Thursday, December 31, 2009

Sorotan peristiwa 2009



Macam-macam yang berlaku sepanjang tahun 2009. Memandangkan hari ini hari terakhir 2009, aku harapkan semoga pada tahun 2010 akan membawa sinar harapan yang lebih cerah. Tak lupa juga aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Moga pada tahun 2010 akan lebih baik daripada tahun 2009.

Peristiwa tak mungkin aku lupakan sepanjang tahun 2009:


-Mengambil keputusan untuk sambung belajar, buat MBA UUM

-Kena induction program

-Cuti-cuti Malaysia : Cameron Highlands, Langkawi dan Kuching

-Berkenalan dengan Mr. X

-Makan-makan (memang banyak acara makan tahun 2009)

-Tak puas hati dengan boss

Tak sabar untuk menyambut 2010. Umur pun makin bertambah..aku dah tak muda lagi. I'll be 36 years old. Hahaha...macam tak caya je kan? Konon perasan muda lah tu. Piiraah!

Untuk azam 2010, nak tau?? Mari kita memburu Abang Long. Macam desperate je aku ni. Insya-Allah jodoh akan sampai. Doakan ya.

Azam kedua, nak live healthy. Makan mau jaga..exercise..uwaaa...rasanya dah banyak kali aku buat azam macam ni tapi tak pernah nak jadi. Kena kuatkan semangat. Betul tak??

p/s: selamat tahun baru 2010

Wednesday, December 30, 2009

Torn





Suka tengok video klip Torn by Johann Lippowitz dengan Natalie Imbruglia. Dalam video klip ni, Johann tunjukkan bahasa isyarat yang senang difahami.

Enjoy viewing!!!

p/s: idea yang sangat kreatif

Tuesday, December 29, 2009

Aktiviti masa cuti

Akiviti pertama aku masa cuti ini ialah kemaskan bilik tidur. Aku tak ingat bila kali terakhir aku kemas bilik tidur. Kalau mak mertua nampak sure dah reject awal-awal. Tak boleh jadi menantu langsung!

Punyalah banyak habuk bawah katil dan almari sampai batuk-batuk aku dibuatnya. Kalau habuk boleh dijual, sure aku jadi kaya-raya. Hahaha.

Petang tadi aku ajak adik aku ke Ikea. Aku memang pantang ke Ikea ni sebab barang-barang yang jual kat situ memang tempting. Kalau ikutkan hati memang nak beli semua. Itu pun tadi aku dah habis kontrol tak nak beli apa-apa. Konon tak nak beli apa-apa tapi penuh juga 1 beg dibawa balik. Padan muka aku.

Esok tak pasti lagi nak buat apa. Pada 2 dan 3 Januari ada final exam. 1 benda tak baca lagi. Aku taulah exam open book tapi kena juga baca. Selalunya kalau exam open book ni, jawapan bukannya ada dalam buku. Puaslah cari jawapan 1 buku tu..lecturer tak akan bagi soalan direct. Mesti dia buat soalan yang indirect yang memerlukan kita analisis kritikal. Kalau ada soalan direct ni, lecturer sengaja nak buat soalan kasihan kat student. Aku jaminlah nanti!

Perasan tak? Aku tak tau lah tapi bagi aku kalau masa cuti rasa cepat je masa berlalu. Masa kerja rasa lambat sangat masa berlalu. Ada sesiapa yang pernah mengalami perasaan sama dengan aku?  Masa kerja kejap-kejap tengok jam. Siap komplen kenapa jarum jam tak gerak? Jam dah rosak ke?

Ada sesiapa ingat tak lagi entry sebelum ni yang aku ada plan nak ke Melaka. Hmm...nampak gaya terpaksa tangguh dulu. Asyik hujan sahaja sampaikan aku rasa badan aku ni nak demam je. (alasan tak boleh pakai langsung) Kena utamakan mana yang penting dulu. Betul apa. Jangan takut, insya-Allah plan ke Melaka akan jadi cuma tak tau bila. So tunggu ok.

Pagi tadi aku dapat arahan daripada boss kena ke assembly kat Angkasapuri hari Isnin ni. Bab nak ke KL memang buat aku lemah. Dahlah hari tu hari pertama sekolah. Gila jam lah nanti. Pukul berapa aku nak kena keluar dari rumah kalau nak sampai sana pukul 8 pagi. Nasib baik baru tadi aku check emel dan dapat emel boss yang assembly kena rescheduled pada 8 Januari. Lega sikit..mungkin jam masa pagi taklah seteruk kalau nak dibandingkan masa hari Isnin nanti.

Oklah aku nak layan lagu Debbie Gibson dulu. Bestnya dapat layan lagu lama-lama ni. Alamak angin jiwang mai pulak. Malu akak dik ooooii!! (cover muka dengan towel)

p/s: fikir nak buat apa esok

Induction program part 3



Ini adalah peserta induction program 2009. Perasan tak ramai pakai baju warna biru sebab masa ambil gambar ni adalah hari Isnin. It's monday blues termasuklah aku pakai baju warna biru.

Ya Allah besarnya aku dalam gambar ni. Rasa macam giant je. Rasanya sebelum ni dah ada ambil gambar kat sini. Ingat tak lagi?

Kat sini je lah tempat paling lawa untuk ambil gambar. Hehehe...

Masa ambil gambar ni, masing-masing kontrol ayu sebab tak kenal semua lagi. Cakap pun baik dan sopan sahaja. Balik dari Gombak, hamik kau!!! Terus main aku kau lagi tu.

p/s: maintain ayu beb

Monday, December 28, 2009

Induction program part 2


Mari aku mulakan entry aku kali dengan tunjukkan pemandangan tempat induction program kat Gombak. Nama tempat ialah Jungle Lodge Alang Sedayu. Jauh juga dari opis aku nak ke sana. Ada dekat 1 jam setengah nak sampai ke sana. Nasib baik naik bas tak lah rasa penat sangat sebab duduk je kan.

Kali ini aku just nak tunjukkan gambar aktiviti sepanjang berada di sana. Happy viewing!


Ini lah nama tempat induction kami.


Tempat tidur peserta wanita. Banglo 2 tingkat. Tingkat bawah dewan makan dan tingkat atas ada 6 bilik tidur.


Air sungai dekat je dengan banglo. Tak sempat nak mandi kat sungai. Sayang kan?



Ahli kumpulan Blue Waves. Dari kiri: Zairul, Sofi, Saw Yin, Jaflus, Ihsan, aku, Azrah dan Awin.



Ihsan lead haka dance. Cayalah Ihsan.



Haka dance lagi. Ihsan siap lompat tu..hehehe



Tugasan pertama. Kena angkat bekas air dengan tali dan getah. Berhati-hati angkat. Kalau tumpah nanti kena tolak markah.


Selesai menjalankan tugasan pertama.Yeaah!



Kena pass bekas air.


Habis basah baju aku. Lantaklah..yang penting dapat isikan air dalam bekas.



