Saturday, May 30, 2015

Ho Chi Minh - part 1

Trip ke Ho Chi Minh dah sebulan berlalu baru aku nak update blog. Maaf sebab ambil masa terlalu lama.  Aku boleh katakan trip kali ini adalah trip yang paling sempoi sebab aku tak buat apa-apa persediaan terlebih dahulu sebelum nak berangkat. Kalau ikutkan trip sebelum ini, aku memang plan berbulan-bulan untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Lagipun kali ini aku ke sana hanya untuk shopping raya. 

Untuk trip ke Ho Chi Minh, aku pergi berdua dengan kawan aku, ShirVen. Kalau siapa nak tahu lebih lanjut boleh klik blog dia di sini. Aku dah lama kenal dia sejak tahun 1999/2000. Kenal masa chatting MIRC dan masih berkawan sampai sekarang. Walaupun jarang jumpa, kami masih keep in touch. Bak kata orang, jauh di mata dekat di hati. Cewaah!!! 

Waah panjang pula introduction aku kali ini. 

Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa lebih kurang 2 jam dan untuk pengetahuan semua, waktu di Ho Chi Minh adalah lambat 1 jam daripada kita. Sepanjang berada Ho Chi Minh, aku tinggal di Hotel Hoang Hai Long 2. Setakat ini aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan paling aku suka ialah hotel ini berdekatan dengan Ben Thanh Market iaitu syurga untuk membeli-belah. 

Hotel Hoang Hai Long 2 

Lobi hotel. 

Boleh nampak Ben Thanh Market dari hotel. Jalan kaki pun boleh sampai. 

Oleh sebab kami sampai awal dan kebetulan belum boleh nak masuk bilik, kami cadang untuk ke Ben Thanh Market dulu. Konon nak jalan-jalan tengok apa yang menarik di sana. Tengoklah sangat aku ni, bila nampak kain pasang aku terus kalah. Shopping sampai tak ingat dunia. Aku rasa aku habis belanja sampai berjuta-juta Dong Vietnam. Amik kau. 

Kain cotton memang murah. Boleh dapat sepasang kain dalam harga RM20-30. Yang bagusnya kalau shopping di Ben Thanh Market ni, kalau kita beli banyak, mereka boleh hantar terus ke hotel. Tak perlulah kita bawa barang yang banyak dan berat ke sana sini. Bagus kan? 

Aku juga perasan, di kawasan Ben Thanh Market ramai betul orang Malaysia, Brunei dan Singapura. Terasa macam bukan berada di Vietnam tapi terasa berada di Malaysia. Rata-rata semua cakap melayu. Malah yang menjual barang-barang di Ben Thanh Market fasih berbahasa melayu. Jadi isu untuk berkomunikasi bukanlah masalah besar. 

Aku juga nak kongsi maklumat, kalau nak beli barang adalah lebih untung kita pakai RM daripada kita pakai Dong Vietnam. Aku tak tahu sebenarnya. Kalau aku tahu dari awal, tak perlulah aku nak tukar duit Dong Vietnam banyak-banyak. Rugi betul.

Nak cari kedai makanan halal? Memang senang, memang banyak kedai makanan hal jual depan hotel. Pilih sahaja mana yang suka. Yang paling aku suka ialah minum air kopi ais. Perrggh sedap gila. Aku bukanlah penggemar kopi tapi sekali aku minum, terus jatuh cinta. Rasanya hari-hari aku mesti pekena air kopi ais. 

Adik comel yang peramah jual kopi ais depan hotel. 

Kalau ke Ho Chi Minh, jangan lupa minum air kopi ais ni. Tak salah aku, kopi di Vietnam adalah antara kopi terbaik di dunia. Adik yang jual kopi ni memang pantang nampak aku, mesti tanya aku. "Kopi ais kak?" Untuk 1 gelas air kopi ais harganya cuma RM3. Boleh pilih nak minum kopi susu, kopi O atau milo. Semua sedap! Perasan tak, siap ada tanda halal lagi tu. 

Dalam pukul 2 petang balik ke hotel untuk check in. Tak tahu nak buat apa, aku dan kawan aku pakat tidur sebab semalam tak cukup tidur. Biasalah aku, kalau ada trip pada hari esok memang tak lena. Sedar-sedar bangun tidur dah pukul 5 lebih. Katanya sebelah malam ada pasar malam yang terletak di hadapan Ben Thanh Market. Sementara tunggu malam, lepak dalam bilik dulu. 

Bila malam menjelma, keadaan bertambah meriah. Ramai orang yang datang menjual barang-barang depan hotel sampailah ke Ben Thanh Market. 


Suasana sebelah malam memang meriah. 

Sambil jual barang-barang, suap makan sekali. 

Penat jalan-jalan dan membeli-belah, balik ke hotel semula. Apa lagi, tidurlah jawabnya. 

Kita sambung lagi ya. 

p/s: lepas ni kita tengok kawasan sejarah pula. 

Friday, May 22, 2015

Ada lagi ke nak baca blog aku?

Ada lagi ke nak baca blog aku ni? Alamak lama dah aku tak update blog aku ni. Dalam masa terdekat ini aku akan cuba cerita pengalaman trip ke Ho Chi Minh pada bulan April. Baru aku perasan lepas 1 bulan pergi baru nak cerita. Harap aku masih ingat apa yang berlaku di sana. 

Setakat ini, trip ke Ho Chi Minh adalah trip paling sempoi. Kalau sebelum ini, aku siap plan punyalah lama sampai berbulan-bulan. Nak sediakan itinerary, cari hotel dan buat kajian apa yang menarik. 

Tapi kali ini sampai hari nak pergi, aku tak buat apa-apa pun. Sampaikan adik aku tanya, betul ke aku nak pergi Ho Chi Minh ni? Dah lah tu, sehari sebelum nak pergi, kereta aku kena langgar. 

Punyalah sempoi trip aku, aku siap kena tipu lagi tu. Yang itu aku akan cerita panjang-panjang nanti. Boleh tunggu kan? 

p/s: baru nak ambil nafas sikit. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails