Pages

Friday, May 31, 2013

Day 3: Hong Kong

Pagi-pagi lagi dah bersemangat bangun untuk meneruskan perjalanan ke The Peak. Apa yang istimewa The Peak ni? Untuk pengetahuan semua, di The Peak ni kita boleh merasai pengalaman melihat pemandangan Hong Kong 360 darjah. Untuk sampai ke The Peak, ambil MTR (subway di Hong Kong) dan keluar di stesen Central dan kemudian ambil bas no. 15C untuk sampai ke destinasi. Oleh sebab masa sampai tak nampak bas no. 15C, kami mengambil keputusan untuk jalan kaki ke The Peak. Mak ooi! Tingginya bukit nak kena daki. Habis keluar segala peluh di badan sehingga basah lencun dibuatnya. 

Sampai The Peak, ada disediakan tram untuk sampai ke puncak. Untuk pengetahuan semua, tahun ini adalah ulangtahun yang ke-125 penubuhan The Peak. Sejarah asal The Peak boleh lihat di sini. Kalau di Malaysia lebih kurang macam Bukit Bendera, Pulau Pinang tapi yang ini lagi tinggi dan curam. Harga tiket return tram dan sky terrace adalah $HK75. 

Suasana dalam tram. 

Sampai je di  puncak, tempat yang aku cari ialah Madame Tussauds dan harga tiket masuk adalah $HK190. Di sini terdapat patung lilin artis, ahli sukan, ahli politik dan ramai lagi. Nak tahu siapa pujaan hati akak? Sudah pasti Johnny Depp!! Aku memang sengaja ambil gambar banyak-banyak dengan Johnny Depp dan kalau aku tunjuk semuanya, pasti korang muntah darah  melihatnya. Jadi biarlah gambar aku dengan Johnny Depp menjadi tatapan aku sahaja. Hehehe.. Ini adalah antara selebriti yang dapat aku kongsi bersama-sama. 

Michelle Yeoh 

Mahatma Gandhi 

Leon Lai 

Marilyn Monroe

Anita Mui

Selesai bergambar di Madame Tussauds, aku terus ke Sky Terrace untuk melihat pemandangan keseluruhan Hong Kong dari puncak. Sayang masa aku sampai, kabus tebal jadi tak dapat nak tengok Hong Kong secara jelas. 

Sayang, tak nampak apa-apa sangat sebab kabus tebal. 

Aku rasa tak lama berada di The Peak sebab nak pergi ke Ngong Ping. Turun sahaja dari puncak, tunggu bas untuk membawa kembali stesen MTR Central. Nasib kami baik sebab tak lama lepas tu, bas pun sampai. Istimewa bas ni ialah bas ni ialah di tingkat atas memang terbuka. Mula-mula aku malas nak naik tapi tengok semua dah naik, aku pun naik sekali. Best sangat. Apa taknya, dapat melihat sekitar bangunan dengan lebih jelas. 

Yeaah, muka sangat suka dapat naik bas.

Untuk ke Ngong Ping, naik MTR dan keluar di stesen Tung Chung. Apa yang ada di Ngong Ping ni? Di sini terletaknya patung Buddha yang sangat besar. Nak ke sana kena naik cable car. Ada 2 pilihan cable car sama ada nak yang cabin standard atau cabin crystal. Bezanya yang standard tu lantai tertutup tapi yang crystal lantainya terbuka. Bila dah terbuka, maknanya boleh melihat apa sahaja di bawah. Kalau yang gayat, tak payahlah ambil crystal. Pilihan aku? Sudah pasti yang crystal. Mula-mula naik ok lagi tapi bila semakin tinggi, gayat juga. Harga tiket return cabin standard ialah $HK135 dan cabin crystal ialah $HK213. 

Cuba cari yang mana kaki aku. Nampak tak laut di bawah? 

Dalam cabin crystal. 

Sampai di puncak, perut minta diisi. Jangan risau. Di sini ada disediakan kedai makanan halal. Apa-apa pun kita makan dulu. Aku order kebab campur ayam dan kambing. Boleh tahan rasanya. 

Kaunter order dan bayar. 

Kebab campur ayam dan kambing harga $HK72.

Inilah nama kedai makan halal yang ada. 

Aku tak larat nak daki bukit dan tangga untuk sampai ke patung Buddha besar tu. Cukuplah aku ambil gambar dari jauh. Di sini juga ada diletakkan contoh cabin cable car dari pelbagai negara seperti China, Perancis, Sepanyol dan banyak lagi. 

Jauhnya patung Buddha tu. 

Aku tak pasti keluar dari Ngong Ping pukul berapa sebab masa tu tumit kaki aku dah sakit sangat. Nak jalan pun perlahan je. Seterusnya kami ke Avenue of Star untuk melihat kesan tapak tangan artis-artis Hong Kong yang terkenal dan pertunjukkan pancaran simfoni cahaya laser. Untuk ke Avenue of Star, naik MTR dan keluar di stesen Tsim Sha Tsui. 

Gambar wajib ambil di Avenue of Star. 

Tak salah aku, setiap malam pukul 8pm ada pertunjukan pancaran simfoni cahaya laser di Avenue of Star. Memandangkan kami sampai awal, lepak dulu sambil ambil gambar. 

Ada 1 insiden syahdu berlaku sementara menunggu pukul 8pm. Ada seorang gadis duduk berdekatan dengan aku asyik menangis sambil pegang telefon bimbit. Kalau sekejap tu, aku tak kisahlah tapi ni berlarutan sampai 1 jam. Mula-mula menangis kemudian berhenti. Tak lama lepas tu menangis balik. Aku dan kawan aku buat andaian ini mesti kes gaduh atau putus dengan boyfriend. Suka hati aku je kan? 

Tepat pukul 8pm mulalah pertunjukkan cahaya laser yang memancar di bangunan yang terletak di seberang Avenue of Star. Aku membayangkan pertunjukkan hebat dengan bunga api tapi aku kecewa sebab jauh sekali berbeza. Bagi aku biasa-biasa sahaja dan kebetulan masa tu pula ramai orang, pening aku dibuatnya. Selesai sahaja pertunjukkan simfoni cahaya laser, aku mengambil keputusan untuk balik ke hotel manakala kawan-kawan aku yang lain bercadang untuk jalan lagi ke Temple Market. Sampai sahaja bilik, aku terus baring sebab kaki aku sakit sebab jalan lama. 

p/s: sambung lagi hari keempat pula ya.

Thursday, May 30, 2013

Day 2: Macau-Hong Kong

Pada hari kedua selepas check out bilik, kami meneruskan perjalanan ke Venetian dan City of Dream. Katanya di Venetian letaknya casino yang sangat besar dan selain daripada itu ada pemandangan seolah-olah berada di Venice sebab ada gondola. Untuk ke sana memang tidak menjadi masalah sebab ada disediakan banyak bas shuttle percuma. Dari hotel, kami bergerak ke Ponte 16 Resort untuk mengambil bas shuttle percuma ke Gongbei Boarder dan dari Gongbei Boarder tukar bas shuttle lagi ke Venetian. 

Sampai sahaja di Venetian, semua orang terpesona melihat kecantikan hiasan dalaman seperti berada di Venice. Kalau sesiapa yang pernah tengok rancangan Destinasi Cinta Bersama AirAsia dengan artis jemputan Sazzy Falak mesti tahu maksud aku. Mari aku tunjukkan sedikit pemandangan di Venetian. 



Cantik tak? Jangan terpedaya dengan awan tu sebab itu sebenarnya adalah siling. Macam betul-betul awan kan?


Macam di Venice kan?


