Pages

Thursday, January 31, 2013

Terjebak online shopping

Susah betul kalau dah terjebak dengan online shopping ni. Baru tadi dah sampai make up aku beli hari tu tapi aku ni bukannya kaki make up. Kalau pakai pun, ikut mood je. 

Inilah dia make up baru beli.  

Kasi zoom sikit make up yang pernah aku cuba buat dulu. Ok tak?

p/s: berangan nak jadi make up guru macam Michelle Phan. puuihh!

Friday, January 25, 2013

Jalan-jalan di Bangkok - hari keempat

Hari terakhir di Bangkok sekadar nak menghabiskan duit baki baht yang tinggal 1,000 baht. Sebelum nak jalan, check out dulu lagipun takkanlah aku nak bawa beg besar sekali? 

Masih awal lagi ni. Rasanya sempat nak jalan-jalan dan aku bercadang nak ke Platinum Mall. Platinum Mall ni lebih kurang macam Kenanga Warehouse Centre tapi lagi besar. Untuk ke sana aku tanya receptionist hotel dan dia mencadangkan untuk turun di BTS Chit Lom dan dari situ, boleh ambil tuk tuk atau kalau nak jalan kaki sahaja. 

Sampai di BTS Chit Lom, ingatkan dekat tapi jauh gila. Ada dalam 1.2km rasanya aku jalan dan bila aku sampai di Platinum Mall, habis 1 badan aku berpeluh. Platinum Mall ni ada 3 bangunan yang setiap mempunyai 7 tingkat. Boleh bayangkan tak betapa besarnya. Di sini aku cuma beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Ingat lagi tak jam dinding aku hari tu? Kat sini harga lagi murah! Aku dapat tahu harganya cuma 1,000 baht. Beza 500 baht tu! Aduh rugi aku tapi nak buat macamana kan? Bukan rezeki aku.

Sebelum aku pulang ke hotel, aku singgah surau yang terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2 untuk mengerjakan solat jamak zohor dan asar. Aku sangat kagum dengan suraunya bersih macam berada di hotel. Timbul rasa malu sebab Thailand bukanlah sebuah negara Islam tapi mampu mempunyai kemudahan surau yang jauh lebih baik dari negara kita. 

Ruang solat. Kecil tapi bersih.

Ruang mengambil wudhuk. 

Selepas solat, terus balik ke hotel tapi bila nampak tuk tuk beratur depan Platinum Mall, ingat nak cuba naik. Dari Platinum Mall ke BTS Asok bayar 200 baht. Perggh laju. Yang tak tahan tu, siap boleh main ciluk kiri kanan lebih-lebih lagi di kawasan kesesakan jalanraya. 

Muda lagi pemandu tuk tuk ni. 

Dalam perjalanan ke hotel, singgah sekejap beli roti canai. Selalu nampak kakak ni jual roti canai kat situ tapi baru inilah aku nak beli. Dahlah tengah lapar ni, lebih baik aku beli dulu buat alas perut. Aku pun beli 1 roti telur dan 1 roti telur letak pisang dengan harga 45 baht.

Kakak ni seorang jaga kedai. Steady kak. 

Nampak tak tanda halal?

Nasib baik aku dah check out awal dan tak perlu lagi aku nak kemas barang. Terus ambil teksi yang ada di depan hotel sebab flight pukul 4.20pm. Mahal juga teksi ni caj ke airport (dalam 500baht) tapi malas nak fikir panjang lagi dan yang penting selamat sampai ke airport. 

Sampai di airport, urusan check in berjalan dengan lancar. Beg aku lagi sikit nak kena lebih muatan. Fuuuh! Lega. 

Tiba-tiba aku nampak ramai orang ambil gambar di skrin. Apa hal ambil gambar ramai-ramai ni? Ooohh, rupa-rupanya dia orang ambil gambar kat skrin seolah-olah berada di luar negara. Gambar latar belakang itu sentiasa bertukar. Masa aku ambil gambar, gambar latar belakangnya di Jepun dan sebelum ini di London. Apa kata korang tengok sendiri gambar ni. 

Suka hati kita nak posing macamana. Nanti gambar kita akan keluar di skrin. 

Cewaah! Berangan kejap konon-konon berada di Jepun. 

Ok dah cukuplah. Dah tak ingat nak balik ke? 

Dah final call tu. Selamat tinggal Bangkok. 

p/s: rasa macam nak ke Bangkok lagi lah. 

Wednesday, January 23, 2013

Jalan-jalan di Bangkok - hari ketiga

Sambung lagi cerita di Bangkok. Seawal 6.20 pagi dah di lobi hotel sebab nak ke Damnoen  Saduak Floating Market. Urusan pakej ini aku dah lama uruskan sebelum aku bertolak ke Bangkok lagi dan harga untuk seorang ialah RM40. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Bangkok untuk sampai ke sana. Sebelum sampai ke sana, van yang membawa kami kena ambil juga orang lain. Ramai juga yang bersama-sama naik 1 van dengan kami. Ada yang dari Singapura, India dan Switzerland. 

Untuk pengetahuan semua, floating market ni buka hanya waktu pagi sampai pukul 11 pagi dan sebab itulah kami terpaksa keluar awal. Untuk sampai ke kawasan floating market pula, kita kena naik bot dulu. Sepanjang perjalanan ke kawasan floating market, bot yang membawa kami melalui kawasan perumahan dan sempat juga aku nampak ada orang sedang cuci pinggan masa tu. 

Siap sedia naik bot. Takut sebenarnya.  

Melalui kawasan perumahan. 

Ok, dah sampai kawasan floating market. Sila turun ya.  

Di kawasan floating market ni dah ada bangunan tetap tempat jual beli barang. Kita boleh membeli barang-barang di sini tapi kalau nak rasa jual beli atas sampan, kena naik sampan lain pula. Yang itu kena bayar 150 baht dan bolehlah kita merasai sendiri pengalaman jual beli atas sampan. Baru mencabar namanya. Aku tak ambil pun sebab takut, manalah tahu dibuatnya aku jatuh masuk sungai. Hehehe..

Nampak tak ada orang dayungkan sampan tu? 

Di sini aku tak ada apa-apa yang menarik. Barang yang dijual pun lebih kurang sama macam di Chatuchak Weekend Market tapi kan..aku terbeli jam dinding besar dengan harga 1,500 baht. Padan muka aku. Aku pun tak tahu kenapa aku beli. Geram kot dengan jam dapur di rumah asyik tukar bateri sahaja. Bila ada di sana, jangan lupa beli gula-gula kacang untuk dijadikan ole-ole dibawa pulang. Sedap sangat. Menyesal aku tak beli banyak.

Pakcik ini lah yang jual gula-gula kacang sedap tu. Harganya 100 baht untuk 3 bungkus. 

Pukul 11 pagi kumpul balik dan menuju ke Perkampungan Gajah. Ini adalah sebahagian pakej perjalanan ke sana. Tak ada sesiapa pun dalam kumpulan kami yang berminat nak naik gajah tu. Kalau nak naik, bayarlah 150 baht tapi aku ambil gambar gajah pun jadilah. Buat syarat dah sampai. 

Siapa nak naik gajah? 

Selamat datang ke Perkampungan Gajah. 

Seterusnya kami dibawa ke pusat kraftangan. Di sini ditunjukkan cara-cara mereka mengukir kraftangan. Memang halus kerja mereka. 

Hasil kerja mereka. Sangat terperinci. Kagum aku. 

Gajah ni pun. Macam betul-betul kan?

Di sini jangan lupa untuk mencuba roti canai Thailand. Kalau di sini roti canainya dimakan bersama-sama kuah kari atau kuah dal tapi di sana, dijadikan sebagai pencuci mulut. Apa taknya roti canai mereka dimakan  dengan pisang, coklat, gula atau susu pekat manis. 

Roti canai dengan pisang dan coklat. Harga 50 baht. 

Sama sahaja cara buat roti canai sini, tebar dulu. 

Pukul 12 tengahari, van bawa kami balik ke hotel dan lebih kurang pukul 2 petang sampailah kami di hotel. 

Inilah tour guide kami, namanya Po yang fasih berbahasa Inggeris. Handsome pula tu. 

Next trip ke Siam Ocean World dan 4D Theatre yang terletak di Siam Paragon. Tiket ke sana aku dah beli melalui Streatdeal.my dengan harga RM55. Untuk ke sana, senang sahaja. Dari BTS Asok terus ke BTS Siam tapi aku nak makan dulu. Lapar ok. Jadi aku mengambil keputusan untuk makan di MBK Centre dan untuk ke sana kena turun di BTS National Stadium. 

Konsep MBK ini sekali pandang macam BB Plaza tapi lagi besar! Banyak kedai jual macam-macam tapi tak beli apa-apa pun. Di MBK juga, aku dapat tahu ada kedai makan halal yang terletak di tingkat 5. Nama kedai tu ialah Yana Restaurant. 

Tomyam seafood yang sedap. 

Nasi goreng udang pun sedap. 

Memang aku berpuas hati makan di sini. Harganya agak mahal. Bayangkan makan untuk 2 orang, harga dalam 630 baht. Yang penting sedap! Recommended untuk makan di sini dan jangan lupa untuk mencuba tomyam seafood. 

Perut  dah kenyang, kena jalan lagi untuk ke Siam Ocean World di Siam Paragon. Tak jauh pun dari MBK, jalan sekitar 10-20 minit dah sampai. Siam Ocean World ini lebih kurang macam Aquaria di KLCC (aku  sebenarnya belum sampai ke sana lagi). Dikatakan akuarium bawah tanah paling besar di Asia Tenggara dengan memiliki lebih daripada 30,000 spesis binatang. Memang besar pun dan paling aku kagum bila masuk terowong akuarium. Perrghh dasyat!

Besarnya ikan dia. 

Lepas tu, ke 4D theater tengok cerita kartun selama 20 minit dan pada masa sama dapat merasai aksi-aksi dalam cerita tu. Sesuai untuk bawa anak-anak tengok sekali. Hadi dan Sara mesti suka tengok nanti. 

Dah tak ada apa-apa aktiviti lagi, terus balik ke hotel. Esok dah nak balik Malaysia. Rasa kejap je ada di Bangkok.

p/s: sambung hari terakhir di Bangkok. 

Sunday, January 20, 2013

Jalan-jalan di Bangkok - hari kedua

Aku sengaja pilih hari minggu untuk ke Bangkok sebab nak ke Chatuchak Weekend Market yang buka pada hari Sabtu dan Ahad. Kawasan dia sangat besar sampaikan aku boleh sesat nak cari jalan keluar. Untuk ke Chatuchak Weekend Market memang senang. Dari BTS Asok terus ke BTS Mo Chit dengan tambang 40 baht dan keluar je BTS Mo Chit jalan terus 100 meter dah boleh nampak kawasan Chatuchak Weekend Market. 

Bila sampai di Chatuchak Weekend Market dalam pukul 9am lebih, rupa-rupanya banyak lagi kedai yang tak buka. Sambil nak menunggu kedai buka,  kita makan dulu. Untuk cari kedai makan halal, tak jadi masalah sebab kat situ ada beberapa gerai yang mejual makanan halal. InsyaAllah bila nampak tanda halal, kita boleh makan.

Banyak kedai yang tak buka lagi.


Kedai jual kebab. Sedap. 


Kedai makan halal. 

Lama juga aku pusing-pusing sekitar Chatuchak Weekend Market. Macam-macam ada jual di sana. Sebut apa sahaja, semua ada daripada baju, makanan, hiasan rumah, binatang peliharaan dan banyak lagi. Pukul 1pm kami keluar tapi sebelum sampai ke hotel, nak cari kedai makan. Aku ada baca blog, di kawasan Ratchathewi banyak kedai makan halal. Aku ingat nak cuba makan terutamanya tomyam. Tak sah kalau sampai di Bangkok tak makan tomyam kan? 

BTS Mo Chit. 

Untuk sampai ke Ratchathewi, ambil BTS Mo Chit ke BTS Ratchathewi dengan tambang 25baht. Keluar sahaja BTS Ratchathewi, jalan sekitar 10-15 minit  dah jumpa kedai makan Mak Yah. Memang famous kedai ni sebab dah keluar beberapa kali kat TV dan surat khabar. 

Bersama-sama tuan punya kedai Mak Yah.


Kedai kecil tapi selesa.


Depan kedai Mak Yah. 

Aku order tomyam seafood dengan phad thai (kuew tiow goreng siam). Ya Allah pedasnya makanan dia sampai aku tak habis makan. Aku rasa makanaan dia overated sebab bagi aku biasa-biasa je. Lepas makan, terus balik hotel dan tidur. Panas sangat kat Chatuchak Weekend Market sampai aku tak larat nak jalan lagi. Ikutkan plan asal pada hari kedua nak ke Grand Palace tapi tak jadi. Nampaknya Grand Palace kat bilik je lah jawabnya. Hehehe..

Hasil tangkapan di Chatuchak Weekend Market.

Pukul 6pm, jalan-jalan di Terminal 21 Mall yang terletak dekat dengan hotel. Cuma jalan kaki seberang jalan 15 minit dah sampai. Aku dapat tahu Terminal 21 Mall ni baru buka. Yang best kat sini, setiap tingkat ada tema sendiri contohnya tema Istanbul, Tokyo, San Francisco dan banyak lagi.  


Istanbul.

London.


San Francisco.

Di tingkat 5 ada food court yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan Alhamdulillah ada 1 kedai makanan halal. Harganya boleh tahan dan sedap. 

Nasi kuning rasa macam nasi beriani dengan ayam goreng harga 30baht.


Air jus buah campur harga 35baht.

Suasana food court.

Perut dah kenyang, mata dah mengantuk..balik hotel dan tidur. Esok sambung perjalanan lagi. Ke mana? Tunggu!!

p/s: sambung hari ketiga. 

Saturday, January 19, 2013

Jalan-jalan di Bangkok-hari pertama

Rancangan ke Bangkok bermula dari tahun lepas lagi. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke Bangkok begitu juga dengan kawan aku, Shazwani. Untuk megetahui lebih lanjut tempat-tempat menarik di sana, aku banyak tanya pendapat orang dan pada masa yang sama sempat lagi aku survey blog yang pernah ke Bangkok. 

Pada 12 Januari, penerbangan kami ke Bangkok pada pukul 2.40pm dan sampai di Bangkok pada pukul 3.40pm (Bangkok lambat sejam). Sampai di airport Don Mueang ambil teksi dan terus ke Tune Hotel. 

Ada masalah sikit sebab pemandu teksi tak berapa tahu di mana letaknya Tune Hotel. Bila aku nak terangkan, dia pula tak berapa faham Bahasa Inggeris dan aku pula tak terlintas nak print siap-siap peta Tune Hotel. Apa lagi, aku cepat-cepat google peta Tune Hotel dan nasib baik jumpa. Fuh! Lega. 

Tune Hotel, Asoke Bangkok.

Bilik di Tune Hotel. 

Nasib baik urusan check in tak mengambil masa yang lama. Lepas letak barang, terus keluar dan cari pengangkutan ke Thailand Culture Centre untuk menyaksikan persembahan Siam Niramit. Kebetulan pengangkutan awam dekat dengan hotel, cuma jalan kaki 5-10 minit dah sampai stesen keretapi (BTS) Asok. BTS sini tinggi-tinggi belaka dan tak banyak yang ada eskalator. Habis goyang lutut aku dibuatnya bila nak mendaki tangga BTS. (tanda-tanda aku dah tua)

Perjalanan cuma mengambil masa dalam 15-20 minit dan keluar di pintu 1. Keluar sahaja, dah ada van tunggu untuk dibawa ke Thailand Culture Centre untuk menyaksikan persembahan Siam Niramit. Persembahan bermula pada pukul 8pm dan memandangkan aku dah beli tiket siap dengan makan buffet, kita makan dulu. 

Ramai orang asing yang tengok. 

Sedap, rasa macam bubur cha cha. 

10 minit sebelum persembahan mula, kami pun gerak ke dewan. Sebarang kamera dan alat perakam video tak dibenarkan bawa masuk. Siap ada orang periksa beg untuk pastikan tak ada sebarang kamera atau alat perakam video dibawa bersama-sama. Kalau ada kamera atau alat perakam video, disuruhnya simpan dulu di peti simpan. Kalau tak, tak boleh masuk! Ketat peraturan. 

Persembahan Siam Niramit berlangsung lebih kurang 2 jam dan apa yang aku dapat katakan, memang superb! Nak banding persembahan Istana Budaya, memang jauh beza macam langit dan bumi. Siap ada gajah lalu, ada penari terbang-terbang dan banyak lagi. Kalau ada peluang ke Bangkok, saksikan persembahan tu. Aku beli tiket ni pun sebab ada tawaran di Streetdeal.my dengan harga RM115 (tiket, return transfer dan buffet makan malam). Kalau ikutkan harga asal, memang mahal. 

Habis sahaja persembahan, sempat lagi aku bergambar dengan pelakon-pelakon yang ada. Comel sangat dia orang ni. 

Bersama-sama pelakon/penari yang ada tunggu di luar dewan.

Selesai bergambar, ada van tunggu untuk hantar ke hotel. Sampai di hotel, terus tidur dah tak ingat apa-apa lagi. Esok bangun awal sebab nak ke Chatuchak Weekend Market. 

p/s: sambung hari kedua. 

Friday, January 18, 2013

Aiskrim kelapa di Bangkok

Apa yang aku suka pasal Bangkok? Sudah pasti makanannya terutama aiskrim kelapa. Boleh dikatakan sepanjang aku berada di Bangkok, aku mesti makan aiskrim kelapa. Sedap sangat!! Harga pun tak mahal, lebih kurang dalam 20-30 baht sahaja. Nak tahu rupa aiskrim kelapa di Bangkok?


Aiskrim kelapa di Damnoen Saduak Floating Market harga 30 baht. 

Aiskrim kelapa di Chatchuchak Market harga 25 baht. Bawah tu air kelapa muda.

Aku boleh jadi ketagih makan aiskrim kelapa dan kalau boleh rasa nak makan hari-hari. Sesiapa yang bercadang ke Thailand, mesti cari aiskrim kelapa. Rasa lemak manis dan ditambah dengan isi kelapa muda. Perrghh! Marvelous I tell you. 

p/s: peminat aiskrim tegar

Thursday, January 17, 2013

Bangkok snapshot

Abang, mainlah lagi. Jangan merajuk pula. 
(Terminal 21 Mall)

Masak asam pedas pun sedap ni. 
(Siam Ocean World)

Suasana sesak jual beli. 
(Damnoen Saduak Floating Market)

Tak lengkap rasanya kalau ke Bangkok tak makan tomyam. 
(Yana Restaurant, MBK)

p/s: nak kena susun balik gambar.