Tuesday, March 23, 2010

Corporate Finance Test


Baru-baru ini ada Corporate Finance test. Sabjek yang agak susah sebab banyak pakai pengiraan. Kalau miss 1 kelas, memang aku tak tau dah nak refer kat siapa. Sabjek ni memang kena betul-betul beri perhatian sepenuhnya walaupun kadang-kadang ada masa aku terlelap. Sampaikan kawan siap cuit aku, suruh bangun. Hahaha malu aku. 


Balik kepada cerita test tadi. Aku memang dah study tapi ada beberapa bab aku tak berapa mahir sangat. Jangan tak tau..Mr. X duduk sebelah aku masa test. Dalam hati rasa indahnya dunia. 

Masa aku tengah jawab test, tiba-tiba Mr. X bagi aku jawapan. Aku pun tak sangka Mr. X boleh buat macam tu. Agaknya tengok aku dok terkial-kial cari jawapan. Macamana ni? Perlukah aku ambil?  Tengok kiri kanan dulu..ok line clear. Cepat-cepat aku ambil jawapan Mr. X dan terus salin. Aku rasa rata-rata yang ambil test semua main tiru. Ada pula tu selamba salin bulat-bulat kawan kat belakang. Hmm..aku rasa lecturer tu pun faham yang kami semua ini bukannya teror sangat. Dia dulu pun student juga. Mesti dia pun tahu perangai dan kerenah student. 

Aku tak tahulah apa keputusan nanti. Harap semua ok. Aku rasa makin lama makin susah sabjek nak kena ambil dan makin singkat tempoh pengajian. Insya-Allah kalau semua ok, aku habis belajar tahun depan dan konvo di UUM pada tahun 2012. Yeaaah! Doakan untuk aku ya. 

p/s: rasa cepat masa berlalu. semester 3 dah nak habis. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails