Thursday, April 23, 2009

Aktiviti masa MC

Aku tau ramai yang tanya bila aku nak update blog aku. Sorry ye..aku tak berapa sihat badan. Hari Isnin aku dapat MC sebab demam & batuk. Asalnya aku tak sangkau dapat MC sebab aku rasa ok nak teruskan kerja. Since doktor dah bagi MC, kira ok lah tu. Keluar daripada bilik doktor, senyum lebar sampai ke telinga. Yeaah!! Tak perlu aku masuk kerja hari tu. Anyway, kalau aku tak dapat MC hari tu, nak tau apa aku nak cakap kat doktor?

aku: doktor saya nak MC
doktor: kenapa awak nak MC?
aku: saya tak larat nak kerja. boss saya buat saya stress. boss saya dah gila.

Hahaha..macamlah aku berani nak cakap macam tu kat doktor. Doktor panel aku ni garang! Agaknya mood dia baik, terus bagi MC.

Dapat je MC, aku terus lepak rumah adik aku kat Putrajaya. Layan movie lah. Dahlah dia baru beli TV 32" LCD beb! Best woo kalau tengok movie ni. So aku pun wat la movie marathon. Mula-mula aku tengok Ink Heart (adik ipar aku cakap best..aku tengok biasa je). Pastu layan Jumper (aku dah tengok separuh dulu, so nak tengok sampai habis). Last sekali aku tengok Ratatouille (dah tak tau nak tengok layan apa). Aku malas balik rumah sebab pasti ada kerja nak kena buat. Dasar pemalas aku ni. Bagi chance lah..akak ni kan sakit.

p/s: batuk lagi ni...uhuk uhuk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails