Pages

Tuesday, October 30, 2012

Teringin sangat

Tiba-tiba teringin nak makan....





























Meatball Ikea.

Aku rasa boleh dibilang berapa kali dalam setahun aku ke Ikea. Apa taknya, dari Bangi nak ke Ikea bukannya dekat. Sekali pergi, rasa jauh sangat. 

Kalau dapat peluang ke Ikea, perkara wajib aku buat adalah makan meatball . (terus ambil set 20 biji sebab selalu berebut dengan Hadi) Perrghh! Sedap gila. Tak tahulah bagaimana aku nak gambarkan betapa sedapnya.

p/s: karipap ikea pun sodap.

Saturday, October 27, 2012

Happy birthday to me

Eh! Aku dah umur 38 tahun? 

Ya aku tahu umur aku 38 tahun pada 25 Oktober 2012. Lagi 2 tahun nak masuk umur 40, the big FOUR ZERO. Macam tak percaya kan? Hehehe..

Tak ada sambutan hari jadi masa tu. Ingat lagi masa Sara pernah tanya berapa umur aku sebelum ini.

Aku: Umur Sara berapa tahun?

Sara: 7 tahun. Awong berapa tahun?

Aku: 38 tahun

Sara: Banyaknya. Mummy, umur Awong 38 tahun! (dengan nada suara tak percaya umur aku dah tua) 

Dahlah cakap kuat, habis semua orang tahu umur aku sebenar. Apalah Sara ni.  Buat malu aku je. 

Anyway, terima kasih atas ucapan hari jadi baru-baru ini. Aku sayang semua. Cewaah!

p/s: mengharap sangat orang tu wish birthday tapi tak dapat pun, uhuks!

Thursday, October 18, 2012

Mana duit aku? (part 2)

Sambungan daripada kisah homestay hari tu, aku masih tak puas hati. Marah aku belum reda lagi. Masih bengang dengan tuan punya homestay. Aku ni susah nak marah tapi kalau sekali aku dah marah, memang lambat nak reda.  Aku call banyak kali, langsung dia tak jawab. Aku terus sms dia:

"salam, boleh saya tahu apa masalah awak? kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan duit tu, sekurang-kurangnya inform saya dulu. saya boleh pertimbangkan bagi masa. ini tak cakap apa-apa, cuma janji nak bank in tapi sampai hari ini saya masih belum dapat duit saya balik. saya rasa tertipu. saya akan bawa kes ini ke tribunal tuntutan pengguna." 

Amik kau! Punyalah panjang aku sms dia. Kalau tak faham lagi, aku tak tahu nak cakap apa dah. 

Dia pun balas sms, "meeting". Oh, dalam meeting patutlah tak dapat nak jawab call aku. Aku masih tak puas hati sebenarnya jadi aku sms lagi:

"kalau susah nak bank in, kita jumpalah. stay kat seksyen 15 bandar baru bangi kan? hari-hari saya lalu situ." 

Atas usaha dan carian Google, aku baru dapat tahu yang dia tinggal di seksyen 15 Bandar Baru Bangi dan bukannya jauh pun dari rumah aku. Silap besarlah kau nak main-main dengan aku. Aku siap boleh cari dia sampai kat mana dia tinggal. Kau boleh lari daripada aku tapi kau tak boleh sembunyi daripada aku, ok. Hahaha!! (gelak macam orang jahat dalam drama TV)

Akhirnya barulah dia sms aku balik, "boleh tak saya bank in 31 oktober?" 

Laaaaaa...baru sekarang kau nak cakap bila kau nak bank in duit aku. Kenapa kau tak nak beritahu aku awal-awal? Tak perlulah aku mengamuk tak tentu pasal kat kau. Satu perkara lagi, kenapa kau nak bank in 31 Oktober? Kenapa kau tak boleh bank in awal lagi? Itu kan duit aku. 

Aku terus call dan nasib baik dia jawab. Apa lagi, aku terus marah kaw-kaw. Ingat aku main-main? Dia cuma gelak je. Kurang ajar kan? Aku tengah serius, dia siap gelak kat aku. Aku siap warning, kalau aku tak dapat duit aku pada 31 Oktober, aku cari dia sampai dapat. Peduli lah apa orang nak kata. Aku nak duit aku balik! 

Sekarang ni, aku tunggu sahaja sampai 31 Oktober. Kalau sampai 31 Oktober masih tak dapat duit aku, aku akan terus buat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Kau nak merayu lagi? No way man! 

p/s: sama-samalah kita tunggu. 

Monday, October 15, 2012

Mana duit aku?

Masih ingat lagi kisah homestay aku di Taman Teja, Changlun yang kena tipu? Ok, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk  di sini


Inilah homestay yang aku maksudkan. 

Penghuni homestay yang patut keluar, masih ada lagi masa aku sampai. 

Susulan kisah itu, aku cuba call dan sms tuan punya homestay untuk dapatkan balik duit deposit RM150 sebagaimana yang telah dijanjikan. Masalahnya, memang susah aku nak contact dia. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab telefon rosak? Dia sibuk sangat sampai tak dapat nak jawab call aku? Atau memang malas nak layan aku yang dah meroyan? 

Dah seminggu aku tunggu. Takkanlah susah sangat nak bank in duit aku. Segala maklumat bank aku, aku dah beritahu dia. Hari ini aku sms dia lagi. 

"salam. dah seminggu saya tunggu. tak ada respon apa-apa pun. harap dapat respon selewat-lewatnya esok 10am. jika tidak, saya terpaksa ambil tindakan undang-undang susulan."

Amik kau! Silap besarlah kau nak buat hal dengan aku. Ingat aku takut? Aku ada bukti yang mengatakan aku tak bersalah dalam kes ini. Aku bukan sahaja boleh tuntut gantirugi malah aku boleh beritahu yang emosi aku terganggu gara-gara tak dapat nak tinggal homestay. 

Tak sampai 5 minit, dia sms aku, "ok2. maaf. nanti i sms." Tahu pula dia  takut. 

Sekarang ini, aku tunggu sampai esok pagi sama ada dia dah bank in RM150 atau belum. Kalau tak, aku akan terus buat laporan polis. 

Nilai RM150 terlalu besar bagi aku dan sebab itu aku pastikan aku akan mendapat balik duit aku. Ini hak aku ok. Aku tak kira, aku nak duit aku balik!!

p/s: bengang gila kena tipu. 

Sunday, October 14, 2012

Selamat hari lahir Rohaizi

Aku tak akan lupa tarikh 14 Oktober setiap tahun. Nak tahu kenapa? Hari ini hari lahir Rohaizi yang ke-38. Dah tua kawan aku tu. Biarpun umur bertambah setiap tahun, hati masih muda kan? Betul tak? 

Aku doakan semoga dia dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. 

Inilah Rohaizi. Minta ampun aku ambil gambar FB dia. 

Pelik..aku selalu ingat tarikh lahir Rohaizi tapi tak pernah ucapkan sendiri kat dia sejak sekolah lagi. Malu kot? Aku nak sangat ucap sendiri depan dia tapi tak tahulah bila. Aku takut je nanti bila berdepan dengan dia, lidah aku kelu dan terus tak boleh kata apa-apa. Padan muka! 

p/s: semoga bergembira menyambut hari lahir Rohaizi. 

Wednesday, October 10, 2012

Perjalanan ke UUM

5 Oktober 2012

Perjalanan aku ke UUM bermula dengan menaiki keretapi bersama-sama ayah di Sentral Kuala Lumpur pada 4 Oktober yang lalu. Keretapi bergerak dari Sentral Kuala Lumpur pukul 9.20 malam dan sampai ke stesen keretapi Arau pada pukul 8 pagi. Sepanjang aku dalam keretapi, aku tidur dan kadang-kadang tersedar juga bila keretapi berhenti lama di Bukit Mertajam untuk tukar kepala keretapi. 

Ini rupa katil aku. 

Keadaan di dalam keretapi. 

