Saturday, April 11, 2009

Kementerian baru

Semenjak PM umumkan senari kabinet baru, aku betul-betul tak sangka yang opis aku ni diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian dan menterinya adalah Datuk Seri Rais Yatim. Sebelum ni kita orang di bawah Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi. Gabungan kementerian ini adalah baik sebab sebelum ni opis aku banyak melibatkan dengan banyak kementerian...sikit kat KTAK, Penerangan dan MOSTI. Walaupun tak merangkumi semua bahagian, sekurang-kurangnya aku tau mana arah aliran opis aku ni. Think positive...walau apa yang terjadi, kita kena terima perubahan yang berlaku.

Jarang sangat aku bicara pasal politik tapi ada a few of my friends cakap, "lepas ni kita kena tau pasal tarian atau kena cakap bahasa melayu klasik sebagai syarat KPI". Sounds so funny tapi sekurang-kurangnya ada juga lah unsur ceria dan sesuatu perkara baru yang boleh diterokai. Betul tak?


p/s: alamak tangan ni keras nak belajar tarian..

1 comment:

  1. /me tunggu makcik bljr nari shafaul. *wink* *wink*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails