Pages

Sunday, February 19, 2012

Baucer buku 1Malaysia


Aku ingat aku tak dapat baucer buku 1 Malaysia sebab aku dah habis belajar. Tak sangka pula bila ATC beritahu aku yang aku sebenarnya pun dapat baucer buku 1 Malaysia baru-baru ini. 

Alhamdulillah, rezeki aku agaknya. Dahlah baru habis MBA dan ditambah pula dapat baucer buku 1 Malaysia bernilai RM200. Cumanya aku tak tahu apa aku nak buat dengan baucer buku ni. Nak beli buku rujukan, aku dah tak perlu lagi. 

Minggu lepas aku ke Mid Valley, ingat nak beli buku pakai baucer buku. Mak oooii!! Ramainya orang nak beli buku. Cancel, tak jadi aku nak beli buku. Macamana nak beli buku kalau nak berasak-asak dengan orang ramai? Oh tidak ok.  

Jadi, pagi tadi aku ke BookXcess yang terletak di tingkat 3 Amcorp Mall, Petaling Jaya. Nasib baik di BookXcess terima baucer buku. Yeaah! Apa lagi, aku pun boronglah buku. Nak tahu, aku telah berjaya memborong buku sampai 12 buah buku!!

Hasil tangkapan di BookXcess. 

Memang sangat berpuas hati dengan hasil tangkapan aku. Harga semua buku adalah RM273.35 tapi aku cuma bayar RM73.35 sahaja sebab aku pakai baucer buku RM200. 

Bukan itu sahaja, aku selesa membeli buku di situ sebab tak ramai orang dan terdapat banyak pilihan buku. Rasanya nak borong semua buku tapi nak buat macamana, keadaan kewangan tak berapa nak mengizinkan. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh aku ke sana lagi. Tak rugi ke sana. Percayalah. 

Sesiapa yang ingin dapatkan maklumat BookXcess, boleh pergi ke sini

p/s: semangat nak kumpul buku pula. 

No comments:

Post a Comment