Human puzzle. Tengah fikir macamana nak selesaikan tugasan.



Tengah pening kepala.



Tugasan akhir kena bentukkan segi empat. Mendengar arahan daripada En. Mus untuk cari barang. Alamak mata sudah tutup. Banyak susah woo!



Tengah cari barang. Aku main raba kaki orang je.



Group photo. Dah selesai induction program. Tak sabar nak balik.



Kumpulan Blue Waves. Kenapa pula kepala aku senget ni??


Overall aku memang berpuas hati dengan induction program walaupun dilaksanakan dalam masa yang singkat. Harapnya lepas ini, relationship masih mesra lagi. Aku? Memang sentiasa mesra. Orang je selalu ingat aku ini sombong. Hehehe...

p/s: mesra itu penting...networking beb!

Induction program part 1

Bermula esok aku akan cuti panjang! Kalau ikutkan aku start cuti daripada 25 Disember sampai 3 Januari. Ada dalam 10 hari aku cuti. Yeaaah indah dunia rasanya. Sengaja nak habiskan cuti tahunan untuk tahun 2009 yang ada lagi 14 hari. Dalam 14 hari tu, 10 hari aku bawa ke tahun hadapan dan aku habiskan baki 4 hari tu.

Apa plan cuti kali ni? Hmmm tak pasti lagi sebab 2 dan 3 Januari ada final exam. Aku tak start apa-apa lagi tapi nasib baiklah open book. Kalau tak, jenuh juga aku nak study ni.

Aku baru je lepas induction program. Sure pelik kan?? Aku dah kerja kat opis aku ni nak masuk 3 tahun tapi baru sekarang kena induction. Oklah...mari aku ceritakan kisah sebenar kenapa aku lambat kena induction.

Dalam 2 tahun pertama tu, aku adalah pekerja kontrak dan start tahun lepas baru convert to permanent. Macam-macam kisah masa 2 tahun pertama aku kerja tapi pengalaman itulah yang banyak mengajar aku untuk menjadi lebih tabah, berani dan sabar. Kalau aku tak kuat semangat, sure lama dah aku cari kerja lain. Nak tau? Aku hampir putus asa untuk stay lebih lama kat opis ni tapi bila fikir balik, aku nak cari kerja mana lagi? Aku bukan muda lagi dan competition nak cari kerja memang kuat.

Sepanjang induction program (3 hari kat opis dan 1 hari kat Gombak), aku dapat kenal lebih ramai staf yang datang daripada department yang berbeza. Bila dia orang tanya aku kenapa lambat kena induction, aku explain semuanya tapi kalau dah ramai sangat tanya rasa malas aku nak layan. Malas nak ulang balik cerita yang sama.

The best part sepanjang induction program, aku tak perlu mengadap boss. Hahaha!! Aku dapat tau lebih pasal opis aku ni. Selama ini cuma tau job scope aku sahaja tapi bila ada penerangan daripada department lain, terbuka sikit mata aku ni. Banyak lagi rupanya peranan opis yang dilakukan.

Masa kat Gombak lagi best sebab banyak aktiviti luar dilakukan tapi sayang sekejap sangat sebab cuma 1 hari je kat sana. Kalau lagi lama, sure best. Nak buat macamana, ni gara-gara cut costlah. Dahlah tu, bagi very short notice. Cuma bagi beberapa hari untuk bagi feedback.

Lupa pula aku nak bagitau, asalnya boss aku tak bagi aku pergi induction program sebab takut tak sempat nak siapkan kerja. Stupid! Kalau aku tak pergi induction program sekarang, aku tak tau bila lagi aku dapat pergi. Nasib baik aku dapat fully backup daripada boss besar suruh aku pergi. Padan muka boss aku tu.

Ok balik semula induction program kat Gombak. Makan best. The trainer memang best. Thanks a lot Encik Mus and Geng yang sanggup susah payah menjayakan program. My group pun best (Blue Waves) walaupun cuma dapat nombor 3 rasanya tapi kita orang juara sorak! Yeaaah! Cayalah Ihsan! Tak sangka dia boleh buat haka dance ragbi tu. Nampak je muka skema tapi bila sorak..semua kumpulan naik takut. Fuyyoo!! Aku hampir-hampir cair bila tengok Ihsan buat haka dance tu. Hahaha..

On the next entry aku cuba masukkan gambar sepanjang induction program. Aku ada juga ambil gambar tapi gambar tak berapa jelas. Nak kena repair kamera aku ni. Duit lagi...ingatkan nak simpan tapi nampak gaya kena pakai juga.

p/s: tengah fikir apa nak buat cuti lama ni

Monday, December 21, 2009

Potluck updated

Minta maaf  lah ya..aku lambat nak update pasal potluck yang kita orang buat hari tu. Sibuk sangat sebab banyak kerja nak kena siapkan. Ditambah pula MBA assignment nak kena submit. Sekarang barulah lega sikit. Dapatlah aku nak update blog aku ini.

Mari kita tengok apa yang best? Aku tak sempat nak ambil gambar banyak sangat sebab kamera buat hal pula. Selamat menjamu selera atau menjamu mata! Hehehehe...


chicken pie


cream puff


chocolate cake


tuna quiche


barisan makanan

Minta maaf sekali lagi, aku tak sempat nak ambil gambar makanan yang aku bawa hari tu. Nak tau ke apa aku bawa? Hehehe..aku bawa makaroni bakar. Jangan tak tau, ramai yang cakap sedap. Bangga kejap! (check kain..koyak tak?)

Aku ada rahsia nak beritahu..makaroni bakar tu, boleh katakan 80%, adik aku yang buat. Aku tukang bakar je. Jaga kat oven tak nak kasi hangus. Ada sesiapa nak resepi? Bolehlah minta kat aku, nanti aku bagi ok?

Oh ya..lupa aku nak bagitau. Boss aku contribute sate tapi bukan dia yang beli. Kawan aku yang belikan untuk dia dengan harga RM50! Aku sikit tak makan apa lagi nak pandang sate dia tu. Sikit aku tak hairanlah!! Kalau aku nak makan, aku boleh sendiri.

Kenyang! Sampai ke petang aku kenyang. Alhamdulillah. Seronok juga kalau buat potluck ni. Kalau selalu sangat pun tak boleh sebab aku akan pening nanti. Fikir nak bawa apa pula.

p/s: semua makanan sedap! suka cream puff. aku ambil banyak.

Sunday, December 20, 2009

Boss

Aku tau aku banyak kutuk pasal boss aku. Nak buat macamana dah aku memang tak kenan dengan perangai dia. Aku tak minta pun boss jadi baik hati apatah lagi nak bermesra-mesra dengan staf. Bertambah-tambahlah aku tak suka kat boss.

Aku cuma minta kat boss, respect your staf. Kita orang pun nak cari rezeki. Sama-sama kerja di bawah 1 bumbung. Kalau nak penting diri sendiri dan nak jaga bontot sendiri, macamlah boleh dapat gaji berjuta-juta RM!

