Pages

Thursday, May 31, 2012

Wall of fame


Antara banyak-banyak magnet yang ada sini, aku paling suka sepasang kasut hijau. Pemberian daripada kawan aku yang berkursus di Korea. Ini baru separuh koleksi magnet yang aku ada. Separuh lagi koleksi magnet, ada kat rumah. Terpaksa bawa ke rumah sebab dah tak muat. 

p/s: ada magnet aku beli sendiri dan ada yang kawan beri. 

Sunday, May 27, 2012

Persembahan Francissca Peter 19 Mei 2012

Hari tu aku cuba nak upload video persembahan Fran tapi tak dapat. Baru-baru ni aku jumpa ada penonton dah upload video kat youtube. Terima kasih ya. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semula persembahan Fran hari tu. 

Jom..kita tengok sama-sama. 





Amacam best tak? Ini baru sikit je. Kalau tengok betul-betul, memang best. Suara dia tak berubah langsung. 

p/s: ada sesiapa nak join tengok persembahan fran nanti?

Thursday, May 24, 2012

Sunday, May 20, 2012

One Love, One Night, Save Lives

Semalam menyaksikan persembahan Francissca Peter One Love, One Night, Save Lives di Ecoba Restaurant & Bar, mengimbas kembali zaman kegemilangan beliau. Boleh katakan aku tahu hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh Fran sebab aku membesar bersama-sama dengan lagu Fran bermula berduet dengan Roy sampailah Fran nyanyi solo. Kelebihan dengan crowd tak berapa ramai, aku dapat rasakan shownya lebih mesra dan rapat. 

Mula-mula aku message Fran yang aku promote event dia kat blog aku. Tak sangka pula dia balas. Pada asalnya aku berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak tengok persembahan Fran tapi bila tengok Fran bersungguh-sungguh ajak aku, terus aku setuju. I'm speechless Fran!  


Ok..cukup intro pasal Francissca Peter. Mari kita tengok apa yang berlaku sepanjang persembahan semalam. 

Pengacara majlis oleh Will Quah. Handsome juga mamat ni. 

Bermula dengan persembahan tarian seksi. Perrggh! So hot. 



Persembahan istimewa daripada Francissca Peter. 

Crowd yang sporting. Boleh nyanyi dan menari bersama-sama.

Banyak juga lagu popular yang dinyanyikan oleh Fran. Antaranya ialah Sekadar di Pinggiran, Si Kunang-kunang, himpunan lagu duet dengan Roy dan banyak lagi. Aku cuba nak upload video tapi tak dapat. Anyway aku share video lagu Si Kunang-kunang untuk tatapan semua. Ok tak?



Sepanjang persembahan selama 3 jam (show mula pukul 9.30 malam), Fran bukan sahaja membuat persembahan malah ada juga aktiviti lelongan untuk diserahkan kepada PT Foundation. PT Foundation adalah sebuah badan kebajikan yang memberi maklumat dan memberi kesedaran yang berkaitan dengan HIV/AIDS dan seksualiti di Malaysia. 

Dapat seat baik punya. 

Bergambar dengan Francissca Peter. Akhirnya dapat jumpa personally! Siap dapat peluk lagi tu. Akak terharu. 

Rasa tak puas tengok persembahan Fran. Kalau boleh nak minta Fran sambung nyanyi lagi tapi apa yang boleh aku buat. Dapat tengok persembahan Fran, dah kira baik. 

p/s: bila dapat jumpa Fran lagi?

Friday, May 11, 2012

Sudah cukup sudah

Hari-hari dengar aku dengar lagu Sudah Cukup Sudah sampai 1 hari entah berapa kali main lagu ni. Punyalah selalu sangat dengar lagu ni, dah melekat kat otak aku. Hahaha..

Secara ringkas, lagu ini maksudnya bila kekasih kau dah buat hal dan kau rasa cukup-cukuplah. Lebih baik kau berambus dan jangan kau peningkan kepala aku! Ok tak penerangan aku? 

Kepada semua, kita layan lagu ini. Happy weekend! 


p/s: sudaaah!! aku nak tidur ok

Thursday, May 10, 2012

Selamatkan harimau

WWF Malaysia perlukan bantuan anda. Sama-samalah kita menderma dan berbakti untuk selamatkan harimau. Tahukah anda, ada tinggal kurang daripada 500 ekor harimau di Malaysia. Jadi jangan biarkan mereka pupus!

Masa aku balik dari bank, kebetulan jumpa wakil WWF sedang buat kempen  menderma. Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku melaksanakan tanggungjawab aku dengan menderma RM38 sebulan (lebih kurang RM1.27 sehari). Beli KFC pun lagi mahal tau. Hehehe..



Anda bila lagi?

p/s: suka harimau...aauuumm!!

Sepetang bersama-sama Francissca Peter

Wah! Event yang sungguh menarik. Sambil kita menderma kita boleh menyaksikan persembahan Francissca Peter (kakak aku tu!) pada 19 Mei 2012. Harganya boleh tahan juga. Boleh pilih antara:

RM120 (dinner dan persembahan) 

atau

RM70 (persembahan sahaja)

Sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang RSVP di sini

p/s: ingat nak pergi. ada siapa nak join?

Wednesday, May 9, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari keenam (last day)

Apa? Tak habis lagi cerita jalan-jalan di Singapura ni? Ok ok..ni hari terakhir di Singapura. Sebenarnya setiap hari aku membilang hari bila nak balik Malaysia. Sehebat dan canggih mana Singapura ni, Malaysia tetap di hati. Cewaah!

Pukul 8.30 pagi check out hotel. Senang bila dah check out awal-awal ni sebab tak payah nak fikir packing baju lagi. Nasib baik kat hotel ada disediakan perkhidmatan simpan beg memandangkan flight bertolak ke KLIA masih lama lagi iaitu pukul 6.15 petang. Takkanlah nak bawa beg yang berat-berat tu bersama-sama. Masih ada masa lagi..sempat lagi aku nak jalan-jalan sekitar dan kalau ada rezeki boleh last minit shopping. Hehehe..

Oh ya. Masa tengah tunggu ayah aku nak check out dan sambil-sambil duduk di lobi hotel, ada insiden kurang ajar berlaku. Nasib baik aku masih mampu bersabar kalau tak, dah lama aku tampar muka mamat ni. Ceritanya macam ni..

Mamat: You're from Malaysia?

Kawan aku: Yes. Where are you from?

Mamat: I'm from Taiwan.

Tiba-tiba mamat cakap cina, kawan aku beritahulah dia tak faham. Lepas tu, mamat tu tunjuk-tunjuk kat aku (aku duduk sebelah kawan aku) dan buat bahasa isyarat yang memberi maksud aku ni gemuk. Eh mamat ni kutuk aku pula tapi dalam hati, sabar...sabar.

Itu ok lagi..lepas tu dengan selamba mamat ni pegang lengan aku pula konon nak beritahu aku ni besar sangatlah. "Eh kau ni..pasal apa ni? Dahlah kau kutuk aku dan sekarang suka hati kau nak pegang lengan aku. Banyak cantik muka kau"

Entah kenapa aku tak menjerit dan marah mamat tu. Aku, kawan aku dan adik aku terdiam dan terkejut gila dengan tindakan spontan mamat tu. Last-last aku tinggalkan sahaja mamat tu. Bangang! Eeeiii..Suka hati je pegang aku.

Cerita pasal mamat tu habis macam tu. Kalau aku jumpa balik mamat tu, aku nak tampar muka dia. 

Plan asal pada pagi tu nak pergi Singapore Flyers dan River Cruise tapi tak jadi sebab ayah aku nak ke airport dulu memandangkan flight ayah pada pukul 2.45 petang. So kami hantar ayah ke airport naik dari MRT Bugis ke MRT Changi Airport. Senang sangat bila ada MRT, dalam setengah jam dah sampai. 

Tunggu MRT sampai. 

Lepas hantar ayah, singgah ke Geylang sebab dah tak jauh daripada airport. Apa lagi, naik bas nombor 24 dari airport dan terus ke Geylang. Apa lagi...dengan pantas beli kain dan baju. Kalau ikutkan hati nak stay lama-lama tapi tak boleh. Mana yang berkenan, beli sahaja. Tak perlu nak fikir banyak-banyak. Aku cuma sempat beberapa pasang kain untuk aku dan ahli keluaraga aku yang lain. :(


Mari kakak dan adik, pilih kain. 

Dah shopping di Geylang, destinasi seterusnya ke Singapore Flyer. Dari Geylang naik bas (aku tak ingat nombor berapa) dan turun di stesen MRT Raffles Place dan kemudian terus tukar ke MRT Promenade. Dari stesen MRT Promenade jalan kaki dalam 10-15 minit dan sampailah ke Singapore Flyer. 


Dah sampai Singapore Flyer. 

Memandangkan kami dah beli kupon Groupon untuk naik Singapore Flyer dan River Cruise, jadi tak perlulah kami nak beratur untuk beli tiket lagi. 

Singapore Flyer sangat luas. Boleh isi sampai 8-10 orang.

Kenapa aku happy semacam je ni?







Pemandangan melalui Singapore Flyer.

Lepas naik Singapore Flyer, terus ambil teksi dan ambil beg di hotel dan terus menuju terus ke Changi Airport. Sayang tak sempat nak naik Singapore River Cruise sebab nak kejar masa. Sampai di airport lebih kurang pukul 4 petang terus check in flight.  

Flight ke KLIA lambat gara-gara cuaca tak berapa mengizinkan dan aku tak pasti pukul berapa tolak. Lebih kurang pukul 7.30 petang sampai di KLIA dan aku rasa lega sangat. Alhamdulillah aku sampai pulang ke tanah air! 

p/s: insyaAllah kalau ada rezeki nak ke Singapura lagi. ada sesiapa nak ikut?

Tuesday, May 8, 2012

Pemenang pengunjung 20,000

Aku dah dapat pemenang pengunjung 20,000. Balik dari lunch aku check emel, tup tup dah ada orang emel aku. Cepatnya! Aku memang dah agak dalam bulan ni dapatlah pemenangnya tapi tak sangka pula hari ini. Tahniah aku ucapkan. 

Sebelum tu, mari kita tengok betul tak dia ni pengunjung ke-20,000. 


Ok confirm pengunjung ke-20,000. 

Mari aku umumkan siapa pemenang yang bertuah itu. Pemenangnya ialah:

SHAZWANI AZIZ

Memang rezeki dan awak memang bertuah. Hadiah kena tunggu dulu sebab aku tak sediakan lagi. Ingatkan lama lagi. Hehehe... Boleh tunggu kan? InsyaAllah hadiah itu pasti istimewa. Cewaaah! 

Rasa-rasanya kalau aku buat lagi, ada ke nak join? Anyway, terima kasih kepada semua yang sudi nak join. Bertambah semangat lagi aku nak tulis blog. Apa kata, pengunjung yang seterusnya, kita beri peluang kepada orang lain. Baru adil dan saksama kan? 

p/s: mungkinkah nak buat pengunjung ke-50,000? kita tunggu dulu. 

Jalan-jalan di Singapura-hari kelima

Check out Marina Mandarin Hotel. Tak dapat nak berangan mewah-mewah lagi..back to normal life. 

Terasa macam artis AF kena keluar pula. Hehehe..

Tengok dulu kot ada hutang. Ok clear semua. 


Hari ini nak jemput ayah di MRT Dhoby Ghaut sebab ayah nak ikut jalan-jalan  di Singapura. Sebenarnya ayah bertolak dari Kajang naik keretapi sampai di Johor Bharu nak jumpa kawan di sana. Alang-alang sampai Johor, ayah turun ke Singapura. Lagipun, bukannya jauh sangat pun. 

Nak kena beli tiket MRT dulu. Macamana ni? Poning la. 

Tunggu ayah di MRT Dhoby Ghaut. 

Bila ayah sampai, terus ajak ayah makan dulu. Dah sampai waktu makan, kenalah makan dulu. Aku bab makan memang punctual. So, ajak ayah makan di Restoran Zam Zam di Jalan Arab. 

Nampak tak Masjid Sultan? Dah dekatlah tu nak ke Restoran Zam Zam.

Tunggu makanan sampai. 

Makanan dah sampai. Let's dig in! Jangan lupa baca bismillah ok. 

Habis makan, terus check in Hotel Fragrance di Middle Road. Ambil hotel murah sahaja. Nak stay di Marina Mandarin Hotel mahal sangat. Mahu dekat RM1,000 semalam. Mana aku nak cekau duit? Masa masuk bilik, terasa sangat bezanya stay di Marina Mandarin Hotel. Tiba-tiba pula rasa macam orang miskin. 

Ada 7 eleven, aku sangat suka!


Bilik kongsi 3 orang harga SGD158 semalam. 

Ayah pula stay kat Hotel 81 yang bersebelahan dengan Hotel Fragrance. Ingatkan nak ambil hotel sama tapi Hotel Fragrance dah penuh. 

Aktiviti seterusnya melawat saudara di Ubi Avenue di sebelah petang. Untuk pengetahuan semua, Ubi Avenue adalah kawasan yang ramai melayu. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa saudara aku. Mahu taknya..kali terakhir jumpa ada dalam 30 tahun yang lalu. Kalau nak ceritakan, saudara yang kami jumpa ni pangkat 2 pupu dengan arwah mak dan aku panggil dia Mak Long. 

Cara menyidai baju di bangunan tinggi. 

Naima, cucu Mak Long yang baru berusia 4 tahun sangat petah bercakap.

Mak Long sempat bawa kami jalan-jalan sekitar Geylang. Sempat tengok sahaja kawasannya sebab banyak kedai tutup. InsyaAllah kalau ada masa, memang nak singgah untuk shopping!

Kedai makan Hajah Maimunah

Kompleks Joo Chiat.

Labu Labi bukan sahaja dalam filem, kedai makan pun ada tau. 

p/s: sambung hari keenam, hari terakhir di Singapura.

Sunday, May 6, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari keempat

Kita sambung balik cerita di Singapura. 

Memandangkan conference habis awal, ingat nak jalan-jalan sekejap. Kebetulan ada pameran Titanic di Art Science Museum, ok juga kalau nak tengok ni. Pada masa yang sama, pameran Titanic berakhir pada 29 April (tinggal beberapa hari sahaja masa tu), menambahkan lagi semangat aku. Harga tiket ialah SGD23 dan tambah SGD10 untuk naik Skypark Marina Bay Sand.



Alamak ramai pula nak tengok pameran Titanic ni. Hmmm..beraturlah dulu.


Antara barang-barang peninggalan yang dijumpai dalam kapal Titanic.



Seterusnya kami terus ke Skypark Marina Bay Sand. Nampak je dekat dengan Art Science Musuem tapi jauh juga nak menapak. Dari bawah nampak macam sampan yang terapung. Untuk sampai ke atas tu, naik lif ke tingkat 56. 


Boleh nampak 1 bandar Singapura. Control senyum tapi masa ni tengah gayat. Nasib baik masa naik dah malam, kalau tak, lagi gayat! Banyak tinggi woo!!


Cantik sangat masa ni. 

Puas jalan-jalan, perut pula minta diisi. Makan di Makansutra Gluttons Bay. Di sini memang banyak gerai tapi cuma ada 3 gerai yang halal. 



Inilah 3 gerai yang halal.

Makanan kami pada malam itu.
Kue tiow goreng (warna merah)

Nasi goreng ayam.

Sate ayam dan daging.

Perut dah kenyang, makan pun sudah, apa lagi tidurlah. Hehehe..

p/s: sambung hari kelima pula.