Trip ke Bandung-Jakarta tinggal lagi 3 bulan lebih sahaja. Cepat betul masa berlalu.
Persediaan hotel dan pengangkutan di sana dah settle. Ya aku tahu..masih ada masa lagi nak survey tapi aku rasa pakej yang aku dapat boleh dikatakan memuaskan. Lagipun tak perlulah nak tinggal kat hotel mewah-mewah sangat. Cukuplah dapat lepas tidur dan mandi. Sudah pasti bukannya ada bilik sepanjang masa. Sibuk shopping lah katakan. Hehehe..
Ada perubahan tentang tentative yang aku tunjukkan hari itu. Tentative baru yang aku dapat ini, aku akan tambahkan 1 malam di Jakarta dan kurangkan 1 malam di Bandung. Biar kasi adil dan saksama. Cewaah.
Next entry, aku akan cuba letakkan tentative baru untuk rujukan semua. Ish dah tak sabar rasanya nak ke sana. Hmmm..tak tau berapa banyak duit aku kena bawa untuk belanja di sana. Aku dok berkira-kira berapa pasang kain nak beli ini. Alang-alang beli, buat sekali untuk pakai raya kan?
p/s: dah tak sabar nak ke Bandung-Jakarta
No comments:
Post a Comment