Cuba bayangkan kalau aku yang jadi boss? Boss apa yang perlu aku amalkan? Nak garang sangat pun tak boleh. Takut nanti staf kutuk aku. Nak jadi lembut sangat pun tak boleh. Takut nanti staf pijak kepala aku.


Apa yang aku lakukan masa kat tempat kerja lama, aku taklah garang nak mampus (boleh percaya ke?) tapi aku akan tegas. Setiap arahan aku adalah jelas dan terang. Sebab itulah aku selalu banyak habiskan masa ajar dia orang dari mula sampai habis. Bila dia orang dah mahir, dia orang tau apa nak buat. Kalau ada staf baru masuk, dia orang boleh ajar.

Ada pula kawan aku tak nak ajar betul-betul takut nanti staf tu akan naik pangkat lebih. Bagi aku, perkara yang baik sepatutnya dikongsi bersama. Sharing is caring...betul tak?

Itu kisah lama..sampai sekarang aku masih lagi keep in touch dengan ex staf aku. Ingat lagi kat aku ni. Alamak terharu aku, cewaaah!

p/s: ada lagi ke boss yang baik?

Sunday, December 13, 2009

Cyril Takayama




Dah lama aku syok sama Cyril Takayama ni. He's so damn hot! Suka tengok magic sejak zaman David Copperfield (memang tak pernah miss kalau David Copperfield buat show kat TV). Kalau dia orang buat magic, memang boleh buat mulut nganga luas. Kagum gila..

Sekarang sudah ada generasi baru, magic lagi hebatlah contohnya Cyril Takayama.


Serba sedikit bakground Cyril Takayama (source wikipedia):

Cyril Takayama was born and raised in Hollywood, California. His father is a native Ryukyuan from Okinawa prefecture in Japan, while his mother is Moroccan–French (patutlah handsome semacam).

Takayama became interested in magic when he was six years old when he went to a magic show in Las Vegas where he saw a guest magician levitate a woman and cut himself in half. The first time Cyril ever performed magic in front of people was during his junior high school's talent show. At the age of 12, he entered the junior program at the Magic Castle in Hollywood.


p/s: jelinganmu menikam kalbu..aauuww!

Saturday, December 12, 2009

Lagu lama

Aku suka sangat lagu tahun 80an. Zaman masa aku sekolah dulu. Kalau rok, memang rock kapak beb. Rock sekarang tak boleh nak lawan macam zaman rock dulu. Setakat ini, tak ada siapa yang boleh lawan kumpulan Search atau kumpulan rock yang seangkatan dengannya.

Ikutkan masa mula-mula aku dengar lagu rock (masa tu form 1 rasanya), aku bukannya suka sangat dengar lagu rock ni. Buat sakit telinga je dengar tapi bila dok dengar je rasa macam best pula.

Sekarang ni aku dok search balik lagu lama kat internet. Bila dengar balik mengimbas kembali kenangan lama. Cewaahh!! Budak sekarang tak ramai yang tahu lagu lama-lama ini.

Lagu sekarang pun layan juga tapi kadang-kadang nak juga layan lagu lama ni. Nak lepaskan rasa gian kejap. Macam dadah lebih kurang, dapat sekali pun jadilah. Apa punya perumpamaan aku ni??!! Hantam je lah labu.

p/s: dok layan lagu more than words....jiwang siuut!

Friday, December 11, 2009

Potluck

Hari Isnin ada potluck sempena birthday Mr. Toh (boss besar) dan farewell party untuk Yati, kawan opis aku. Aku dah mula pening sebab aku tak tau nak bawa apa masa tu. Ramai yang minta aku buatkan nasi goreng kampung tapi kalau dah selalu sangat sure orang dah boring pula.

Setakat ini, aku ada pernah bawa:

1. Nasi goreng kampung

2. Puding buah

3. Cekodok udang

4. Sandwich tuna dan telur

Untuk potluck yang akan datang, aku plan nak bawa makaroni bakar. Aku dah tengok resepi yang boleh dipercayai. Tengok macam sedap (dengan cheese) dan harap bila aku buat nanti, jadilah. Nak kena try dulu jadi ke tak. Kalau dibuatnya tak jadi, malu beb! Sure lepas ini, orang dah tak suruh aku buat lagi. Hahaha..

Boss aku? Dia mana nak bawa apa-apa..dia cuma bagi duit je. Asalnya nak bagi RM20 belikan sate tapi bila kawan aku sound "mana cukup??!!" terus dia bagi RM50. Hello!! Secucuk sate Samuri sekarang dalam harga 60sen tau. Kalau bagi RM20, berapa cucuk sate yang boleh beli. Nak jamu orang bukannya sikit. So sendiri pahamlah. Kedekut nak mampus boss aku tu. Bab makan pun nak berkira sangat. Gaji dia entah berapa kali ganda banyak daripada gaji aku yang ciput ni. Eeeei tak paham aku..duit bukannya boleh bawa sampai mati.

Ikutkan plan asal aku kena pergi seminar ke Nikko Hotel tapi tak jadi. Malas aku nak ke KL dan meredah jam. Tak kuasa akak dik ooi! Lagipun bukannya selalu dapat nak celebrate macam ni..kalau seminar tu, tahun depan boleh pergi lagi. Betul tak?

Kepada kawan aku, Yati..aku ingin ucapkan selamat maju jaya. Jangan lupa kami di sini especially aku yang comel ini.

p/s: bertemu dan berpisah adalah adat dunia biasa

Plan cuti

Yeaaahh hari ini cuti untuk orang yang bekerja di Selangor sempena keputeraan Sultan Selangor. Sengaja nak buat orang jeles. Hehehe..Mulai minggu ini, hari Jumaat adalah hari cuti. Aku dah plan nak ambil cuti lama dari hari Krismas sampai Tahun Baru. Kalau kira cuti yang aku nak ambil nanti ada dalam 10 hari beb. Perrggh lama gila! The best part, cuti aku dah approved.





So apa plan aku? Plan pertama nak cari tudung saji kat Melaka. Kelakar kan bunyinya? Macamlah kat sini tak ada jual tudung saji. Aku ada jumpa tudung saji kat Serikin tapi tak ada yang berkenan di hati. Adik aku baru dari Terengganu pun ada cakap jual tudung saji tapi aku tak nak yang bentuk kun. Macaam dalam gambar sebelah ni. Hmm nak cari tudung saji pun susah.


Aku nak tudung saji yang lebih kurang macam ini. Tudung saji yang ada kat rumah ni dah kena pijak dek Hadi. Habis senget dibuatnya. Dah jadi mainan dia bila dia datang rumah. Lagipun tudung saji tu dah lama..mau ada dalam 10 tahun rasanya. So dah sampai masa untuk tukar baru. Boleh kan?? Hahaha..alasan basi..

Plan kedua masa cuti...konon nak study untuk final exam sebab final exam pada 2 dan 3 Januari 2010. Nasib baik open book tapi sebenarnya aku tak berapa suka soalan open book ni sebab banyak nak cover. Memang lah boleh cari jawapan dalam buku tapi kalau dah panik mesti menggagau nak cari jawapan. Kata nak score exam..nak up pointer. Kenalah study kan? Jangan pula baru buka muka surat 1 dah terus tidur.

Selalu kalau dah hujung tahun ramai yang dah plan ambil cuti lama. Nak buat kerja pun dah tak ada mood lainlah kalau boss gila aku yang seorang tu.

p/s: jom cuti-cuti

Sunday, December 6, 2009

1st Anniversary


Tak sangka dah setahun aku terjebak dalam dunia blog. Kalau sesiapa nak recall, this was my first entry. Aku tak tau nak tulis apa so aku pun tulis pasal kereta Myvi aku.

Sebenaranya ikutkan sejarah awal-awal, aku dah lama tulis blog tapi masa tu aku tulis kat yahoo dulu tapi sekarang service dah stop. Tak salah aku start berkecimpung dalam tahun 2006. Dulu tak berapa nak aktif sangat sebab job scope aku masa tu sangatlah sibuk. Dipendekkan cerita aku tak dapatlah nak teruskan hasrat untuk mengemaskini blog aku. Dahlah tu, aku tak sempat nak save. Tau-tau je dah tutup. Kalau ada masa, manalah tau aku boleh baca balik apa yang aku tulis dulu buat kenangan. Cewaah!!

Kepada yang sudi singgah dan baca blog aku, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih. Aku menerima sebarang komen dan cadangan daripada semua. Aku sekadar hendak berkongsi pengalaman bersama-sama. Sharing is caring..nasib baik aku tulis betul. Aku selalu sebut terbalik...caring is sharing. Malu akak dik oooii.

Oh ya! Kepada Hawa, aku ingin ucapkan tahniah sebab dapat baby girl pada 2 Disember 2009! Comel sangat!! Kalau dah dapat nama baby tu, beritahu ok? Dah banyak name list bagi kat Hawa. Choose wisely.

p/s: a long way to go

Friday, December 4, 2009

Penatlah...

Damn! I'm so tired this week. Dahlah nak kena uruskan event minggu depan. Ada presentation hujung minggu ni. Rasa nak menangis rasanya tapi aku kena sabar. Ini baru dugaan kecil sahaja.

Rasa macam tak cukup tangan je nak handle semua sekali. Lainlah kalau jadi sotong yang ada tangan banyak. Kalau betul, sure orang tengok pelik je kan? Hehehe..

Boss pula demand macam-macam. Kadang-kadang ada perkara yang kecil nak aku yang buatkan. Eiii geramnya..buatlah sendiri. Itulah...hari tu kan dah cakap, lantiklah assistant. Konon nak suruh staf multitasking. Alasan dah basi.

Ini tak, semua nak suruh staf buatkan. Akulah yang fotostet, akulah yang buat call untuk follow up, akulah jadi orang tengah dengan director yang dia tak ngam. Pendek kata semua nak serahkan kepada staf.




Kasihan tengok adik ni...terlampau letih sampai tak sempat nak tidur atas katil

p/s: penat...tanda dah tua lah tu

Tuesday, December 1, 2009

FishVille


Aku cuti 5 hari (termasuk cuti raya haji) dan sekarang rasa malasnya nak masuk kerja balik. Nak buat macamana aku ada banyak lagi cuti tahunan nak kena habiskan. Plan hujung bulan ni aku nak ambil cuti lagi dan terus sambut tahun baru. Kononnya..tapi tak taulah jadi ke tak.

Selalunya kalau aku cuti, aku tak pergi mana-mana pun. Cuma lately ni aku ada aktiviti baru untuk mengisi masa aku. Nak tau apa dia? Layan FishVille kat Facebook!! Hahaha..gara-gara adik akulah yang paksa aku main.

Pada mulanya aku memang tak nak join apa-apa game kat Facebook sebab kalau aku dah start main, aku jadi obses. Macam lagu Mariah Carey pula..Obsessed. Sekarang ni, asal aku log in komputer, perkara pertama aku nak check, aku nak tau ikan-ikan aku tu lapar ke tak. Kalau kat rumah, bolehlah aku check tapi kat opis? Boleh ke? Dahlah sekarag banyak website kena block. Stupid!

Bayangkan aku baru join minggu lepas dan sekarang aku dah level 12. Kemaruk kan?? Siap pesan kat adik aku, tolong tengokkan ikan-ikan aku tu. Jangan bagi ikan mati tau.

Ini baru 1 game aku join. Kalau aku join banyak game, aku tak berani nak cakap apa-apa. Sure lagi kronik!

p/s: kalau ikan betul, tak nak pula bela

Saturday, November 28, 2009

Sabar itu indah

Sebelum aku mulakan entry kali ini, aku nak mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi kat surau selamat korban 17 ekor lembu. Rasanya tiap-tiap tahun angka korban akan meningkat dan seperti tahun-tahun sebelum ini, ayah aku ditugaskan tukang potong daging. Aku?? Tak ke mana pun..dok rumah je lah. Apa lagi? Hehehe..

Baru-baru ini aku dapat berita baik daripada opis aku. Pengumuman kepada staf yang sedang sambung belajar atau baru sahaja tamat belajar. Ada peruntukan khas untuk membayar semula pebelanjaan semasa belajar tapi dengan syarat kena habis belajar dulu.

Pembayaran balik bergantung kepada keputusan akhir dan pencapaian prestasi kerja. Kalau bagus, boleh dapat 100%!! Lepas tu syarat seterusnya kena ikat kerja dengan opis lah bergantung kepada jumlah yuran. Lagi banyak, lagi lama kena ikat. Aku dah kira jumlah yuran aku lebih kurang dalam RM20K++ so kena ikat dalam 1 tahun. Hmm..tak lah lama kena ikat.

Ini yang buatkan aku semangat nak belajar sungguh-sungguh. Biar maintain CGPA 3.00 sampai habis. Kepada Mr. X, aku nak challenge kau. Kita tengok siapa lagi hebat.

Sekarang ni, sibuk isi borang achievment sama ada pencapaian kerja kita bagus atau tak. Perkara yang paling lemah bila nak mengadap muka boss sebab dialah yang akan tentukan nasib kita sama ada kita akan dapat bonus 2 bulan..1 bulan..setengah bulan atau tak ada langsung.

Ini adalah kali pertama aku dapat bonus kat opis sebab sebelum ini aku cuma staf kontrak. Jadinya aku tak berhak dapat bonus atau increament. Lama juga aku jadi staf kontrak..ada dekat 2 tahun rasanya. Alhamdulillah berkat sabar, aku dapat jadi staf tetap. Kalau nak cerita lebih lanjut bagaimana susahnya nak jadi staf tetap, memang panjang jawabnya. InsyaAllah kalau ada masa, aku akan cerita semuanya.

Kalau kita sabar, insyaAllah hasilnya lumayan. Memang boss tu ada angin tapi nak buat macamana kita cuma staf..hanya menurut perintah. Ada juga terlintas nak mengamuk dan bakar opis tapi kena sabar beb! Silap-silap glamer 1 Malaysia. Tak kuasa akak..

p/s: sabar itu separuh daripada iman

Sunday, November 22, 2009

Hujan oo hujan


Selalunya kalau tiba hujung tahun ni memang hujan je. Sekarang ni boleh katakan tiap-tiap hari mesti hujan. Tak kiralah pagi ke petang ke malam. Aku ni memang pantang sikit kalau hujan ni. Apa taknya mesti rasa nak tidur je. Lagi best kalau dapat selimut gebu dan bantal yang empuk. Perrgghh!! Memang tak ingat dunialah jawabnya. Sekali tidur, memang liatlah nak bangun. Hehehe..

Kalau dalam cerita hindustan, aksi masa hujan adalah aksi wajib. Masa inilah kita dapat saksikan adegan berlari-lari masa hujan (masa tak hujan, tak nak pulak lari). Yang si heroin sure masa ni sangatlah seksi. Segala susuk tubuh badan jelas kelihatan. Masa inilah penonton tak berganjak dan mata memang terbeliak tengok.  

Masa aku kecil dulu, arwah mak aku memang marah kalau keluar main masa hujan. Ada sekali aku main dengan kawan-kawan masa hujan renyai-renyai (bukannya hujan lebat). Bila arwah mak aku dapat tau aku pergi keluar main, marahlah apa lagi. Sebagai balasan, siaplah kena rotan. Biasalah budak degil memang patut kena rotan.

Cerita pasal hujan ni, ada orang cakap. Kalau rasa suara tak sedap jangan nyanyi kuat-kuat nanti hujan. Katak pun tak boleh nak cari makan sebab selama ni memang pun tugas katak panggil hujan. Masih tak percaya? Cuba ingat balik lagu "Bangau oh Bangau". Part yang last sekali bila orang tanya kenapa katak panggil hujan. Sebab ular nak makan dia. Betul tak?

p/s: suka tidur kat kampung masa hujan. leka dengar bunyi hujan jatuh kat atap zink..tip tap tip tp


Friday, November 20, 2009

Layan jiwang


Tak boleh jadi ni...kalau malam-malam ni dok layan lagu jiwang. Ish ish...kalau dok layan je ni susah nak tidur lah jawabnya. Esok pagi masuk kerja sure mengantuk. Dahlah bos dah sound aku beberapa kali, kalau nak tidur pun cover lah sikit. Nampak dek boss besar..apa pula dia cakap kan?

Aku jiwang? Hahaha macam tak percaya pula. Ok ok...sshhh jangan bagitau sesiapa ya. Aku memang jiwang sebenarnya. Aku ni nampak je kasar dari luaran tapi deep down in my heart, akulah juara jiwang! Malunya aku..sambil tutup muka. Muka dah blushing weh.

Siapa tau lagu Tommy Page- A shoulder to cry on. Perrgghh boleh bikin aku cair. Ada sekali stesen radio pasang lagu ni. Tak keruan aku dibuatnya. Apa lagi aku nyanyilah kuat-kuat. Nasib baik tak ada siapa yang dengar. Kalau tak, sure kena teeeettt!!

Jangan tak tau, masa aku sekolah dulu aku sanggup simpan duit semata-mata nak beli kaset Tommy Page kat Kajang. Aku tak pasti berapa lama aku simpan duit tapi rasanya lama.

Sanggup tu pergi jauh-jauh nak beli kaset. Dulu kat Bangi ni tak ada apa-apa. Kalau nak beli barang, beli kat Kajang naik bas lagi tu. Dahlah dari rumah ke perhentian bas jauh tapi Tommy Page punya pasal, korban apa sahaja.

Rasanya aku simpan lagi kaset Tommy Page tu. Hmm kena cari balik lepas ni. Sekarang dah maju. Download je sure dapat. Untuk pengetahuan semua, aku dah download lagu tu. Yeaaahh!! Sekarang aku boleh dengar selalu.

p/s: I love Tommy Page

Thursday, November 19, 2009

Kenangan di ITM

Pada 16 dan 17 November aku dapat arahan untuk pergi ke Seminar Antarabangsa Komunikasi dan Budaya di Rantau Asia Tenggara: Evolusi Perkembangan dan Cabaran di UiTM Shah Alam. Damn! Dahlah aku seorang wakil department aku. Sure mati kutu aku kat sana nanti. Aku bukannya reti nak buat networking dengan orang luar. Aku kan pemalu orangnya. Hahaha...

Sampai di UiTM (masa batch aku panggil ITM), kagum gila! Bayangkan aku dah lama tak ke sana. Last time aku ke UiTM pada tahun 2003 masa kawan aku, Hanim konvo. Banyak bangunan baru dan aku hampir-hampir tak kenal.

Aku masih nampak School of Business, tempat aku belajar. Kolej Cempaka, tempat aku tinggal dulu. Waah semua tu kenangan lama yang tak mungkin aku boleh lupakan. Sungguh banyak kenangan manis masa aku study kat UiTM. Kalau lah aku boleh patah balik masa aku study kat UiTM, alangkah bagusnya.

Antara kenangan yang tak mungkin aku boleh lupa sepanjang kat UiTM masa kes Orang Minyak. Semua orang takut tidur seorang kat bilik termasuklah aku. Setiap hari ada sahaja orang perhati sebarang perubahan kat kolej. Manalah tau ada cop pangkah kat pintu, ada kesan tapak tangan dan banyak lagi. Aku ingat lagi, ada kakak tu nampak ada kesan tapak tangan kat bilik dia. Terus kakak tu tak nak stay kat bilik dia. Sanggup tidur kat bilik kawan sampai habis semester. Takut punya pasal. Kelakar je bila ingat balik. Apalah yang aku tau dulu..main ikut je. Orang kata betul, aku jawab betul. Bila kata salah, aku jawab salah. I am so naive!!! Sekarang? Nakal sikit je. Boleh kan??

p/s: apa cerita kawan ITM aku ya??

Monday, November 16, 2009

Jangan lupa hantar assignment

Kepada kawan-kawan MBA aku, aku ingin ucapkan selamat maju jaya untuk siapkan assignment MIS yang diberikan oleh Prof. Azizi. Boleh dikatakan setiap minggu ada assignment nak kena siapkan.


Selalunya hari terakhir nak submit, janganlah kacau. Contohnya aku, baru je tadi aku submit assignment. Hari terakhir untuk submit assignment minggu ini adalah 15 Disember. Tadi aku sempat submit pada pukul 11.59pm! Memang kerja gila. Itu pun aku copy assignment kawan aku. Kalau tak, sure tak sempat. Ok..minggu ni je aku copy lepas ni aku buat sendirilah.


