Friday, November 27, 2015

Projek tahun 2016

Ada sesiapa dah sambar tiket promosi Air Asia baru-baru ini? Aku setakat tengok je lah sambil-sambil tu pasang angan-angan nak pergi tempat idaman kalbu. 

Tapi sebenarnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dalam diam-diam sebenarnya dah ada 4 tempat nak dilawati tahun hadapan. Amik kau! Tamak sangat. 

Ke mana destinasinya? Cuba teka dulu. Ada siapa nak jawab? Nak bagi hint dulu ke? 

Tak sampai hati pula rasanya nak buat korang tertanya-tanya kan. Hintnya adalah:

1. Dalam Malaysia. Makcik-makcik sukalah ke sini sebab nak beli pyrex, corelle dan seangkatan dengannya. 

2. Siapa yang tahu kisah beca aku, mesti dah tahu jawapannya. 

3. Lokasi ini memang menjadi idaman dan pujaan hati aku dari dulu lagi. Di sinilah kisah cinta unggul Shah Jahan bersemadi. 

4. Aku nak letak gambar je. Cuba teka. Ihsan gambar dari Google. 



Rasa-rasanya boleh teka tak? Untuk buat lebih menarik dan tertarik, apa kata kalau aku beri hadiah istimewa kepada sesiapa yang berjaya jawab dengan tepat dan pantas. 

Aku akan ambil seorang pemenang istimewa. Pat patnya, siapa cepa dia punya! 

Ada berani?

p/s: nak kena cari tabung besar untuk kumpul duit ni. hehehe...

7 comments:

  1. Teka !
    1. Langkawi
    2.Vietnam
    3.Agra , india
    4.Australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat betul teka.
      Yeaah kita dah dapat pemenang.
      Tahniah!!!

      Delete
    2. jangan lupa beritahu nama & alamat ya
      emel kepada: mazuriah@gmail.com

      Delete
  2. Aikkk SS lambat teka... Tak dapat hadiah arr camni... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla..hadiah saguhati ada. Apa lagi bg la nama & alamat. Emel kat mazuriah@gmail.com

      Delete
  3. Yang dalam gambar tu Kat Perth Aussie... He He He..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails