Akiviti pertama aku masa cuti ini ialah kemaskan bilik tidur. Aku tak ingat bila kali terakhir aku kemas bilik tidur. Kalau mak mertua nampak sure dah reject awal-awal. Tak boleh jadi menantu langsung!
Punyalah banyak habuk bawah katil dan almari sampai batuk-batuk aku dibuatnya. Kalau habuk boleh dijual, sure aku jadi kaya-raya. Hahaha.
Petang tadi aku ajak adik aku ke Ikea. Aku memang pantang ke Ikea ni sebab barang-barang yang jual kat situ memang tempting. Kalau ikutkan hati memang nak beli semua. Itu pun tadi aku dah habis kontrol tak nak beli apa-apa. Konon tak nak beli apa-apa tapi penuh juga 1 beg dibawa balik. Padan muka aku.
Esok tak pasti lagi nak buat apa. Pada 2 dan 3 Januari ada final exam. 1 benda tak baca lagi. Aku taulah exam open book tapi kena juga baca. Selalunya kalau exam open book ni, jawapan bukannya ada dalam buku. Puaslah cari jawapan 1 buku tu..lecturer tak akan bagi soalan direct. Mesti dia buat soalan yang indirect yang memerlukan kita analisis kritikal. Kalau ada soalan direct ni, lecturer sengaja nak buat soalan kasihan kat student. Aku jaminlah nanti!
Perasan tak? Aku tak tau lah tapi bagi aku kalau masa cuti rasa cepat je masa berlalu. Masa kerja rasa lambat sangat masa berlalu. Ada sesiapa yang pernah mengalami perasaan sama dengan aku? Masa kerja kejap-kejap tengok jam. Siap komplen kenapa jarum jam tak gerak? Jam dah rosak ke?
Ada sesiapa ingat tak lagi entry sebelum ni yang aku ada plan nak ke Melaka. Hmm...nampak gaya terpaksa tangguh dulu. Asyik hujan sahaja sampaikan aku rasa badan aku ni nak demam je. (alasan tak boleh pakai langsung) Kena utamakan mana yang penting dulu. Betul apa. Jangan takut, insya-Allah plan ke Melaka akan jadi cuma tak tau bila. So tunggu ok.
Pagi tadi aku dapat arahan daripada boss kena ke assembly kat Angkasapuri hari Isnin ni. Bab nak ke KL memang buat aku lemah. Dahlah hari tu hari pertama sekolah. Gila jam lah nanti. Pukul berapa aku nak kena keluar dari rumah kalau nak sampai sana pukul 8 pagi. Nasib baik baru tadi aku check emel dan dapat emel boss yang assembly kena rescheduled pada 8 Januari. Lega sikit..mungkin jam masa pagi taklah seteruk kalau nak dibandingkan masa hari Isnin nanti.
Oklah aku nak layan lagu Debbie Gibson dulu. Bestnya dapat layan lagu lama-lama ni. Alamak angin jiwang mai pulak. Malu akak dik ooooii!! (cover muka dengan towel)
p/s: fikir nak buat apa esok
tidur je lah makcik masa cuti dan ujan2. Heaven!!!!
ReplyDelete