Biasalah..kalau dah nama pun student memang suka buat kerja last minit. Aku pun antara salah seorang daripadanya. Bukan sahaja hal-hal assignment tapi kadang-kadang kerja pun suka buat last minit.


Ingat lagi masa aku kursus Franklin Covey tahun lepas. Kalau nak buat apa-apa adalah lebih baik kita beri keutamaan mana yang penting dan mana yang tak penting. Rancang kerja terlebih dahulu supaya kita tak terburu-buru. Hmm..sekarang dah kena kat aku. Padan muka!!


Tapi kan...sebenarnya syok juga buat kerja last minit ni. Baru ada rasa thrill. Baru rasa mencabar keupayaan diri. Hehehe


p/s: kalau dah degil...buat juga lagi

Saturday, November 14, 2009

Teruskanlah-Agnes Monica


Aku suka sangat surf lagu kat youtube. Sambil-sambil surf, nampak pula lagu Agnes Monica ni tajuk Teruskan. Selalunya lagu Agnes Monica ni memang best.




Sekali dengar, oklah tapi bila dok pasang banyak kali, alamak bestlah. Kat sini ada sertakan lirik.




So enjoy!








Agnes Monica – Teruskanlah




Pernahkah kau bicara

Tapi tak di dengar

Tak di anggap

Sama sekali

Pernahkan kau tak salah

Tapi disalahkan

Tak di beri

Kesempatan

Kuhidup dengan siapa

Ku tak tau kau siapa

Kau kekasihku tapi

Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau begitu


Kau tak butuh diriku

Aku patung bagimu

Cinta bukan

Kebutuhan mu

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

p/s: lagu ni sedih sangat. boleh buat aku menangis

Thursday, November 12, 2009

CIMB Bank yang tuuut!

Baru-baru ini aku ada berurusan dengan CIMB Bank Cyberjaya untuk dapatkan penyata bank. Bila aku sampai bank, aku jumpa ada officer yang aku nak bank statement. Daripada wajah dia tu, aku tengok macam tak nak sangat layan aku atas alasan ramai sangat customer yang ada masa tu.


Oklah aku terima sebab memang betul lah ramai orang. Kalau aku tunggu memang lama jawabnya. Dipendekkan cerita aku aku beritahu kat officer tu yang aku akan datang lagi esok hari untuk dapatkan penyata bank. Sebelum aku keluar dari bank, aku sempat tinggalkan nombor akaun dan nama aku. Bila aku datang esok, aku boleh ambil terus daripada dia.



Esoknya bila aku sampai CIMB Bank, aku jumpa officer semalam dan beritahu aku nak ambil penyata bank. Boleh tak officer tu tak nak layan aku? Damn! Aku tak puas hati lagi so aku tanya sekali lagi kat dia, mana penyata bank aku. Nak tau dia cakap apa? "ambil nombor ya."



Wooooo ini sudah lebih. Semalam tak cakap pun kena tekan nombor. Takkan lah dia tak print penyata bank aku lagi. Aku dah pesan semalam kat dia. Bukan susah pun, no akaun aku dah bagi. Print je lah. Stupid! Kalau print pun, bukanya ambil masa lama pun. Rasanya tak sampai 5 minit pun.



Ok ok...cool down. So aku ambil nombor. Dahlah tak cakap nak ambil nombor yang mana satu sebab kat skrin nombor tu tak ada tulis minta penyata bank. So aku main tekan A(untuk urusan deposit, withdraw, western union) dan D (akaun premium). Dah aku tak tau nak tekan yang mana satu. Ambil kau!



Bila sampai giliran aku, aku terus ke kaunter (bukan jumpa officer tu) dan beritahu yang aku nak penyata bank. Nasib baiklah yang jaga kaunter layan aku baik. Tak sampai 5 minit urusan aku dah selesai. Kalau aku tau dari semalam, tak payah aku nak ulang balik dua kali ke bank. Buang masa aku je.



Aku pun tak tau apa tugas officer yang duduk kat situ. Takat nak tayang muka kat depan, buang masa je. Bukannya handsome pun. Muka macam tuuuuuuuut je!



p/s: nasib baik aku tak bakar CIMB Bank

Monday, November 9, 2009

Lost in the 80's

Siapa ada dengar rancangan Lost in the 80's di radio Red.FM pagi tadi?


Red.FM akan minta pendengar untuk pilih lagu 80an. Kalau lagu kita dipilih, mereka akan call. Jadi, pagi tadi I was on air!! Terkejut juga la sebab masa dia call aku, aku tengah drive on the way nak pergi kerja. Aku terus tak boleh nak tumpukan perhatian nak bawa kereta. Dahlah aku tak ada hands free. Memang memandu secara bahaya.



Nak tau lagu apa aku pilih? Lagunya ialah Circle In The Sand yang dinyanyikan oleh Belinda Carlisle. Nak dengar lagu? Cuba klik
sini.


Lagu ini popular masa aku form 2 rasanya. Mula daripada lagu ni aku terus suka penyanyinya tapi sekarang dah senyap terus. Dengar cerita penyanyi ada kes dadah dan alkohol. Sayang kan? She's so talented. Kalau dia nyanyi lagi, sure dah kaya lah.



Tak sempat nak record masa aku tengah on air sebab tengah driving. Dengar suara aku kat radio..malu rasanya. Ada 1 soalan Dilly tanya kenapa aku pilih lagu ni? Siap dia bagitau cuba bagitau apa yang aku tulis masa aku minta lagu ni. Ya Allah..manalah aku ingat. Aku ingat sikit-sikit je. Ini antara ayat aku sebut tadi, "when we go for school trip, this is the song that we always sing. it is our favourite song". Lebih kuranglah tu..tengah panik mana nak ingat apa-apa. Hantam je lah labu.



Sampai opis tak hilang lagi rasa panik dan terkejut. First time beb!!



p/s: kenangan lama

Sabjek MIS

Cerita pasal perlawanan bola semalam, rupa-rupanya Mr. X pergi stadium Bukit Jalil tengok bola. Patutlah dia tak masuk kelas. Ceh! Punyalah aku tunggu dia datang..mana pergi mamat ni?
Cuba teka Mr. X sokong siapa? Of course lah Kelantan. What to do my dear. Tahun ini Kelantan tak menang. Cuba lagi tahun depan ya.
Kasihan, pagi ini masuk kelas dok selsema sahaja. Semalam hujan lebat. Dahlah dia dok belakang aku. So aku boleh dengar dengan jelas tiap kali bersin. Check..check..aku kena selsema tak? Oh tak? Alhamdulillah aku sihat.
Habis kelas, tak sangka pula aku boleh terjalan sama-sama nak balik. Mula-mula aku jalan seorang tiba-tiba Mr. X ada kat belakang aku. Hehehe...aku sangat suka. Sempatlah aku berbual-bula kejap.