Tak lupa juga di Venetian terletak casino yang paling besar di Macau. Aku sempat lalu je. Tak berani aku nak main. Gila kau! Ini pun aku curi-curi ambil gambar. Yang ini baru sebahagian kecil je. 


Selepas itu, kami ke City of Dream yang terletak bersebelahan dengan Venetian. Sepanjang perjalanan ke City of Dream, terdapat banyak bangunan yang tinggi macam berada Las Vegas. Kalau pergi sebelah malam, pasti lagi meriah dengan kilauan bintang. 






Sampai di City of Dreams, ada kawan nak cari baju Hard Rock Cafe. Alang-alang sampai sana, aku pun rembat 1 fridge magnet yang boleh tahan mahal harganya. Sekadar nak buat kenangan, rasa tak salah kan. Hehehe.. Di Hard Rock Cafe, sempat lagi aku berbual dengan pekerja yang asal dari Filipina, namanya Nicole. Nicole yang baru bekerja 1 tahun beritahu aku, kos kehidupan di Macau sangat tinggi tapi untuk mencari rezeki sanggup berkorban tinggalkan negara. 

Di hadapan Hard Rock Cafe Macau dengan Nicole. 

Sebelum kami meninggalkan City of Dreams, tiba-tiba aku ternampak sesuatu macam ada duyung sedang menari. A'ah betul..ada duyung virtual. Duyung ini akan menari sekejap dan lepas tu hilang. Tak lama lepas tu ada kembali. Teruja aku bila nampak duyung ada balik. 

Macam real je duyung ni. 

Seterusnya kembali semula ke hotel untuk ambil beg sebab nak teruskan perjalanan ke Hong Kong. Kami mengambil bas shuttle percuma dari City of Dreams dan terus ke Gongbei Boarder dan tukar bas shuttle terus ke Ponte 16 Resort. Pengangkutan di sana sangat bagus sebab kita tak perlu nak tunggu lama. Tak sampai 10 minit tunggu dah sampai bas. 

Selepas mengambil beg di hotel, perjalanan seterusnya adalah ke Hong Kong. Dimulakan dengan menaiki bas shuttle percuma dari Ponte 16 Resort ke New Macau Ferry Terminal untuk menaiki feri. Naik feri dengan tambang sebanyak HK$163/seorang dengan perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Masuk je feri, aku terus tidur. 

Sampai je terminal feri Kowloon kami berjalan kaki ke Hotel Benito untuk check in. Dalam perjalanan ke hotel, ada pula perarakan yang membantah penjualan organ badan. Ramai juga yang berarak dari yang muda sampailah yang tua siap bawa sepanduk dan memukul gendang. 

Berarak ramai-ramai. 

Jauh juga berjalan dalam setengah jam rasanya sebab tak jumpa lokasi hotel dan terpaksa menempuh orang ramai. Bila dah jumpa hotel, lepak-lepak dulu dan lepas maghrib baru jalan cari makan. 

Di hadapan Hotel Benito, Tsim Sha Tsui. 

Rasanya nak cari makanan halal di Hong Kong tak menjadi masalah sebab banyak kedai makanan Arab dan Pakistan. Siapa yang kata susah cari makan halal, nampak sangat tak buat research betul-betul. Cuma sediakan duit sahaja untuk membayarnya. Faham-faham je lah harga barang di Hong Kong memang mahal tapi kalau dah lapar, bayar je lah. 

Ada 1 insiden boleh dikatakan takut juga berlaku masa nak cari kedai makan halal. Ada lelaki ni tanya kita orang nak cari kedai makan halal. Dia beritahu seberang jalan ni ada orang tunggu dan bawa kami ke kedai makan halal. Aku dan kawan aku pun seberang jalan dan tak lama lepas tu ada lelaki tunggu dan bawa kami ke 1 tempat. Aku dah mula fikir entah apa-apa manalah tahu dia nak buat apa-apa kat aku. Dahlah tempat yang dibawa tu senyap sunyi. Aku pun ikutlah dan masuk 1 bangunan dan naik lif ke tingkat 2. Keluar je lif, lelaki tu tanya nak makan makanan Arab atau Pakistan. Aku cakap aku nak makan Arab dan bawalah aku ke kedai makan Arab. 