Sampai di stesen keretapi Arau, hujan lebat pagi tu. Dahlah stesen keretapi dalam proses ubahsuai lagi buatkan aku rasa tak selesa. Ditambah pula orang yang datang ambil kami datang lewat. Bayangkan pukul 9.30 pagi baru sampai gara-gara salah faham antara tuan punya kereta sewa dengan orang yang hantar. Angin satu badan dibuatnya. Baru sampai je, dah tak best. Dapat sahaja kereta sewa, terus ke UUM untuk urusan ambil jubah. Nasib baik tak ramai orang lagi jadi cepatlah selesai. 

Lepas tu, kami terus ke Homestay di Taman Teja untuk check in. Dipendekkan cerita, orang yang tinggal sebelum kami tak keluar lagi. Bengang gila beb. Kau dah tahu aku nak masuk, sepatutnya clear lah. Aku datang jauh-jauh tapi ini yang jadi. Apalah nasib aku kali ini. Serba tak kena dibuatnya. 

Nasib baik jiran sebelah homestay tu ada tawarkan rumah untuk kami bermalam. Rumahnya agak jauh sedikit. Aku dah tak kisah lagi yang penting malam tu, aku dapat tidur. Rumah tu kami tinggal 1 malam je sebab malam esoknya dah ada orang lain nak masuk. 

Homestay yang kami tinggal. 

6 Oktober 2012

Check out dari homestay dan singgah sekejap rumah besan ayah di Felda Laka. Apa lagi, ayah pun mengadu apa yang berlaku kepada kami sepanjang kami berada di sana. 

Kalau dibuatnya hari tu aku tak dapat nak tempat tinggal, aku nak je bermalam kat masjid. Kalau aku seorang, aku ok je tapi aku sebenarnya risau juga sebab keluarga adik aku akan datang dan mana aku nak letakkan dia orang semua tu? Alhamdulillah besan ayah telah menawarkan tinggal di rumah sewa adik ipar aku di Taman Teja. Fuuh lega! 

Tengahari pula aku dapat jemputan makan tengahari di rumah kawan aku, Zaki. Aku dah lama tak jumpa Zaki. Kali terakhir aku jumpa, semasa kami sama-sama tingkatan 5. Hmmm berapa tahun dah tu? Mahu 21 tahun beb! Lama gila. Jumpa balik di Facebook. Kebetulan aku ada konvokesyen di UUM, terus dia nak jumpa aku. 

Zaki sediakan makanan istimewa untuk kami. Terima kasih. Sedap! Kenyang aku dibuatnya. Moga dimurahkan rezeki kawan aku ni. 

Destinasi seterusnya ke Pendang untuk bertemu dengan kawan sekolah ayah pula. Mulalah mengimbas kenangan lama-lama zaman sekolah dulu. Alamak dah jadi macam sesi menjejak kasih pula. Hehehe.. Aku lupa nak ambil gambar ayah dengan kawan dia. 

Sebelum kembali semula ke Changlun, singgah sekejap di Alor Setar. Alang-alang sampai sana, kenalah naik Menara Alor Setar. Untuk naik Menara Alor Setar, jumlah tiket yang perlu dibayar adalah RM8 untuk seorang. Ada disediakan restoran untuk makanan buffet tapi aku tak pasti berapa pula harga tiketnya. 




Sampai juga ke Menara Alor Setar. 

Pemandangan dari atas Menara Alor Setar. 

7 Oktober 2012

Acara kemuncak! 

Acara konvokesyen aku. Sebelum pukul 7 pagi aku dah berada di Dewan Tan Sri Osman (TSO). 
Suasana pagi di TSO.

Katanya ada sedikit taklimat sebelum majlis konvokesyen bermula. Sempatlah jumpa kawan-kawan 1 kelas MBA dulu tapi sayang aku tak dapat jumpa Mr. X. Selesai taklimat, mulalah beratur dan beredar ke Dewan Muadzam Shah untuk majlis konvokesyen. Tiba-tiba aku nampak Mr. X sempat lambai tangan kat aku. Waaah!! Sukanya aku. Lepas juga rindu aku kat dia. Hehehe..


Suasana dalam Dewan Muadzam Shah. 

Hey..nama aku dalam skrin TV. 

Selesai majlis konvokesyen, jumpa lagi kawan lama. Yang ini lagi lama. Apa taknya, kali terakhir aku jumpa dia masa darjah 6. Mahu 26 tahun tak jumpa beb. Orang yang aku maksudkan namanya ialah Faisal yang bertugas sebagai pensyarah di UUM. 

Faisal sebenarnya pernah tinggal di hadapan rumah aku sekitar tahun 1985-1986 dan selalu bermain sama-sama masa sekolah dulu. Aku ingat lagi, dia selalu main piano. Rasa-rasanya kalau minta Faisal main piano, boleh lagi tak?

Bersama-sama Faisal. Glad to meet you again! Harapnya tak perlulah kita tunggu 26 tahun lagi nak jumpa balik. 

Majlis konvokesyen dah selesai, bersiap-siap untuk balik ke Bangi. Sebelum balik ke Bangi, singgah sekejap di Kedai Kak Su Laksa terletak di Kuala Perlis. Kedai yang sohor dengan laksanya. Bayangkan kedai tu cuma jual laksa dan pulut panggang udang sahaja. Dah boleh maju! 


The best laksa in town. Ini laksa special harga RM4 sepinggan. 
  
Jangan main-main. Herman Tino pun dah sampai makan di kedai Kak Su Laksa. 

Selepas makan laksa, perjalanan seterusnya balik ke Bangi. Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Kalau ada rezeki boleh pergi ke UUM lagi. Manalah tahu, satu hari nanti aku sambung buat DBA pula. InsyaAllah kalau ada rezeki. 

p/s: teringat kenangan di UUM pada tahun 1999. 

Monday, October 8, 2012

UUM - snapshot

Alhamdulillah. 

Aku selamat kembali dari perjalanan ke UUM untuk majlis konvokesyen. Banyak kenangan suka, sedih dan banyak lagi sepanjang aku berada di sana. Nanti aku sambung lagi cerita aku di sana. Tunggu ya. 

Di sini aku ingin kongsikan serba sedikit apa yang aku buat di sana. 

Sempat singgah di Menara Alor Setar. 

Dalam Dewan Muadzam Shah.

Selepas upacara majlis konvokesyen. 

The best laksa in Kuala Perlis. 

p/s: rasa nak sambung DBA pula. 

Monday, October 1, 2012

Cara untuk dapatkan tiket murah Air Asia

Ada cara senang nak cari tiket murah Air Asia. Tak perlu terkial-kial nak cari setiap tarikh atau bulan untuk dapatkan harga tiket murah. Nak tahu apa dia?

Sila klik kat Fleapy

Mudah sahaja dan ini langkah-langkahnya:


Pilih destinasi yang dituju.

Selepas itu akan keluar senarai harga tiket. Pilihlah harga yang paling murah dan rancang bila nak bercuti.

Dah pilih tarikh dan masa, website ini akan terus sambung ke website Air Asia. 


Teruskan untuk pembayaran. Dapatkan pengesahan tiket dan bolehlah bercuti.

Bagaimana? Dah ada rancangan nak ke mana-mana? Tahun 2012 tinggal beberapa bulan je ni. Sesiapa yang masih ada banyak cuti tahunan, bolehlah  merancang perjalanan. Dengan bantuan website ni, bukan sahaja mudah malah menjimatkan masa. Apa lagi, mari bercuti. 

p/s: tunggu bonus masuk, baru seronok bercuti. 

Persediaan ke UUM

Baju - siap
Kasut - siap
Tiket keretapi ke Arau - siap
Kereta sewa - siap
Homestay - siap
Yuran jubah konvo - siap

Tak sabar rasanya nak ke UUM untuk majlis konvokesyen. Ish lama dah aku tak naik pentas ni. Rasa berdebar-debar pula. 

p/s: cuti dah approved 4-8 Oktober. yeaah!