Pages

Monday, June 27, 2011

Pulau Pangkor with love part 1

Mari kawan-kawan, duduk dekat sikit ya. Mari aku bercerita pasal trip ke Pulau Pangkor baru-baru ini. Plan ke Pulau Pangkor ni buat secara tiba-tiba. Kalau ikutkan plan asal, nak ke Cameron Highlands tapi ke Cameron Highlands dah pernah pergi sebelum ini. Setakat ini, aku tak pernah pergi Pulau Pangkor lagi. Nak juga tahu macamana keadaan Pulau Pangkor ni. Kalau tak pergi, mana kita nak tahu kan? 

Hari pertama 

Perjalanan bermula dari Shah Alam sebab yang nak bawa kereta tu asal orang sana. Pukul 9 lebih bertolaklah dari Bangi ke Shah Alam dan jumpa di Giant Shah Alam. Alang-alang sampai Giant, belilah bekal untuk perjalanan ke Pulau Pangkor. Penting tu...stok makanan kena ada. Dalam pukul 11 lebih barulah kami mulakan perjalanan. 

Nak ke Pulau Pangkor, kami mengambil jalan dalam sebab jalannya lebih dekat dan bayar tol pun murah. 

Dalam perjalanan, singgah sekejap di Bukit Malawati. Lama dah aku tak ke sini. Kali terakhir aku ke sini, masa sekolah dulu. Lama kan?

Bukit Malawati

Rumah Api


 Monyet yang jinak. Jumpa kawan lama kejap. Hehehe..


Perigi beracun. 

Makam Di Raja. Terdapat 3 Sultan Selangor dimakamkan di sini. 


Batu Hampar

Lepas tu, kami dah aim nak cari kedai jual mee udang di kawasan Tanjung Karang. Landmark yang aku tahu, sebelah dengan masjid dan terletak di tepi jalan. 

Akhirnya kami jumpa!!! Yes!



Banyak udang!! 

Rasanya sedap. Kebetulan masa tu tengah lapar..lajulah aku makan. Harga boleh tahan juga dalam RM6 semangkuk. 

Dah kenyang perut, teruskan perjalanan ke Seri Manjung. Sampai di Seri Manjung, check in di Hotel Lead View

Dah malam..nak cari pula untuk makan malam. Aku ada baca blog, kat Seri Manjung ada kedai jual nasi ayam yang famous. Nama kedainya ialah Kedai Nasi Ayam Mama. Nak juga rasa, betul ke sedap seperti yang dikatakan.

 Tengah tunggu makanan. Mana ni?


 Suasana dalam kedai.

Nasi ayam special. Extra ayam!


 Air teh 3 layered


Kedai Nasi Ayam Mama

My verdict..aku boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Nak kata sedap, bolehlah. Aku lebih suka kalau nasinya ada rasa halia sikit, baru ada kick! Untuk nasi ayam special harganya RM6.50. Memang banyak ayamnya..nasi dah habis tapi lauknya ada lagi. 

Next..sempat lagi jalan-jalan sekitar Seri Manjung. Singgah sekejap pasar malam kat sana. Apa lagi...kita makan durian lah. Hehehe..


Perut dah kenyang, aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan tidur. Hari seterusnya baru bergerak ke Pulau Pangkor. 

p/s: sambung lagi..next to Pulau Pangkor

No comments:

Post a Comment