Pages

Friday, March 30, 2012

Makcik kaya

Alhamdulillah.

Minggu lepas duit lebihan cukai daripada LHDN dah masuk akaun bank. Mula-mula aku perasan, kenapa masih ada baki duit dalam akaun selepas aku membayar hutang dan bil. Biasalah, hari pertama aku dapat gaji terus bayar hutang dan bil. Selalunya bila dah bayar semua hutang, adalah tinggal sedikit buat aku belanja nanti. 

Tiba-tiba rasa tak sedap hati pula. Tak boleh jadi ni. Apa lagi, aku check balik transaksi bank. Eh! Duit daripada LHDN dah masuk rupanya. Cepat betul! Dalam 1 minggu dah dapat duit. Siapa yang belum hantar cukai pendapatan, sila hantar sekarang. Selagi masih belum sesak, proses pembayaran balik memang mengambil masa yang singkat. Bolehlah buat belanja ke Langkawi nanti. Yeaah! 

Pagi tadi masa aku sampai opis, kawan-kawan aku sibuk tanya, "akak dah check ke?" Aku keliru sekejap. Kalau ya pun, berilah aku simpan beg dan duduk dulu. Check apa pula ni? "Bonus dah masuklah kak." Ooohhh bonus rupanya. Kehadiran bonus memang membuatkan aku ternanti-nanti dari dulu lagi dan akhirnya kau datang juga. Akak suka! Yeaah lagi! 

Sebelum aku plan nak buat apa-apa dengan duit bonus, kena asingkan dulu masuk dalam akaun Tabung Haji sebab susah sikit nak keluarkan duit, kena pakai buka akaun Kalau masih tersimpan dalam akaun bank sekarang, rasanya cepat je habis nanti. Betul tak? 

Apa yang mula-mula terlintas, tukar tayar kereta cepat-cepat. Ya aku tahu, aku dok tangguh sahaja dari dulu lagi. Bahaya bawa kereta dengan tayar yang tak ada bunga lagi terutamanya masa musim hujan.


p/s: Alhamdulillah...rezeki

2 comments:

  1. So yang tu sebenarnya duit LHDN ke duit bonus? Ke dua2? Conpius pakcik..betul ke LHDN bayar cpt?
    ijamraul@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Dapat duit LHDN dan bonus. Alhamdulillah rezeki. Cepat juga LHDN bayar balik. dalam 1 minggu dah dapat. Rasanya masa sumbit borang, org tak ramai lagi yg submit. So cepatlah proses pembayaran baliknya. :)

    ReplyDelete