Pages

Friday, March 23, 2012

Paparazzi tak berbayar

Bengang! Geram! Marah! 

Itu sahaja yang dapat aku katakan. Kenapa mesti ada orang yang sibuk nak tahu pasal orang lain. Aku tak sibuk pun nak tahu pasal kau. Yang paling aku tak suka, menjadi orang tengah untuk mendapat maklumat. Kenapa kau tak boleh nak tanya sendiri? Nak takut apa? Bukannya ada orang nak makan kau. Sebab kau tak ada hidung? Sebab kau tak cantik? Eeiiiii!! 

Ceritanya tadi aku call minah ni nak dapatkan maklumat. Tiba-tiba sahaja minah tu tanya pasal kawan aku. 

Minah: eh..xxxx dah mengandung?

Aku: (terkejut sekejap. rasa nak melompat dari kerusi pun ada) eh kenapa kau tanya kat aku? kalau kau nak tahu, kau tanyalah sendiri. aku tak sukalah jadi orang tengah. 

Minah: janganlah marah. 

Aku: bukannya marah tapi kalau orang tanya pasal kau mengandung ke tak, kau marah tak?

Minah: tak kisah. 

Aku: kau memang tak kisah tapi ada orang lain kisah. 

Minah: oklah tak jadilah nak tanya. 

Lepas tu aku dah tak ingat aku bebel lagi tapi rasanya panjang juga aku bebel. End up aku rasa menyesal pula aku call minah ni. 

Aku memang dah lama kenal minah ni tapi tu perangai dia yang penyibuk buatkan aku tak nak jumpa dia. Kalau boleh, aku cuba elak dan cakap dengan dia. 

Masa mula-mula bila aku dapat tahu department aku kena pindah, akulah orang yang paling gembira. Rasa dunia ini aku yang punya! 

Baru-baru ini, aku dapat berita department minah ni pun nak kena pindah 1 bangunan dengan aku. Damn! Aku baru nak hidup aman damai semenjak kena pindah tahun lepas. 

Nasib baiklah tak dapat 1 tingkat dengan aku. Kalau tak, aku tak tahu nak buat apa lagi. Kawan-kawan opis aku siap sindir aku, "lepas ni bolehlah keluar sama-sama dengan kawan baik akak tu ya." Kurang ajar punya ayat korang! Siaplah nanti. 

Mana-mana mesti ada orang penyibuk bak kata adik aku, paparazzi tak berbayar. Sibuk nak tahu pasal orang lain. Apa yang korang dapat kalau tahu pasal orang lain ni? Kalau dibuatnya salah maklumat, boleh jadi fitnah. Berdosa tau. 

p/s: sebelum nak sibuk pasal orang, tengok empunya diri dulu.

6 comments:

  1. Hehehehe...Sep skit!!! Elergik la org penyebok ni.Ish Ish sapa la yg sindir2 perli akak tu ye?siot je diorg tu kan....hahahaha.. :p

    ReplyDelete
  2. kelentong je makcik, bagi lawak sarcatic skit. cm aku, dulu selalu bw bekal lunch, org kat office sibuk tanya siapa masak, dh tau aku duk sorg sapa lagi ler nak mskkan. bongok nyer soalan, aku kat je laki kawan aku masak... hahahhaaa padan muka diorang.

    ReplyDelete
  3. cik anon: aku penatlah jumpa org yang sibuk pasal orang lain. tau tak? penat!!!

    makcik: aku boleh je nak kelentong. aku cakaplah nanti, aaron aziz nak minang aku. ok tak? hahaha..

    ReplyDelete
  4. salah ke org tanye mcm tu...tanye tu mendokan yg terbaik....=)

    ReplyDelete
  5. rimas dengan orang yang busy body!

    ReplyDelete