Aku: dengar cerita awak pergi stadium semalam

Mr. X: a'ah

Aku: nampak gaya kelantan tak ada rezeki la tahun ni. yang bakar kerusi tu kerja awak lah ya?

Mr. X: taklah. tengok kelantan dah kalah 0-3. saya baliklah. kereta awak kat mana?

Aku: kat situ (sambil tunjuk kereta Myvi aku tersayang tu)

Mr. X: oklah jumpa lagi.

Aku: ok (masuk kereta. senyum je)


Cerita pasal kelas hari ni, lecturernya ok. Aku dah gambarkan lecturer ni sure banyak songeh..cerewet lah tapi realitinya he's totally different. Yang aku kagum tu, asal masuk waktu solat, dia akan break dan ajak solat sama-sama. Jangan tak tau, dia siap set waktu solat. Kalau masuk waktu solat, azan akan berkemundang kat laptop dia. Tanda suruh solat dulu. Aku ni kadang-kaang solat hujung waktu. Sepanjang kelas MIS, aku jadi insaf kejap.


Semalam sempat borak dengan lecturer dan aku bagitau serba sikit pasal kerja aku. So sabjek MIS yang aku ambil sekarang memang ada kena mengena dengan kerja aku selama ini.

Pagi tadi masa kelas aku dah kena aim untuk jawab soalan, apa beza internet dan world wide web. Damn!!!

Selamba je aku jawab, "saya bagi orang lain peluang cakap. tak apalah."
Lecturer balas lah, "tak apa..saya bagi balik peluang tu kat awak."

Hmmm...nampak gaya aku kenalah jawab walaupun aku tak prepare apa-apa. Hantam je lah labu. Dalam hati, malu seh. Sepatutnya aku boleh jawab lebih baik tapi aku tak tak buat ulangkaji. Padan muka aku! Malu malu!!!!

p/s: lain kali study..kan dah kena

Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia 2009

Perlawanan Piala Malaysia 2009 memang milik Negeri Sembilan. Tahniah!!! Negeri Sembilan menang 3-1. Kebetulan Yam Tuan Negeri Sembilan baru je ditabalkan 26 Oktober. Double celebration. The best part tadi, Yam Tuan sendiri yang bagi hadiah kepada pemain Negeri Sembilan (abaikan KJ ada kat sebelah Yam Tuan tadi. sibuk je la).

Walaupun aku separuh Negeri Sembilan (arwah mak orang Negeri Sembilan), bangga tengok dia orang menang. You deserve it sebab sepanjang perlawanan bola tadi, pemain Negeri Sembilan yang banyak buat serangan kalau nak dibandingkan dengan Kelantan.

Buat malu je, bila ada adegan bakar kerusi dan baling-baling batu dan mercun kat padang. Aku dapat tau jurugambar RTM ada yang luka sebab kena batu. Kasihan..dia pula jadi mangsa. C'mon lah kalah menang adalah adat bertanding. Betul tak?

p/s: Negeri Sembilan dapat cuti ke nanti?

Friday, November 6, 2009

Cuba dulu

Penatlah bila selalu sangat bila orang minta tolong dengan kita. Bukannya aku tak nak tolong cuma kalau dah selalu sangat boleh buat orang nak angin. Lagilah aku bengang kalau nak mengharapkan aku je macamlah dah tak ada orang lain nak minta tolong.

Setakat sekali dua ok lagi tapi kalau dah selalu sangat...siapa tak marah?! Seolah-olah nak ambil kesempatan kat aku pula. Banyak cantik muka!!!

Memang dari kecil aku dah diasuh untuk berdikari. Kalau nak apa-apa, kena usaha sampai dapat. Satu perkara yang aku perasan, keluarga aku memang dah ajar untuk cuba dulu..jangan cepat mengalah. Agaknya sebab itu lah aku ni agak adventurous kalau jumpa sesuatu baru. Tak setengah orang yang agak takut nak cuba...belum apa-apa lagi terus cakap tak nak.

Contohnya ayah aku, bila ada pasar Ramadhan dan dia nampak makanan yang pelik sikit, itu lah yang akan dibeli. Kalau sedap, boleh beli lagi. Tak cuba mana tau kan?

Sayang kalau kita tak cuba. Daripada situlah kita akan belajar dan menimba ilmu. Tak semua ilmu kita dapat tu boleh didapati masa kita belajar di universiti dan sekolah dulu. Secara tak langsung, ilmu ini akan mengajar kita lebih dewasa dan matang. Percayalah. Kita tak akan rugi apa-apa.

p/s: ilmu dunia ini sangat luas

Thursday, November 5, 2009

Sesame street



Dulu masa sekolah suka sangat tengok cerita Sesame Street. Tiap kali balik dari sekolah mesti dah ready duduk depan TV tunggu cerita Sesame Street. Antara banyak karektor yang ada, aku paling suka Elmo dan Ernie. Sama-sama nakal dan comel.


Kalau ada sesiapa tengok google hari ini, ada gambar Cookie Monster. Comel sangat!! Satu pengiktirafan kepada Sesame Street sempena ulangtahun yang ke 40. Yeaaah Sesame Street.



Dulu ada RTM alih bahasa cerita ini tapi tak bestlah. Translate Sesame Street jadi Taman Sesame? Eiii pelik bunyinya. Nasib baik tak jadi Taman Bijan. Hehehe...


p/s: sampai sekarang aku masih tengok cerita Sesame Street. suka tengok kerenah setiap karektor

Wednesday, November 4, 2009

Hu shu

Masa aku kecil dulu nak sangat speaking English. Nak buat macamana dulu tak ramai kawan orang melayu. Nak cakap dengan dia orang kenalah setaraf kan.


Grammar betul atau salah, itu belakang cerita. Yang penting aku boleh cakap. Sebutan tu tak payah cakap lah..asalkan ada bunyi sipi-sipi tu dah kira habis baik.


Masa nak main, mana main lagu melayu contohnya lagu anak rusa nani ke lagu tiga kupang. Ada pernah lagu ni?


Who shoe is the dirty shoe, please go out and wash your dirty shoe or your shoe send it out.


Atau dalam bahasa mudah nak sebut:


Hu shu is a deti shu, plis go aut en wash yo deti shu. o yo shu sen it aut.


Aku baru tau apa maksud sebenar lagu yang dulu aku pernah main dulu. Punyalah lama aku figure it out.


Selalunya nak main lagu ni masa nak pilih sapa nak start dulu. Kiranya ala ala main lat ta li lat tam plum lah tapi bila sebut dalam English...kasi up lah standardnya.


Banyak lagi lagu yang sebutan dalam English tapi yang paling best Polis sentri. Nak tau apa maksud sebenarnya? Polis and thief!!!! Hahahaha semua kena tipu termasuklah aku.


p/s: seronok masa main dulu-dulu

Monday, November 2, 2009

Susulan kena block

Hari ini aku rasa macam hilang akal. Banyak website aku tak boleh masuk. Damn!! Aku nak update blog kat opis pun tak boleh. Style aku, kalau dah ada idea nak tulis, tak boleh simpan lama-lama. Datang je idea, terus update blog.


Facebook lagi lah tak boleh nak masuk. Sabar beb. Aku nak check emel yahoo pun tak boleh sebab segala maklumat pasal MBA link kat emel yahoo. Mana lah tau kalau Mr. X hantar emel. Sabar lagi.


Bila sampai rumah, perkara pertama yang akan aku buat ialah log in laptop dan buka website yang tak boleh buka kat opis. Amik kau!

p/s: rasa macam nak bawa laptop ni ke opis. :)

Sunday, November 1, 2009

Kena block

Aku nak bagitahu sesuatu..marilah sini duduk dekat-dekat.


Start esok opis aku dah block Facebook! What the tuuut!!! Bukan sahaja Facebook kena block, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan social networking tak dibenarkan sama sekali. Lepas ni tak ada lagi gmail chat, yahoo chat dan lain-lain.


Department IT buat laporan yang staff kat opis aku banyak habiskan masa kat social networking dan tak tumpukan perhatian untuk buat kerja. Hello cik abang dan cik adik, bukan semua yang bazirkan masa dok ngadap Facebook tau.


Bagi aku, aku just log in few minutes dan sambung buat kerja. Bukannya sepanjang masa dok ngadap. Kalau lama-lama pun masa lunch hour lah. Takkan tak boleh? Entah apa-apa kan?


Lagipun, department aku memang kerjanya cari maklumat. Jangan salahkan kami lah kalau tiba-tiba kami buka Facebook. Itu bukan main-main tapi cari maklumat. Jangan salah anggap pula ya.


Serba sedikit maklumat menarik pasal social networking ni:



15%
have disciplined an employee for violating multimedia sharing / posting policies


13%
of US companies investigated an exposure event involving mobile or Web-based short message services


17%
disciplined an employee for violating blog or message board policies


p/s: macam-macam boleh buat dengan Facebook

Thursday, October 29, 2009

ANTM addicted

I am totally addicted to ANTM. Sekarang ni masuk musim ke 13. Istimewa musim kali ini adalah peserta yang mengambil bahagian adalah petite..ketinggian 5'7" ke bawah.

Setiap hari Khamis aku mesti check siapa yang akan keluar. Among my favourite would be Sundai, Nicole dan Jennifer. Harap dia orang akan masuk top 3. Cewaaah macam terer je.

Sundai

Jennifer


Nicole

Antara semua peserta, Sundai paling rendah. Cuma tinggi 5'3". Hehehe..lebih kurang tinggi aku je tapi dari bentuk fizikal memang out lah. Comel sangat lah akak ni.

Kat sini pun ada Model Search tapi setakat 2 musim je. Itu pun terus senyap..tak taulah nak sambung lagi atau tak.

p/s: berangan je

Tuesday, October 27, 2009

Kawan lama

Baru-baru ini aku menerima arahan untuk pergi ke Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia 2009: Media dan Budaya di Universiti Malaya selama 2 hari. Buat pertama kali aku drive sendiri ke sana. Kecut perut seh. Aku ni nampak je badan besar tapi sebenarnya pengecut. Muka nampak cool tapi hati berdebar-debar.

Serba sedikit mengenai persidangan ni, ia merangkumi hasil pembentangan dari pelbagai aspek termasuk isu di sebalik polemik media, dan konsep demokrasi dalam penulisan media.

Aku tak nak beri sebarang komen pasal persidangan ini. Sekadar teguran, urusan pentadbiran persidangan kurang memuaskan bermula daripada hal-hal pendaftaran, perjalanan pembentangan, makan minum dan semuanya. Harapnya kalau ada event lagi, urusetia dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang.

Ok ok....cukup cerita pasal persidangan tu.

The good thing pada masa tu, aku jumpa balik kawan lama aku, Mohd Ya Latip. Agak lama aku tak jumpa Latip ni. Aku pun tak ingat bila kali terakhir jumpa dia. Rasa-rasa ada lebih 10 tahun tak jumpa. Serba sedikit pasal Latip ni, kami kenal melalui ruangan berkenalan di majalah Galaxie pada tahun 1995. Masa aku study kat ITM dulu.

Aku lah yang gatal letak nama kat majalah tu dan tak sangka dapat berkenalan dengan dia. Ramai juga yang hantar surat (masa tu emel belum lagi meluas pakai) kat aku tapi antara ramai tu, Latip yang paling rajin balas surat masa tu. Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang kita orang masih lagi keep in touch walaupun dah tak sekerap dulu.

Back to our story, aku sampai awal ke UM dan sambil-stambil lepak aku ternampak Latip. Aku memang boleh agak dia akan join persidangan ni sebab Latip kerja dengan Aswara. Sudah pasti mesti ada kena mengena dengan persidangan ini yang ada unsur media & budaya. Of courselah aku happy masa tu tapi aku tak nak over terus tegur dia. Malu akak ni. Rilek ok..biar Latip tegur aku dulu.

Bila tiba break pagi, Latip tegur aku. "Hai Mazuriah!" My respond? Sengaja buat terkejut tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu. Happy sangat!!!! So aku buatlah muka terkejut dan tegur dia balik. "Hai Latip!"

You should see my face. Plastik gila!!! Nampak sangat aku ni berlakon depan dia. Tak sempat nak bual lama sebab masa tu aku nak makan. Lapar siut. Mana nak sempat makan dah keluar rumah pukul 6.40am.

Next...part ni aku suka sangat.

Lepas lunch sementara nak tunggu speaker ready, Latip tegur aku.

Latip: kerja mana sekarang?

Aku: kerja kat ****. Sekarang ni kita 1 kementerian lah ya. Kerja kat Aswara kan?

Latip: mana awak tau saya kerja kat Aswara?

Aku: eh saya main teka je. betul kan? (cover..cover..malu beb. aku ada google nama dia sebelum ni sebab tulah aku tau dia kerja kat situ. nampak sangat aku ni stalker)

Latip: oh ya? oklah saya pergi dulu. bagilah kad nama awak tu.

Sebelum dia pergi kita orang sempat tukar kad nama. Happy sangat. Sepanjang hari aku dok senyum je. Best..best. Hehehe....

Sayang..Latip tak dapat datang on the next day sebab dia ada hal. It's ok with me. Dapat jumpa kejap pun jadilah. Buat lepas rindu.

Siapa sangka dapat jumpa balik kawan lama. Seronok dapat jumpa. Kawan aku pernah cakap, "kawan aku ada di mana-mana. mesti jumpalah". Kawan yang baik dengan aku memanglah seronok jumpa balik. Kalau kawan yang tuuuuuuuuuut (censored sebab ada unsur mencarut), buat apa jumpa. Buang masa je.

p/s: kawan sejati susah nak jumpa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails