Siapa takut jumpa dentist, sila angkat tangan!
Aku memang takut nak jumpa dentist sejak kecil lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Bukannya dia orang ada buat salah dengan aku. Di antara adik-beradik aku, akulah yang paling kerap jumpa dentist. Padan muka..suka sangat makan gula sampai rosak gigi aku dibuatnya.
Petang tadi aku ada appointment dengan dentist pasal nak pasang crown gigi. Memang dah lama nak jumpa tapi asyik bertangguh sahaja dari tahun lepas lagi. Banyak perkara yang berlaku dan pada masa sama, aku memang takut! Hehehe..
Mari aku kongsi serba sikit mengenai crown gigi ni. Kebiasaannya dilakukuan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka panjang. Ia dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya kepada gigi geraham.
Proses crown gigi.
Dipendekkan cerita macam nak buat sarung gigi. Ia bermula apabila gigi geraham aku pecah pada tahun lepas (sedar-sedar gigi aku pecah bila makan kuih raya) dan dentist mencadangkan untuk buat crown. Alasannya gigi aku tak dapat nak diselamatkan dengan tampalan biasa sebab lubang gigi besar sangat. Nasib baik boleh claim kat opis. Fuuh!
Proses buat crown gigi, mula-mula dentist akan potong sedikit gigi (kelihatan pendek sedikit daripada gigi yang lain). Masa ni aku tak rasa apa-apa sebab dentist dah letak bius sampai lidah dan pipi aku rasa kebas. Lama juga prosesnya, lebih kurang 1 jam lebih baru siap semuanya.
Sebelum tu, dentist terlebih dahulu ambil acuan gigi untuk membuat crown gigi kekal. Sementara untuk dapatkan crown gigi kekal, dentist telah buatkan crown gigi sementara. Lebih kurang 1 minggu baru crown gigi kekal akan siap dan dentist dah pesan jangan makan makanan yang keras takut nanti crown gigi sementara akan pecah. Ok noted boss!
Sekarang ni aku hanya tunggu sampai crown gigi kekal siap tapi aku rasa tak selesalah. Rasa ada benda asing dalam mulut aku ni. Nak makan pun, kena sopan santun. Kepada maruku, kacang dan seangkatan dengannya terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
p/s: sayangilah gigi anda.
buat katne kak long? kosnya?
ReplyDeletebuat kat klinik pergigian norshah. dekat kedai makan san francisco. kos utk 1 batang gigi dlm rm600. boleh tahan juga harganya. next time, jaga gigi baik2. hehehe..
ReplyDeletekak....saya baru patah gigi depan kes jatuh moto....berapa lama ya proses pemati akar dan sarah sekali crown nya
Deleteyg tu tak pernah buat
Deletetapi rasanya macam lama je sebab proses nak buat tu berulang kali
maaf ya tak dapat nak tolong
Sakit tak masa dentist potong gigi tu?
ReplyDeletetak sakit sebab dah letak bius.
Deleteas salam nak tanya.lepas crown ni kita dah xleh mkn ganas2 ke?
ReplyDeletemasa buat crown temporary tu digalakkan makanan yg lembut. bila dah buat crown permanent, bolehlah makan macam biasa.
DeleteAskum..Sy nk tnya buat crown temporary ngan crown permanent kos dia lain2 ke?
ReplyDeletekos utk permanent dengan temporary dah termasuk semuanya
Delete