Pages

Thursday, August 30, 2012

Chocolate cake in a mug

Siapa cakap buat kek coklat susah? Senang je nak buat. Aku siap buat kek coklat di pantry opis lagi tu. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kek coklat, boleh rujuk kat sini. 

Pakai mug untuk bakar kek coklat. 

Dah siap pun kek coklat.

Lembut sahaja rasanya. 

p/s: selamat mencuba. 

Saturday, August 25, 2012

Sound of music


Aku tak ingat berapa kali aku tengok cerita Sound of Music. Aku rasa mahu beribu-ribu kali aku tengok (ok, tak sampai ribu-ribu tapi aku rasa dah banyak kali sampai aku dah tak ingat berapa kali) dan aku masih tak jemu-jemu tengok. 

The best part pasal cerita ni adalah lagunya dan antara lagu yang menjadi kegemaran aku ialah Do Re Mi, I am sixteen going on seventeen dan So Long, Farewell. 

Serba sedikit cerita Sound of Music bermula apabila Sister Maria terpaksa menjaga anak-anak Captain Baron yang kehilangan isteri. Anak-anak Captain Baron sangat nakal tapi Sister Maria telah berjaya menawan hati mereka dan akhirnya menjadi sebahagian keluarga Von Trapp. Memang tak rugi kalau tengok cerita ni.  

Ahli keluarga Von Trapp yang terdiri daripada Maria, Captain Baron, Liesl, Friedrich, Louisa, Kurt, Brigitta, Marta dan Gretl. 

Sebenarnya aku dah lama nak cari cerita ni sampaikan aku siap suruh adik ipar   aku carikan cerita ni. Punyalah lama aku tunggu, aku terus cari online kalau ada yang jual DVD Sound of Music. Yeaaah! Aku jumpa akhirnya. Apa lagi, aku terus bayar dan tunggu sahaja DVD tu sampai ke rumah. 

Lepas ni, bolehlah aku layan cerita ni sepuas hati sampai naik muntah dibuatnya. Akak sangat suka. Hehehe..

p/s: hadi, lepas ni kita boleh nyanyi sama-sama lagu Do Re Mi. 

Friday, August 24, 2012

Beraya di Juasseh, Kuala Pilah

Sementara aku masih bercuti panjang lagi, hari ini aku dan adik aku mengambil kesempatan beraya ke kampung arwah mak di Juasseh, Kuala Pilah. Memang jarang aku balik ke Juasseh sejak mak aku meninggal dunia pada tahun 2001 dan wan pun meninggal dunia pada tahun 2010. Kalau balik kampung pun, sama ada balik beraya atau ada kenduri. Sayang kan.. dah tak ada siapa nak jaga rumah arwah wan. 

Alhamdulillah, atas berkat usaha makcik aku (adik kepada arwah mak), rumah arwah wan baru sahaja selesai diubahsuai supaya tahan lebih lama. Maka, sambutan raya tahun ini, dapatlah aku merasa rumah baru. Cewaaaah!

Pandangan hadapan rumah. Yang bahagian warna coklat sahaja kekal original. Yang belakang dah habis ubahsuai. Tangga depan pun dah tukar sekali. 

Ini rumah arwah Wan Teh, adik arwah wan yang bersebelah rumah arwah wan. 

Memang seronok kalau beraya di kampung sebab kawasan rumah yang sangat luas. Kalau ada budak-budak, memang bestlah. Puas 1 rumah main kejar-kejar. 

Habis berpeluh-peluh Hadi dibuatnya. Berlari-lari rumah arwah moyang. 

Sebelum ke rumah arwah wan, sempat lagi singgah rumah makcik aku (adik arwah mak juga). Makcik aku siap sediakan masakan istimewa mee kari. "Mee kari Acik Enon memang terbaik!"

Sesi makan mee kari bersama-sama sepupu.

Inilah adik-adik arwah mak,  Acik Enon dan Acik Wok.

Kalau nak dibandingkan beraya di kampung belah ayah dengan arwah mak, aku rasa beraya di kampung arwah mak lagi happening. Mungkin sebab adik-beradik arwah mak ramai, jadilah ramailah yang balik kampung dan suasana menyambut raya memang meriah. Malah setiap kali raya, rumah arwah wan memang menjadi tumpuan, memang orang tak putus-putus datang dari pagi sampai ke malam. 

p/s: tinggal beberapa hari cuti. minggu depan dah mula kerja. oh no!!!