Kecil sahaja kedainya tapi yang aku suka pelayannya orang Indonesia yang boleh bertutur pelbagai bahasa iaitu Bahasa Indonesia, English, Kantonis dan Arab. Malam pertama aku di Hong Kong aku makan nasi mendi. Boleh tahan juga rasanya dan kebetulan aku memang lapar. Depan meja aku, ada sekumpulan orang Malaysia sedang makan dan sempat berbual-bual dengan aku. Mereka asyik merungut sebab makan maggi sahaja. Hmm..korang memang malas cari dan memang patutlah makan maggi je. 

Inilah nama kedai makan Arab. 


Nasi mendi ayam dengan harga $HK75. 

Selepas makan, jalan-jalan sekitar Tsim Sha Tsui dan kawan aku sempat sambar sepasang kasut di Mark & Spencer. Aku hampir-hampir nak ambil kasut juga tapi cepat-cepat aku sedar yang aku baru sahaja beli kasut. Mata dah mengantuk dan badan dah letih, itu tandanya nak tidur. Apa lagi balik bilik dan terus tidur. 

p/s: sambung lagi hari ketiga. 

Sunday, May 26, 2013

Day 1: Shenzhen-Macau

Ya aku tahu trip aku ke Shenzhen-Macau-Hong Kong dah berlalu 1 minggu lepas tapi aku belum lagi update  trip aku kan? Sorry sangat sebab lambat. Alhamdulillah badan aku dah sihat semula (tiada lagi jet lag dan demam, nak buat macamana akak ni dah tak muda lagi). Ish banyak pula aku bebel kali ini. Ok..mari kita mula ya?

Dimulakan dengan penerbangan aku ke Shenzhen pukul 6.30am di LCCT dan sampai di Bao'an International Airport, Shenzhen pada pukul 10.30am. Airport di Shenzhen tak lah besar mana tapi yang best turun sahaja dari kapalterbang dah ada bas tunggu untuk dibawa ke balai ketibaan. Kalaulah LCCT buat macam tu, alangkah bagusnya. Tak payah nak jalan jauh-jauh. Betul tak? 

Sampai juga aku ke Shenzhen akhirnya. 

Selesai sahaja urusan imigresen dan beg, perjalanan aku seterusnya mencari bas ke Shekou Terminal untuk menaik feri ke Macau. Timbul pula masalah bahasa yang mana orang di sana tak berapa fasih berbahasa Inggeris dan aku dan kawan-kawan tak fasih bahasa Mandarin. Kalut! 

Nasib baik aku ada print terlebih dahulu itinerary aku yang ada tulisan cina dan aku cuma tunjuk dan tanya tempat tu di mana. Sambil mencari bas ke Shekou Terminal, ramai pula ulat-ulat teksi yang menawarkan teksi dengan harga yang sangat mahal iatu RMB300. Hati-hati, jangan mudah terpedaya dengan mengambil teksi yang tak pakai meter. Mereka akan suka hati letak harga tinggi. 

Nasib kami baik, sambil tunggu bas jumpa seorang gadis yang fasih berbahasa Inggeris dan kebetulan dia memang naik bas yang sama dengan kami. Atas bantuan gadis tu, kami selamat sampai ke Shekou Terminal. Perjalanan menaiki bas dengan tambang RMB6.20 ke Shekou Terminal mengambil masa 1 jam dan sempatlah kami merasa dan melihat suasana bandar Shenzhen sepintas lalu. 

Aku dah lama tak naik bas. Tengok tu aku dengan beg merah besar. 

Sampai di Shekou Terminal, kami terus ambil feri ke Macau yang mengambil masa 1 jam dari Shenzhen dengan tambang RMB180. Feri yang disediakan sangat besar dan kalau nak dibandingkan dengan feri ke Pulau Langkawi memang jauh beza. 

