Pages

Tuesday, June 28, 2011

Pulau Pangkor with love part 2

Hari kedua

Sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor, kita makan dulu ya. Sarapan pagi kali ini ialah nasi dagang dengan gulai ikan tongkol di kedai Nasi Dagang Pok Ya. 


Now you see..

Now you don't


 Suasana dalam kedai.


Di hadapan kedai Nasi Dagang Pok Ya. 

Ada 2 jalan nak ke Pulau Pangkor iaitu melalui:

1. Jeti Lumut
2. Jeti Marina Island

Kami pilih melalui Jeti Marina Island sebab lagi dekat cuma 10 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tambang pergi balik feri adalah RM10 seorang. 

Sebelum naik feri, kami singgah sekejap di Lumut untuk beli sedikit cenderamata. 

 Banyaknya topi. 


 Lawa tak topi kita? 

Pilih sahaja cenderamata yang nak. 


Perjalanan dari Seri Manjung ke Marina Island cuma mengambil masa 10-15 minit. Untuk pengetahuan semua, jeti Marina Island ni baru sahaja dibuka pada tahun 2009. 





Sampai di Pulau Pangkor, untuk mencari pengangkutan bukanlah 1 masalah besar. Teksi memang tersedia menanti kehadiran tetamu yang datang ke Pulau Pangkor. 


Cari teksi pink dan sebut sahaja nak ke mana. Mereka pasti akan bawa ke destinasi yang dituju. 

Sebelum check in hotel, jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki teksi. Bayaran yang dikenakan adalah RM60/van. Memandangkan cuma 2 orang sahaja, seorang dikenakan dalam harga RM30. Tempat yang dilawati adalah: 


1. Kota Belanda



2. Taman Mini Tembok Besar China



3. Kilang Sate Ikan




4. Tempat buat kapal



Lepas itu, terus check in di Palma Beach Resort di Teluk Nipah. Harga untuk penginapan 1 malam adalah RM105. 







Aktiviti seterusnya jalan-jalan sekitar di Teluk Nipah sambil menikmati keindahan alam. Cewaaah! 







Sambung lagi....


p/s: jumpa kawan baru. siap bagi tips untuk kuruskan badan. hehehe...

No comments:

Post a Comment