Thursday, June 16, 2016

Projek kad raya 2016

Assalamualaikum semua. 

Ada sesiapa nak kad raya lagi tak? Sekarang dah jarang orang hantar kad raya sebab semua itu dah diganti dengan kiriman ucapan melalui SMS atau Whatsapp. Senang dan ringkas. Tak perlu lagi nak beli kad raya dan pos di pejabat pos. 

Bagi aku, aku tak bolehlah. Aku masih nak teruskan tradisi bagi kad raya walaupun sambutannya dah kurang. Biarlah orang kata leceh atau susah, aku tetap nak bagi. 

Jadi kawan-kawan semua, kalau ada sesiapa yang sudi terima kad raya aku, silalah emel kan kepada mazuriah@gmail.com. Jangan lupa berikan nama dan alamat ya. Senang aku nak pos nanti. Ini terbuka kepada semua, termasuk yang ada di luar Malaysia. Jangan malu-malu tau. 

Ini juga tanda sayang aku kepada semua. Akak sayang semua terutama yang sudi baca blog akak ni. Auuww!! Retis lah sangat aku ni. Hahahha!!! 

Ok, selamat berpuasa kepada semua. Nak siap-siap pergi kerja. Bulan Ramadhan masuk awal 7.30 pagi sebab nak balik awal. Balik rumah nak masak juadah berbukalah katanya. 

p/s: rasa tahun ni ada lagi nak hantar kad raya kat aku tak? 


20 comments:

  1. selamat hari raya MAz..ehh salah! selamat berpuasa MAz..KAD RAYA? buatan sendiri ke beli ;p

    MESTILAH nak! ada alamat JM kan heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kad raya la
      tak pandai nak buat sendiri
      JM sudah pasti ada dalam senarai yg dapat kad raya saya nanti

      Delete
  2. JM ..tahun ni buat kad raya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buat lah kak Nieda...sibok heeee

      Delete
  3. betul kena teruskan tradisi.. hehehe.. CT suka gak kumpul. rasanya dari zaman skolah ada lagi kad dari kawan2 CT simpan.. tapi tahun ni xdan.. sibok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang kalau tak teruskan tradisi ni. Feeling dia lain kalau hantar kad raya ni.

      Delete
    2. ehehe kasi abam posmen keje extra before raya.. tolong hantar kad2 kite..

      Delete
  4. kawan2 yang hantar kad ke Penang memang xdan tngk lagi.. tapi mak dah simpankan..
    sebab CT dah lama x balik sana..

    ReplyDelete
  5. heee blog Kak Maz da masuk dalam bloglist 'Kaki Jalan' CT.. eheh teruskan berjalan ya =)

    ReplyDelete
  6. mazu....terima kasih kad raya dah dpat.
    selamat hari raya mazu.maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  7. mazu....terima kasih kad raya dah dpat.
    selamat hari raya mazu.maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited ya sampai 2 kali message. Hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails