Baru sekarang aku nak buka cerita trip ke Singapura pada bulan Oktober. Kebetulan ke Singapura nak sambut hari lahir, jumpa kawan lama dan sudah pasti makan-makan. Trip ke Singapura tak lama cuma 2 hari sahaja. Bukan apa, memikirkan duit tukaran RM dengan SGD sangat tinggi, terpaksalah potong bajet.
Alamak cerita trip Surabaya-Yogyakarta belum mula lagi. Yang itu kena ambil masa lebih skit sebab trip agak panjang. Banyak nak kena ingat balik. Lepas tu pula ada sedikit insiden yang tak diduga berlaku menyebabkan cerita trip tu ditangguh dulu. So semua harap bersabar ya. Jangan risau sabar anda adalah berbaloi. Cewaah!
Waah panjangnya pengenalan kali ini.
Berbalik kepada trip ke Singapura, aku dapat tiket penerbangan ke Singapura dengan harga RM285.84 return untuk 2 orang. Aku rasa dah murah dan kebetulan Tigerair ada promosi, apa lagi cepat-cepat aku sambar. Yeaah!
Sampai je di Changi Airport, terus ambil MRT dan terus ke Hotel 81 Tristar yang terletak dekat dengan Joo Chiat Kompleks. Siapa yang tahu area situ, memang fahamlah. Situ ramai orang Malaysia yang tinggal hotel di situ sebab situ ramai kawasan orang Melayu. Nak cari makanan halal pun senang. Yang best tu, bawah hotel aku tu, ada kedai makan yang buka 24 jam. Indahnya dunia!!! Perut dah lapar, kita makan dulu. Inilah makanan pertama kami di Singapura.
Nasi ayam penyet (SGD6).
Nasi campur (SGD4.50).
Tak perlulah nak convert kepada RM. Kalau convert, memang mahal tak terkata. Bila dah sampai di tempat orang, tutup mata dan terus bayar. Jangan nak banyak cakap. Makan pun sudah, destinasi seterusnya ke USS. Dari hotel ke USS, cara yang paling senang dan murah adalah menaiki bas. Bas di Singapura memang sangat efisyen. Gerek seh. (alamak dah cakap macam orang Singapura pula) Sayang, aku tak ingat naik bas nombor berapa tapi bas itu akan bawa terus ke Vivo City.
Lupa aku nak beritahu, sepanjang aku berada di Singapura aku telah membeli kad travel 2 hari di airport. Jadi kalau nak naik bas atau MRT, swipe je kad tu. Lepas kita pulangkan balik kad tu, kita akan dapat balik duit deposit.
Dah sampai USS. Yahoo!!
Sempat lagi jumpa kawan lama. Akak rindu tau!
Oscar.
Cookie Monster.
Kebetulan hari itu USS ditutup awal untuk beri laluan kepada Halloween Night. Selalunya tutup pukul 8 malam tapi hari tu dalam pukul 6 petang dah minta keluar. Pekerja USS pula ramai dah bertukar menjadi zombie.
Jururawat zombie. Takutnya.
Keluar dari USS, azab pula nak beratur naik monorel balik ke Vivo City. Punyalah panjang orang beratur mahu 1 jam lebih aku beratur sampai naik lenguh lutut aku dibuatnya. Bila sampai Vivo City, ambil bas dan balik ke hotel. Ingat nak makan lagi tapi dah letih sangat. Nampak katil terus tidur. Hahaha...
Sambung lagi part 2 ok.
p/s: jumpa kawan zaman Mirc lepas ni. klasik betul!
ambooooi.. birthday escapism tudia seberang nun.. hehe.. iols dok sampai lagi sana..
ReplyDeletetakdak orang nak belanja..
happy belated birthday Kak Maz =D
Kali pertama sambut birthday di seberang. Saja nak ubah angin.
DeleteNanti kita pi spore sekali nak?
insyallah.. akak doakanla CT dapat kerja cepat..
Deletenanti ada la income tetiap bulan.. skrang ni income sayup2 ehehe..
amin
Deletecepat-cepatlah ct dapat kerja
cepat-cepatlah ct dapat jodoh
eh tersasul pulaks
happy birthday mazu... 2 hari pun ok melepas hajat di uss
ReplyDeleteTerima kasih nieda. Tu baru 2 hari plan. Kalau lagi lama, entah ke mana agaknya.
Deletekelakar la gambar last tu...hahahaha..dah takut..lagi gi berkepit ngan nurse tu...wakakakkaa...hai..saya zila :)
ReplyDeleteHai zila
DeleteItu konon berani nak ambil gambar tapi sebenarnya takut. Hahaha..
Itu suster ngesot... memang kena pelok ketat2... kah kah kah...
Deletebahaya peluk ketat2.
Deletesekali dibuatnya dia ngap, habis lah
terus tukar jadi zombie kampung pisang
Area Joo Chiat Kompleks tu senang.. Makanan halal memang banyak....
ReplyDeletemakan tu penting
Deletetak ada makanan tak leh jalan-jalan
hehehe
Kalu tak makan tak ada tenaga batin... keh keh keh...
Deleteuish tenaga batin?
Deletebahaya tu.