Malawati. Lama dah aku tak ke sini. Kali terakhir aku ke sini, masa sekolah dulu. Lama kan?

Bukit Malawati

Rumah Api


 Monyet yang jinak. Jumpa kawan lama kejap. Hehehe..


Perigi beracun. 

Makam Di Raja. Terdapat 3 Sultan Selangor dimakamkan di sini. 


Batu Hampar

Lepas tu, kami dah aim nak cari kedai jual mee udang di kawasan Tanjung Karang. Landmark yang aku tahu, sebelah dengan masjid dan terletak di tepi jalan. 

Akhirnya kami jumpa!!! Yes!



Banyak udang!! 

Rasanya sedap. Kebetulan masa tu tengah lapar..lajulah aku makan. Harga boleh tahan juga dalam RM6 semangkuk. 

Dah kenyang perut, teruskan perjalanan ke Seri Manjung. Sampai di Seri Manjung, check in di Hotel Lead View

Dah malam..nak cari pula untuk makan malam. Aku ada baca blog, kat Seri Manjung ada kedai jual nasi ayam yang famous. Nama kedainya ialah Kedai Nasi Ayam Mama. Nak juga rasa, betul ke sedap seperti yang dikatakan.

 Tengah tunggu makanan. Mana ni?


 Suasana dalam kedai.

Nasi ayam special. Extra ayam!


 Air teh 3 layered


Kedai Nasi Ayam Mama

My verdict..aku boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Nak kata sedap, bolehlah. Aku lebih suka kalau nasinya ada rasa halia sikit, baru ada kick! Untuk nasi ayam special harganya RM6.50. Memang banyak ayamnya..nasi dah habis tapi lauknya ada lagi. 

Next..sempat lagi jalan-jalan sekitar Seri Manjung. Singgah sekejap pasar malam kat sana. Apa lagi...kita makan durian lah. Hehehe..


Perut dah kenyang, aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur. Hari seterusnya baru bergerak ke Pulau Pangkor. 

p/s: sambung lagi..next to Pulau Pangkor

Sunday, June 26, 2011

Pulau Pangkor with love

Baru pulang dari Pulau Pangkor. Inilah perjalanan yang aku nak beritahu nanti. Sebenarnya plan ke Pulau Pangkor adalah plan secara tiba-tiba. Tidak seperti perjalanan sebelum ini, selalunya aku akan rancang terlebih dahulu sekurang-kurangnya beberapa bulan baru pergi. 

Mari aku kongsi sedikit dahulu gambar sepanjang di Pulau Pangkor. Apa yang aku dapat gambarkan, perjalanannya setakat ini semuanya bagus. Dengan berbelanja sebanyak RM200++ seorang untuk perjalanan 3 hari 2 malam, kira ok kan? Lain kali bolelahlah aku buat show destinasi bajet. Hehehe.. 

Segala maklumat yang lebih lanjut, aku akan kongsi untuk coretan akan datang. 

 Kota Belanda

 Kampung Nelayan




 Pemandangan di tepi pantai waktu senja




Motor pun naik feri sekali

p/s: siapa sangka aku boleh buat trip tiba-tiba.

Sunday, June 19, 2011

Tiada lagi

Lama dah aku tak layan lagu. Baru-baru ini aku terdengar lagu Tiada Lagi. Lagu ini ada 2 version, 1 daripada Amy Search dan 1 lagi daripada Mayang Sari. Personally aku suka version Amy Search lagi. 

Selamat layan ya. 

Version Mayang Sari


Version Amy Search

p/s: suka layan masa jiwang. hehehe...

Wednesday, June 15, 2011

Dah jumpa akhirnya

Setelah sekian lama aku mencari kamera yang sesuai, akhirnya aku berjaya mendapatkannya hari ini. Adik aku dah bising..mana kamera barunya? Berapa lama lagi nak beli? 

Masa lunch tadi, aku tekad. Nak tahu kamera jenis apa aku beli? Ok..kamera ini bukanlah di dalam senarai kamera yang aku cari. Setelah diberi penerangan oleh jurujual kamera dan sambil-sambil aku google mencari maklumat, aku telah bersetuju untuk membeli kamera Canon G12


Pandangan depan. 

Pandangan belakang. 

Boleh ambil gambar dari depan. 

Harganya boleh tahan juga nak bayar. Nasib baik ada bayaran ansuran 0% faedah..jadinya tiap-tiap bulan bayar dalam RM180++ selama 12 bulan. Gulp..kena ikat perut nampak gayanya. 

Tadi dah cuba ambil gambar dengan kamera baru ini dan so far so good. Hehehe...Ada plan nak ke jalan-jalan makan angin dalam masa terdekat.  Bolehlah aku cuba ambil gambar nanti. 

Ke mana aku nak pergi? Hmmm...nanti aku akan update blog aku. Tak rancang sebenarnya nak ke sana tapi setakat ini semua berjalan dengan lancar. Jalan-jalan dekat sini je. Trip ke Kota Kinabalu masih diteruskan lagi dan masih belum ada apa-apa perubahan. 

p/s: mana tau lain kali boleh beli SLR kan?