Pada 16 dan 17 November aku dapat arahan untuk pergi ke Seminar Antarabangsa Komunikasi dan Budaya di Rantau Asia Tenggara: Evolusi Perkembangan dan Cabaran di UiTM Shah Alam. Damn! Dahlah aku seorang wakil department aku. Sure mati kutu aku kat sana nanti. Aku bukannya reti nak buat networking dengan orang luar. Aku kan pemalu orangnya. Hahaha...
Sampai di UiTM (masa batch aku panggil ITM), kagum gila! Bayangkan aku dah lama tak ke sana. Last time aku ke UiTM pada tahun 2003 masa kawan aku, Hanim konvo. Banyak bangunan baru dan aku hampir-hampir tak kenal.
Aku masih nampak School of Business, tempat aku belajar. Kolej Cempaka, tempat aku tinggal dulu. Waah semua tu kenangan lama yang tak mungkin aku boleh lupakan. Sungguh banyak kenangan manis masa aku study kat UiTM. Kalau lah aku boleh patah balik masa aku study kat UiTM, alangkah bagusnya.
Antara kenangan yang tak mungkin aku boleh lupa sepanjang kat UiTM masa kes Orang Minyak. Semua orang takut tidur seorang kat bilik termasuklah aku. Setiap hari ada sahaja orang perhati sebarang perubahan kat kolej. Manalah tau ada cop pangkah kat pintu, ada kesan tapak tangan dan banyak lagi. Aku ingat lagi, ada kakak tu nampak ada kesan tapak tangan kat bilik dia. Terus kakak tu tak nak stay kat bilik dia. Sanggup tidur kat bilik kawan sampai habis semester. Takut punya pasal. Kelakar je bila ingat balik. Apalah yang aku tau dulu..main ikut je. Orang kata betul, aku jawab betul. Bila kata salah, aku jawab salah. I am so naive!!! Sekarang? Nakal sikit je. Boleh kan??
p/s: apa cerita kawan ITM aku ya??
No comments:
Post a Comment