Feri ke Macau. Besar dan bersih siap ada kantin jual makanan dan minuman. 

Sampai di Macau, kami mengambil bas untuk ke Hotel Ole London. Pemandu bas yang asalnya nampak sombong dan garang boleh jadi baik bila kawan aku pujuk dan tanya arah hotel tersebut. Akhirnya sampailah kami ke Hotel Ole London dan terus check in. Suka sangat tinggal di hotel ini sebab bersih dan selesa. Dekat pula dengan taman mainan dan selalu aku selalu nampak makcik dan pakcik buat senaman. Aku? Senaman tidur tu ada lah. Hehehe...

Di hadapan Hotel Ole London. 

Aktiviti seterusnya kami berpakat jalan-jalan sekitar hotel. Aku dapat tahu yang Senado Square dan Ruins of St. Paul terletak berhampiran dengan hotel aku. Dekat tu taklah dekat sangat, ada dalam setengah jam jalan kaki. Sekali aku pandang Senado Square ni, terasa macam berada di Melaka pula. Untuk pengetahuan semua, Macau adalah bekas jajahan Portugis dan banyak sekali bangunan dan kota peninggalan Portugis di sana. 



Ramai orang kat sini. 

Aku dengan kawan aku, Yana teruskan perjalanan ke Ruins of St. Paul manakala kawan aku yang lain balik ke hotel. Sampai di sana aku jumpa sekumpulan manusia dengan memegang bendera Malaysia dan menyanyi bersama-sama lagu Negaraku. Aku tak tahu apa motif mereka tapi aku cuma melihat dari jauh sahaja. Nak join? Aku tak sampai tahap itu. Aku rasa dia orang ni daripada kumpulan bersih yang kononnya membantah pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang. 

Nampak tak? Siap ada bendera Malaysia lagi tu. 

Aku cuma ambil gambar Ruins of St. Paul sahaja.

Sempat lagi aku membeli sedikit ole-ole dari Macau untuk dibawa pulang. Tak sanggup aku duduk situ lama-lama. Aku dan Yana, terus balik hotel. 

Ada 1 insiden berlaku dalam perjalanan balik ke hotel. Ada seorang lelaki ikut kami balik. Takut seh manalah tahu dia nak buat apa-apa dengan kami. Nasib baik lelaki tu tak buat apa-apa cuma hendak berborak-borak dengan kami. Aku memang tak layan langsung bila dia cuba nak cakap dengan aku, aku cuma cakap "I don't speak English." Muka lelaki tu pun sikit aku tak pandang. Kawan  aku, Yana je yang dok melayan dia. Sampai 1 simpang, kami berpisah. Fuuh lega!

Sebelum terlupa, ini hasil tangkapan aku pada hari pertama. 

Tshirt, fridge magnet, perfume dan poskad. 

p/s: sambung lagi hari kedua pula. 

Thursday, May 23, 2013

Jet lag

Minta maaf aku tak dapat nak update perjalanan Shenzhen-Macau-Hong Kong lagi sebab gara-gara jet lag. Sampai hari ini aku masih jet lag tapi dah kurang sikit. Hari pertama aku masuk kerja, banyak kerja dah menanti dan aku tak dapat nak tumpukan perhatian dengan kerja. Kepala pula masih pening-pening dan aku tak dapat nak tangkap apa orang cakap kat aku. Tunggulah sehari dua, insyaAllah aku akan cerita perjalanan aku di sana. 

Sebelum aku terlupa, layanlah gambar aku dengan Johnny Depp ya. (sengaja nak bagi orang cemburu)



p/s: kumpul duit untuk trip akan datang. tak tahu lagu nak ke mana. 

Saturday, May 18, 2013

Shenzhen-Macau-Hong Kong (snapshot)

Perjalanan ke Shenzhen-Macau-Hong Kong telah berakhir semalam. Sepanjang aku berada di sana terasa macam backpackers sebab naik pengangkutan awam sahaja untuk ke mana-mana. Selain daripada itu, dapat merasa sendiri kehidupan orang di sana berbanding kalau kita ambil tour agent. 

Mari aku kongsi serba sedikit apa yang istimewa di sana. 

Bao'an International Airport, Shenzhen.

Senado Square, Macau.
  
Sky Terrace, Hong Kong.

Ngong Ping 360, Hong Kong.

Avenue Star, Hong Kong. 

Disneyland Hong Kong. 

Makan dim sum halal di Masjid Ammar & Osman Ramju Sidick Islamic Centre.

Window of World, Shenzhen.

Venetian, Macau

p/s: aku akan cerita sepenuhnya nanti. tunggu ya. 

Friday, May 10, 2013

Shenzhen-Macau-Hong Kong (persiapan)

Macam tak percaya esok trip aku ke Shenzhen-Macau-Hong Kong. Untuk pengetahuan semua, aku ke sana 11-17 Mei. Plan asal nak ke sana 5 hari je tapi alang-alang sampai sana terus extend la. Tak nampak sangat tergesa-gesa untuk cover semua tempat tu nanti. 

Beberapa hari ni dah tak ada mood nak buat kerja. Apa taknya, badan je kat sini tapi hati dah melayang jauh ke sana. Hehehe.. Sambil tu aku sempat lagi cari maklumat tentang tempat aku nak pergi contohnya yang berkenaan pengangkutan, penginapan, makanan halal dan banyak lagi. (macam nak buat research thesis pula) 

Setakat ini segala persiapan dah siap antaranya ialah:

1. Pasport - siap

2. Visa China double entry - siap

3. Tiket (Disneyland, Madame Tussauds, Ngong Ping Cable Car) - siap

4. Duit belanja - siap

5. Bekalan makanan (penting ni) - siap 

6. Itinerary - siap

Baju belum pack lagi. Rasa sempat kot nak pack malam ni. Aku memang malas nak pack baju sebab aku rasa macam nak je bawa 1 almari tapi tak sesuailah. Ada sesiapa ada perasaan macam ni tak? Lagipun nak ke sana 1 minggu je bukannya 1 bulan.  

Tunggu je lah update daripada aku tentang trip aku nanti. Manalah tahu ada yang berminat nak ke sana, boleh jadikan sebagai rujukan. Sharing is caring. 

p/s: ni hau ma. berlatih cakap mandarin. 

Monday, May 6, 2013

PRU 13

Aku sudah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi semalam. Ramai betul yang beratur di saluran 4 dan aku beratur mahu lebih 1 jam rasanya sampai naik lenguh lutut aku dibuatnya. 

Tengok tu, panjangnya barisan aku. 

Bila tiba masa aku nak memangkah borang undi, datang pula calon DUN Bangi melawat suasana mengundi. Tak sempat nak tegur sebab sekejap sangat. 

Inilah bukti aku dah mengundi. (tembamnya jari aku)

Malam tu aku tunggu juga keputusan pilihanraya kawasan aku tapi lama sangat. Malas nak tunggu, aku pun naik tidur. Pagi ini aku check keputusan pilihanraya dan ini hasilnya. 

N26 Bangi: 
Mohd Shafie bin Ngah (PAS) dengan undi sebanyak 29,200

P102 Serdang:
Ong Kian Ming (DAP) dengan undi sebanyak 79,238

Nampaknya kawasan aku dimenangi oleh kawasan pembangkang. Bagi aku, tak kira siapa yang menang laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya. 

Oh ya. Hari ini Selangor cuti dapatlah aku uruskan visa dan pasport ke China. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah Sabtu ini aku akan ke Shenzhen pula. Yeaah!

p/s: macamana keputusan pilihanraya semalam kat tempat korang?