Wednesday, August 22, 2012

Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol

Ada yang dah mula kerja hari ni? Aku masih bercuti lagi tapi badan tak berapa sihat, tiba-tiba kena selsema pula. Agaknya terlebih makan rendang masa beraya. Hehehe...

Untuk pengetahuan semua, tahun ni aku sekeluarga beraya di Bangi sahaja. Ramai juga yang tak balik kampung yang senasib dengan aku kat sini. Ada sesiapa juga yang tak balik kampung macam aku? Don't worry, beraya di Bangi ok apa. Tak payah nak fikir pasal kesesakan jalanraya. Betul tak? 

Semalam aku sekeluarga balik juga ke kampung sebelah ayah di Temerloh sebab ada Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol. Tak salah aku, tahun ini adalah tahun ketiga dilaksanakan. Apa yang aku dapat aku simpulkan ini juga perjumpaan keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah. 

Pada  masa yang sama, dapatlah aku kenal saudara mara yang tak pernah jumpa. Mana yang tak kenal, masa inilah kita kenal. Mana yang dah kenal, masa inilah kita bertambah erat. Alhamdulillah, sambutan untuk tahun ini lebih menggalakkan. (sebab dah kali ketiga jadi lebih tersusun agendanya) Lebih kurang 400 orang telah mendaftarkan diri semalam. Perrgghh ramai gila! Untuk perjumpaan keluarga tahun lepas, boleh rujuk di sini

Serba sedikit mengenai keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah, mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:
1. Ali
2. Daud
3. Yang Minah
4. Busu
5. Meriam
Generasi keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah

Keluarga aku adalah daripada keturunan Daud dan Daud adalah moyang aku. Masa perjumpaan, untuk mengetahui siapa daripada keluarga mana, terdapat 5 warna iaitu merah, kuning, coklat, hijau dan biru yang mewakili setiap keluarga. Untuk keluarga Daud ialah warna merah. Jadi setiap ahli keluarga Daud, kena pakai baju yang bertemakan warna merah tapi aku pakai warna hijau. Memang tak ikut peraturan betul. 

Mari kita saksikan apa yang berlaku semalam. 

Siap ada banner lagi tu. 

Khusyuk mendengar ucapan daripada setiap wakil keluarga. 

Cak! Sempat lagi tu ambil gambar. 

Acara potong pulut dan kek. 

Makanlah apa lagi. 

Bila nak makan ni? 

Ada acara cabutan bertuah tapi dapat nombor yang tak berapa bertuah. 

Inilah orang yang dapat hadiah cabutan bertuah. Sukanya dia. 

Dah makan-makan, sesi bergambar pula. Ini baru sikit je. 

Update cerita.

Update cerita sambil makan-makan. 

Dengar cerita, untuk perjumpaan keluarga tahun depan adalah giliran keluarga  Daud. Itu keluarga aku! Waah..kena siap sedia apa nak buat tahun depan. Banyak nak kena buat ni. Aku bolehlah nak sumbang apa yang patut. "So Ayah Cik, kalau nak apa-apa, kabo kat koi ok." Tiba-tiba pula tukar slang Temerloh. Perasan betul. 

p/s: tak sabar nak buat perjumpaan tahun depan.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. 

p/s: semoga bergembira bersama keluarga dan orang tersayang. 

Thursday, August 16, 2012

Cuti raya

Senyap je kat opis ni. Ramai dah mula cuti tapi aku masih lagi di sini. InsyaAllah esok aku akan bermula cuti sampai 26 Ogos. Amik kau! 10 hari aku ambil cuti. Hehehe..

Eiii malasnya nak buat kerja tapi sempat lagi update blog. Kalau boss aku tahu apa aku buat sekarang, sure kantoi! Padan muka aku. 

Lamanya nak tunggu sampai petang. Sekarang baru pukul 9 lebih, ada lagi 7 jam nak balik.  Apa aku nak buat ni?? Mati kutu aku dibuatnya. 

Tak sabar nak cuti esok. Macamlah aku nak balik kampung jauh, balik pun balik Bangi. Kepada yang beraya di Bangi, jemputlah datang ke rumah nanti ya. 

Ok..aku nak sambung buat kerja. (macam lah ada kerja nak buat)

Sebelum tu, terimalah ucapan daripada aku:

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah,
Ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda,
Tentu ada khilaf dan dosa,

Mohon ampun dan maaf di atas segala-galanya, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga silaturrahim diberkati Allah. 

p/s: kuatkan semangat untuk teruskan kerja.

Wednesday, August 15, 2012

Dapat kad raya

Baru tadi secretary boss hantar kad raya kat aku. "Kak, ada kad untuk akak."

Dalam hati aku tertanya-tanya, "siapa pula yang bagi kad raya kat aku ni?" 

Rasanya dah lama aku tak dapat kad raya, mahu lebih 5 tahun. Bila buka kad raya, rupa-rupanya daripada kawan lama, Latip. Sila rujuk kat sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Inilah rupanya kad daripada Latip. 

Bila dapat kad raya daripada Latip, senyum sampai ke telinga. Akak suka sangat! Masa tengah taip untuk entry ni pun aku masih senyum lagi. Hehehe.. (macamlah korang nampak aku senyum kan?)

Kebetulan pula aku ada kad raya opis, terus aku balas kad raya Latip. Konon nak tunjuk professional lah katakan. Dia bagi kad raya rasmi opis dia so aku kena balas kad raya rasmi opis aku. Takkanlah aku nak bagi kad raya yang beli kat kedai. Sungguh tak sesuai!

Rasanya Latip akan dapat kad raya aku lepas raya sebab aku pos lambat.  Biar lambat, asalkan selamat. Betul tak? 

Kepada yang minta kad raya aku sebelum ini, harapnya semua dah dapat ya. Itu sahaja yang aku mampu nak bagi. 

p/s: rasa-rasa ada orang lain tak nak bagi kad raya kat aku?

Tuesday, August 14, 2012

Mood raya

Dalam minggu terakhir bulan Ramadhan, dah tak ada semangat nak buat kerja. Walaupun badan ada di opis, hati dah melayang jauh ke tempat lain. Bila masuk kerja, kejap-kejap tengok jam. Kenapalah jam ni tak bergerak langsung atau jam yang ada ni dah rosak? Hehehe...

Bagaimana persiapan raya? Kali ini aku buat simple sahaja. Kuih raya pun, baru buat 2 jenis. Konon plan nak buat sampai 4-5 jenis tapi tak tahulah sama ada sempat atau tak. Sabtu lepas aku dengan adik nombor dua pakat buat kuih raya sama-sama dan kongsi beli bahan kuih. So, kalau pergi ke rumah aku dan rumah adik aku, korang akan lihat kuih raya yang sama. Kalau ada beza pun, beza sikit je. Aku rasa bila kita buat kuih sendiri bukan sahaja jimat malah lebih sedap. Memang aku akui, nak buat kuih raya ni penat tapi aku puas hati.   

Selalunya aktiviti yang biasa aku buat pada pagi raya iaitu selepas solat sunat raya, semua ahli keluarga berkumpul di rumah dan bermaaf-maafan. Lepas tu, pergi ke kubur arwah mak, bacakan surah yasin dan kemaskan kubur. (masa ni memang meleleh air mata)

Aktiviti seterusnya beraya ke rumah saudara-mara yang berada di Temerloh dan Kuala Pilah sambil-sambil update cerita terkini. Apa taknya, dah lama tak jumpa pasti ada cerita menarik yang perlu dikongsi bersama-sama. Betul tak? 

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi dan maaf zahir batin kepada semua. Kalau memandu, pandulah berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi. (cewaah macam ucapan PM kat TV pulak)

p/s: dok dengar lagu raya kat opis, lagilah malas nak buat kerja. 

Friday, August 10, 2012

Berapa score anda?

Hari ini kalau sesiapa buka website Google ada game main bola sepak. Semenjak hari pertama sukan olimpik bermula, tiap-tiap hari Google akan tukar gambar doodle. Kalau rasa mengantuk sangat waktu ni, apa kata cuba main game ni. 

Banyak syok woo. Boleh menguji fokus kita. 

Ini score aku setakat ni. Ada sesiapa dapat lebih tinggi daripada aku?

p/s: nampak sangat aku tak ada kerja kan?

Wednesday, August 8, 2012

Kasut impian


Tak tahulah bila nak dapat kasut macam ni. Angan-angan je lah. 

p/s: mahal gila kasut ni kalau siap. harga USD230. perrghh!!

Karipap lori


Makan sebiji karipap boleh kenyang. Kali pertama aku jumpa karipap besar macam ni. 

Harganya RM2.50 sebiji. Boleh pilih inti ayam + telur rebus separuh atau daging + telur rebus separuh separuh. Sesiapa nak cuba boleh pergi ke:

Karipap Lori, 49G Neocyber, Cyberjaya

p/s: aku siap kongsi 2 orang untuk habiskan karipap ni.