Pada 4 September, ada perjumpaan keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah, perjumpaan keluarga sebelah ayah aku di Temerloh. Ini adalah perjumpaan kali kedua dan khabarnya akan merancang untuk dilakukan pada bulan Syawal setiap tahun. Eloklah tu, dapatlah berjumpa semula sanak saudara yang jarang berjumpa dan kenal-mengenali antara satu sama lain terutamanya macam aku ni yang jarang balik kampung. Amik kau!
Serba sedikit mengenai sejarah keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah. Mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:
1. Ali
2. Daud
3. Yang Minah
4. Busu
5. Mariam
Keluarga aku pula tergolong dalam keturunan Daud. Nak diikutkan, Daud adalah pangkat moyang aku. Sayangnya aku tak sempat jumpa moyang aku malah dapat jumpa dengan aki (panggilan datuk kat Pahang) pun masa umur aku 3-4 tahun. Umur aki tak panjang, meninggal dunia akibat jatuh daripada panjat pokok rambutan.
Dipendekkan cerita, aku adalah generasi kelima daripada keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah. Kalau dikumpulkan semula semua ahli keluarga, pasti ramai bilangannya.
Dipendekkan cerita, aku adalah generasi kelima daripada keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah. Kalau dikumpulkan semula semua ahli keluarga, pasti ramai bilangannya.
Semasa perjumpaan keluarga, setiap wakil akan ceritakan salasilah dan kenalkan ahli keluarga mereka kepada yang datang.
Di sini aku ingin kongsikan gambar-gambar semasa perjumpaan keluarga.
Daftar dulu sebelum majlis bermula.
Setiap buku mewakili keluarga masing-masing.
Buku merah (bukan warna merah sebenarnya) yang mewakili keluarga Daud.
Ayah aku berucap yang mewakili keluarga Daud. Alamak macam YB pula.
Acara paling penting, acara makan-makan.
Pemberian duit raya kepada ahli keluarga.
Acara kemuncak, gambar beramai-ramai.
p/s: insyaallah kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment