Thursday, March 25, 2010

Apa sudah jadi?

Aku dapat tahu ramai kat opis aku dah tender resign. Kalau tak salah aku ada dalam 6-7 orang (yang aku tahu. yang aku tak tahu pasti ada punya) akan tinggalkan opis dalam masa terdekat ini. Dahlah tu, mereka ini ada yang dah kerja sini lebih daripada 5 tahun malah ada pula yang berpangkat tinggi. 

Kalau mereka dapat rezeki lebih baik, memang patutlah mereka terima tapi kalau keluar sampai ramai sangat ini..tak rasa musykil ke? There's must be wrong somewhere. Betul tak? Memang ramai yang tak puas hati dengan hal-hal pentadbiran opis dan nak ikutkan banyak cerita sensasi yang berlaku kat opis aku ni. Kalau aku cerita, memang panas seh! Silap-silap kena tangkap terus dikenakan tindakan dispilin. Mampus aku! Hehehe..

Plan aku biarlah aku stay dulu lagi 2-3 tahun. Insya-Allah masa tu MBA aku dah settle dan bolehlah aku cari peluang kerja lebih baik. Ini cuma plan aku sahaja. Belum pasti lagi sama ada aku akan buat atau tak. 

Aku bukan nak kata kerja kat sini tak bagus. Kemudahan? Memang banyak aku dapat, baik dari segi medical, computer loan, pembiayaan belajar dan banyak lagi. Selagi aku boleh bertahan, aku tahan.

p/s: cita-cita aku ingin membantu selagi mampu 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails