Sunday, January 3, 2016

Surabaya-Yogyakarta (part 2)

Punyalah lama nak update cerita trip Surabaya-Yogyakarta ni. Bersabarlah ya sebab ia akan mengambil masa yang agak lama nak habiskan. Walau bagaimanapun aku akan cuba untuk habiskan cerita trip ini secepat mungkin. Ok?

Pada hari kedua, kami dikejutkan dengan suasana damai di Hotel De Daunan Boutique. Hotel ini taklah besar mana tapi ada kebun sayur dan pokok bunga. Nak buat macamana masa sampai di hotel ini dah malam memanglah tak nampak apa-apa. Untuk sarapan pagi kami dihidangkan makanan seperti roti berserta jem dan nasi goreng. Kalau sesiapa inginkan suasana damai dan tenang, bolehlah sahaja menginap di sini. 

Selepas urusan check out di hotel, terus kami dibawa ke Air Terjun Coban Rondo. Sebenarnya ada kisah di sebalik nama Air Terjun Coban Rondo ini. 

Kisahnya bermula begini:

Rondo, dalam bahasa Jawa bermakna Janda. Nama Coban Rondo diambil dari dongeng awal terbentuknya air terjun ini, di mana dikisahkan seorang wanita cantik bernama Dewi Anjarwati yang menjadi janda kerana suaminya, Raden Baron Kusuma, tewas dalam pertarungan melawan Joko Lelono. Joko Lelono adalah pemuda yang tertarik pada kecantikan Dewi Anjarwati dan ingin merebutnya dari Raden Baron Kusuma. Dalam pertempuran, Raden Baron Kusuma tewas dan Dewi Anjarwari disembunyikan di gua. Sejak saat itu, coban ini terkenal dengan sebutan Coban Rondo.

Untuk sampai ke kawasan air terjun tak jauh sebenarnya, cuma jalan kaki sekitar 10-15 minit dah sampai dari tempat parking kereta. Bila dah sampai memang cantik tempatnya tapi sayang tempat ni tak digalakkan untuk mandi sebab keadaannya yang licin dan berbatu-batu. Ramai yang datang ke sini ambil gambar sahaja. 

Air Terjun Coban Rondo. 

Sudah puas ambil gambar, kami pun beredar. Sebelum nak sampai ke kereta, terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan buah-buahan. Jangan tak tahu, ada dijual buah strawberi yang besar dan enak dengan harga Rp20,000. Murah betul. Ada juga yang menjual jagung bakar manis dan pedas dan jangan lupa untuk mencuba tau! 

Kemudian kami dibawa ke Labyrinth Rondo yang terkenal dengan laluan maze. Ada bayaran masuk dikenakan tapi aku tak ingat berapa. Yang itu boleh rujuk dengan JM nanti. (cepat-cepatlah update ya JM) Nak tahu macamana rupanya? Maze yang ada ini memang tinggi malah lebih tinggi daripada aku. Kalau nak tengok atau lompat, memang tak dapatlah. 

Ihsan Google. 

Masa kami sampai di sini, misi utama adalah untuk sampai ke kawasan tengah. Kalau sampai dulu, dialah berjaya. Aku dengan JM masa sampai di sini, jalan berasingan. Aku main jalan je, tak ada pakai strategi apa-apa. Tahu-tahu sahaja aku sampai ke tengah sebelum JM sampai. Yeaah! 

Di kawasan tengah tu, ada taman air pancut. Memang cantik kalau nak ambil gambar. Sebenarnya aku ada ambil gambar masa tu tapi sayang kebanyakan gambar yang diambil sepanjang berada di Surabaya-Yogyakarta dah rosak. Nanti aku cerita selanjutnya dalam entri yang akan datang. 

Ada banyak aktiviti disediakan di sana dan aku sempat juga mencuba untuk memanah. Bayaran yang berpatutan untuk 5 kali cuba. Konon berangan nak jadi Legolas dalam cerita Lord of the Rings. 5 kali cuba, 2 kali sahaja yang berjaya. Yang lain semua ke laut. Hahaha!!! 

Destinasi seterusnya adalah memetik buah epal. Sekali lagi aku memang lupa berapa bayaran masuk. Aku suka sangat masa ini sebab dapat petik dan makan buah epal segar dari pokok. Kebetulan masa sampai hari tu adalah hari Jumaat. Sementara menunggu Pakji solat Jumaat, kami lepak-lepak di kebun epal. 

Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya. Tiada bayaran dikenakan untuk makan buah epal yang ada di situ tapi kalau kita nak bungkus dan bawa keluar barulah dikenakan bayaran. Aku dengan JM memang makan epal sepuas-puasnya. Tak ingat berapa banyak aku makan tapi naik sebu perut dibuatnya. 


Kalau ada kuah rojak Mak Bee, lagi best woo! 

Masa nak keluar dari kebun epal, kami sempat ambil beberapa biji epal buat bekalan. Bila tuan kebun nampak kami bawa sikit sangat, terus diberi percuma. Terima kasih! 

Memang puas hatilah dapat makan epal segar! Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Oh ya, epal yang ada di kebun tu walaupun nampak kecil dan berwarna hijau, rasanya manis. Lagi sedap kalau dapat cicah dengan kuah rojak. Perrghh!!! Lain kali datang ke sini jangan lupa bawa kuah rojak ya. 

Seterusnya ke Jawa Timur Park yang mempunyai Batu Secret Zoo, Eco Green Park dan Muzium Satwa. Memandangkan masa kami sampai dah petang, kami sempat pergi ke Muzium Satwa dan Batu Secret Zoo. Katanya kalau dapat masuk Eco Green Park lagi menarik sebenarnya Nak habiskan 2 tempat tu pun rasa dah penat sangat sebab kawasannya sangat luas! 

Dalam Muzium Satwa mempamerkan koleksi binatang yang diawet. Aku cepat-cepat skip sebab agak bosan. Tak lama pun dalam muzium ini. 

Manakala di Batu Secret Zoo terdapat pelbagai jenis binatang dan kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara memang jauh lebih elok. Binatang yang ada memang sentiasa aktif bergerak dan sihat-sihat belaka. Terkejut bila aku tengok panther hitam besar aktif bergerak depan mata aku. 

Nak explore satu kawasan zoo ini memang luas dan sebab itulah disediakan motorsikal untuk disewa. Aku dan JM fikir boleh je jalan kaki tapi semakin lama jalan rasa bila nak habis ini? Wooi mana jalan keluar? Padan muka berlagak lagi. 

Bila dah dapat keluar dari zoo, rasa lega sangat. Memandangkan masa yang diberi terlalu singkat sebab itu aku rasa penat. Dinasihatkan untuk meluangkan masa yang panjang bila sampai ke sana. Jadi boleh explore dengan lebih santai dan tenang. Ok?

Kita sambung lagi ke destinasi seterusnya. Jadi tunggu ya. 

p/s: sesi mendaki gunung pula. 

14 comments:

  1. okey lah tu Maz..dah start tulis tak lama habislah..JM nye story ntah tahun 2017 baru start hahahaha

    ehehehe...JM ikut laluan yang salah..sekali laluan tu tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar lambat daripada tak ada langsung update
      Walau apa pun, saya tetap tunggu
      Laluan JM tak ada luck lah. hehehe..

      Delete
  2. kami sempat tengok dolphin buat show di sini

    ReplyDelete
  3. Rasa apple tu sama tak dgn apple import?

    ReplyDelete
  4. bab petik2 buah ni iols sukaaaa ni.. nge2.. tapi nak ke Surabaya tu eerm..
    tatau lah bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka petik buah ni
      Insya Allah ada rezeki nanti sampailah nanti

      Delete
  5. fuh lama tak baca blog engkau makcik. byk juga pkbgan terbaru :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails