Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramadhan


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita dapat keberkatan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Tak lupa juga aku nak kongsi jadual waktu imsak dan berbuka bagi kawasan aku di Zon 1, Selangor. 


p/s: ada orang dah nampak anak bulan awal. 

Saturday, May 5, 2018

Jeju Island -part 1

Tempat Penginapan

Untuk penginapan di Jeju, aku telah memilih menginap di You&I Guesthouse. Recommended sangat sebab semuanya best. Pekerja banyak membantu memberi maklumat berkaitan Jeju. Biliknya bersih dan perkhidmatan disediakan bagus. Aku jarang nak puji tapi sekali aku puji, memang betul maksudnya. 


Ruang tamu yang luas dan bersih. 

Ada dapur yang menyediakan barang-barang kegunaan tetamu muslim. 

Pengangkutan

Untuk jalan-jalan sekitar Jeju, aku telah memilih untuk sewa teksi. Bayaran dikenakan adalah 150,000won untuk 1 hari (8jam). Beritahu ke mana kita nak pergi nanti pemandu akan bawa. 

Walau bagaimanapun pemandu akan beri cadangan sama ada sesuai atau tak. Sebagai contoh kalau tempat nak pergi tu berada di selatan Jeju, dia akan bawa tempat yang berdekatan situ sahaja. Jadi rancang tempat sebaik-baiknya, ok? 

1 lagi kalau boleh pilihlah pemandu teksi yang boleh bercakap English, senang nak berkomunikasi nanti.

Sebenarnya boleh juga kalau kita nak memandu kereta sewa tapi untuk memandu di sana kena ada lesen memandu antarabangsa. Aku pula memang tak buat lesen memandu antarabangsa dan ditambah pula aku tak berani nak memandu sana. Lebih baik aku sewa teksi, sediakanlah duitnya. Senang je. 

Makanan Halal

Mencari makanan halal, tak menjadi masalah. Usahalah sedikit untuk mencari maklumat makanan halal. Hari pertama di Jeju, aku telah menikmati shabu-shabu buffet di Cheonhaecheon Restaurant. Memang banyak pilihannya sampai tak tahu nak pilih apa. Harga yang dikenakan adalah 34,000won seorang. Makanlah sepuas-puas hati! 





Tempat seterusnya, aku telah dibawa ke restoran makan laut. Maaf aku tak pasti namanya tapi dekat dengan kawasan Seongsan Ilchulbang Peak. 






Jangan lupa untuk  mencuba shrimp burger dan broccoli soup di Innisfree. Memang terbaik! 


Buah-buahan di Jeju memang manis terutamanya buah strawberry dan limau. Cuba tau bila di Jeju nanti. 




Tak salah rasanya kita mencuba street food di sana. Kalau ada kesempatan, cubalah. 


Ini namanya hotteok. Rasanya macam roti boom tapi manis. Gara-gara pengaruh tengok cerita Youn's Kitchen di TV. 

Cerita selanjutnya aku akan kongsikan tempat menarik untuk dilawati di Jeju. Tak banyak tempat yang sempat aku kunjungi memandangkan cuaca tak mengizinkan. Hujan sepanjang hari semasa di Jeju. 

p/s: macam nak repeat je ke Jeju. 

Thursday, May 3, 2018

Jeju Island - teaser

Bagi teaser sikit trip ke Pulau Jeju baru-baru ini. Sejak Air Asia buka direct flight ke Jeju pada tahun lepas, aku terus ambil kesempatan untuk sambar tiket ke sana. Trip kali ini tak lama, cuma 5 hari untuk meneroka Jeju. 

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku sampai ke Korea. Orang di Korea memang peramah dan baik hati. Rasa-rasa ada peluang tak nak bawa balik oppa balik Malaysia? 

Sepanjang berada di Jeju, terus terang memang tak cukup dan ditambah pula masa aku sampai hujan sepanjang hari. Masa nak balik tu, elok pula cerah. Apa maksudnya tu? Nak bagi tanda kena repeat trip ke Jeju nampaknya. 

Apa yang best di Jeju? 












Cukup banyak tu dulu, nanti sambung apa yang aku buat di sana bagaimana aku travel, tempat penginapan, makanan dan lain-lain. 

p/s: masih terasa-rasa kemanisan buah limau Jeju. 

Saturday, April 7, 2018

Namaste India - part 8

Tak sabar rasanya nak habiskan cerita trip India. Dah lama punya cerita tapi baru sekarang nak kongsi dalam blog. Bersabarlah ya. 

Memandangkan flight balik masih lambat lagi, kita jalan-jalan sekitar Delhi dulu. Kalau nak jalan di Delhi, dinasihatkan untuk keluar awal untuk mengelak daripada jalan sesak. 

Lokasi pertama kami adalah Sharojini Nagar Market iaitu sebuah tempat membeli-belah yang terkenal di Delhi. Oleh sebab tempatnya sangat luas, kami diberi masa 3 jam. Nak ikutkan memang tak cukup masa tapi apa yang mampu aku boleh buat. Sambil tu bolehlah nak habiskan baki duit Rupee di sini. 








Lokasi seterusnya, untuk mencari barang-barang Hard Rock. Aku bukanlah berminat sangat tapi setakat nak kumpul fridge magnet tu bolehlah. 

Shopping pun sudah, singgah sekajap untuk makan tengahari dan solat sebelum bertolak ke airport. Airport di India cuma membenarkan penumpang kapalterbang yang masuk. Tak seperti di sini, sesiapa sahaja boleh masuk. Sebelum masuk, kena periksa nama terlebih dahulu. Kenalah tunggu lagi. 

Masa nak timbang beg, aku memang takut sangat. Manalah tahu tak lepas sebab terlebih muatan. Alhamdulillah, nasib baik lepas. Bab timbang beg, jangan dibuat main-main. Pengalaman lalu telah mengajar aku sampaikan aku terpaksa bayar denda yang banyak sebab terlebih muatan. 

Perjalanan balik ke tanah air mengambil masa 5 jam lebih dan sepanjang dalam kapalterbang berjalan dengan lancar. 

Habislah sudah pengalaman ke India. Minta maaf sebab ia mengambil masa yang lama. Dahlah nak kena ingat balik ditambah pula dengan kesibukan kerja. 

Harapnya semua berpuas hati. Apa yang aku dapat simpulkan? 

Penat tapi aku puas hati. Nak datang lagi ke India? Boleh dipertimbangkan dan kalau boleh nak jejak ke tempat lain pula. Yang paling aku rindu, sudah pasti makanannya terutamanya nasi beriani. Sedap sangat! 

p/s: bila agaknya nak sambung trip yang lain pula. 

Friday, April 6, 2018

Namaste India - part 7

Terasa teruja sangat sebab tak sabar nak melihat salah satu tempat keajaban dunia. Apa lagi kalau bukan Taj Mahal! Memang menjadi impian aku dari dulu lagi nak melihat sendiri Taj Mahal. Selama ini hanya mampu melihat di kaca TV tapi ia telah menjadi kenyataan. Aku masih tak percaya yang aku dah sampai. 

Walaupun suhu mencecah 44celsius, tidak langsung mematahkan semangat aku. Punyalah bersemangat berkobar-kobar. Cewaah! 

Untuk menjaga keaslian batu marmar Taj Mahal, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Oleh sebab itu, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 700m untuk sampai ke pintu gerbang. 

Nampak tak muka tak sabar nak masuk dalam. 

Taj Mahal di hadapan mata. Masa ni dalam proses pengubahsuaian. 

Cantiknya Taj Mahal. Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Masa aku sampai memang ramai orang. Aku nasihatkan kalau nak ke Taj Mahal, silalah datang awal untuk mengelak daripada kesesakan. 

Mari aku kongsikan gambar di Taj Mahal. Jangan pula ada yang muntah ya. 






Disaluti dengan batu marmar. 

Seni batu marmar yang halus. 

Seterusnya singgah sebentar di kedai hiasan batu marmar. Katanya pengukir batu marmar ini daripada generasi nenek moyang yang membina Taj Mahal. 




Aku tak beli apa-apa pun. Sekadar tengok sahaja lagipun ini tak masuk dalam bajet aku. Hehehe..

Lepas tu singgah pula pusat pembuatan saree yang terkenal di India. Masa ini angin saka aku dah datang. Aku siap borong kain saree. Kalau sebelum ini, orang tengok aku tak beli apa-apa. Yang ini aku tak boleh tahan. 

Sebelum pulang ke Delhi, singgah ke Fort Agra iaitu tempat Shah Jahan dikurung oleh anaknya selepas kejatuhan Empayar Mughal.





Dari jauh kelihatan Taj Mahal. Tanda sayang Shah Jahan kepada isterinya. 


Seterusnya ke Delhi dengan perjalanan 4 jam. Memanglah penat tapi aku puas hati. Taj Mahal dapat aku jejak akhirnya. 

p/s: dah nak sampai penghujung cerita. tunggu ya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails