Pages

Friday, May 31, 2013

Day 3: Hong Kong

Pagi-pagi lagi dah bersemangat bangun untuk meneruskan perjalanan ke The Peak. Apa yang istimewa The Peak ni? Untuk pengetahuan semua, di The Peak ni kita boleh merasai pengalaman melihat pemandangan Hong Kong 360 darjah. Untuk sampai ke The Peak, ambil MTR (subway di Hong Kong) dan keluar di stesen Central dan kemudian ambil bas no. 15C untuk sampai ke destinasi. Oleh sebab masa sampai tak nampak bas no. 15C, kami mengambil keputusan untuk jalan kaki ke The Peak. Mak ooi! Tingginya bukit nak kena daki. Habis keluar segala peluh di badan sehingga basah lencun dibuatnya. 

Sampai The Peak, ada disediakan tram untuk sampai ke puncak. Untuk pengetahuan semua, tahun ini adalah ulangtahun yang ke-125 penubuhan The Peak. Sejarah asal The Peak boleh lihat di sini. Kalau di Malaysia lebih kurang macam Bukit Bendera, Pulau Pinang tapi yang ini lagi tinggi dan curam. Harga tiket return tram dan sky terrace adalah $HK75. 

Suasana dalam tram. 

Sampai je di  puncak, tempat yang aku cari ialah Madame Tussauds dan harga tiket masuk adalah $HK190. Di sini terdapat patung lilin artis, ahli sukan, ahli politik dan ramai lagi. Nak tahu siapa pujaan hati akak? Sudah pasti Johnny Depp!! Aku memang sengaja ambil gambar banyak-banyak dengan Johnny Depp dan kalau aku tunjuk semuanya, pasti korang muntah darah  melihatnya. Jadi biarlah gambar aku dengan Johnny Depp menjadi tatapan aku sahaja. Hehehe.. Ini adalah antara selebriti yang dapat aku kongsi bersama-sama. 

Michelle Yeoh 

Mahatma Gandhi 

Leon Lai 

Marilyn Monroe

Anita Mui

Selesai bergambar di Madame Tussauds, aku terus ke Sky Terrace untuk melihat pemandangan keseluruhan Hong Kong dari puncak. Sayang masa aku sampai, kabus tebal jadi tak dapat nak tengok Hong Kong secara jelas. 

Sayang, tak nampak apa-apa sangat sebab kabus tebal. 

Aku rasa tak lama berada di The Peak sebab nak pergi ke Ngong Ping. Turun sahaja dari puncak, tunggu bas untuk membawa kembali stesen MTR Central. Nasib kami baik sebab tak lama lepas tu, bas pun sampai. Istimewa bas ni ialah bas ni ialah di tingkat atas memang terbuka. Mula-mula aku malas nak naik tapi tengok semua dah naik, aku pun naik sekali. Best sangat. Apa taknya, dapat melihat sekitar bangunan dengan lebih jelas. 

Yeaah, muka sangat suka dapat naik bas.

Untuk ke Ngong Ping, naik MTR dan keluar di stesen Tung Chung. Apa yang ada di Ngong Ping ni? Di sini terletaknya patung Buddha yang sangat besar. Nak ke sana kena naik cable car. Ada 2 pilihan cable car sama ada nak yang cabin standard atau cabin crystal. Bezanya yang standard tu lantai tertutup tapi yang crystal lantainya terbuka. Bila dah terbuka, maknanya boleh melihat apa sahaja di bawah. Kalau yang gayat, tak payahlah ambil crystal. Pilihan aku? Sudah pasti yang crystal. Mula-mula naik ok lagi tapi bila semakin tinggi, gayat juga. Harga tiket return cabin standard ialah $HK135 dan cabin crystal ialah $HK213. 

Cuba cari yang mana kaki aku. Nampak tak laut di bawah? 

Dalam cabin crystal. 

Sampai di puncak, perut minta diisi. Jangan risau. Di sini ada disediakan kedai makanan halal. Apa-apa pun kita makan dulu. Aku order kebab campur ayam dan kambing. Boleh tahan rasanya. 

Kaunter order dan bayar. 

Kebab campur ayam dan kambing harga $HK72.

Inilah nama kedai makan halal yang ada. 

Aku tak larat nak daki bukit dan tangga untuk sampai ke patung Buddha besar tu. Cukuplah aku ambil gambar dari jauh. Di sini juga ada diletakkan contoh cabin cable car dari pelbagai negara seperti China, Perancis, Sepanyol dan banyak lagi. 

Jauhnya patung Buddha tu. 

Aku tak pasti keluar dari Ngong Ping pukul berapa sebab masa tu tumit kaki aku dah sakit sangat. Nak jalan pun perlahan je. Seterusnya kami ke Avenue of Star untuk melihat kesan tapak tangan artis-artis Hong Kong yang terkenal dan pertunjukkan pancaran simfoni cahaya laser. Untuk ke Avenue of Star, naik MTR dan keluar di stesen Tsim Sha Tsui. 

Gambar wajib ambil di Avenue of Star. 

Tak salah aku, setiap malam pukul 8pm ada pertunjukan pancaran simfoni cahaya laser di Avenue of Star. Memandangkan kami sampai awal, lepak dulu sambil ambil gambar. 

Ada 1 insiden syahdu berlaku sementara menunggu pukul 8pm. Ada seorang gadis duduk berdekatan dengan aku asyik menangis sambil pegang telefon bimbit. Kalau sekejap tu, aku tak kisahlah tapi ni berlarutan sampai 1 jam. Mula-mula menangis kemudian berhenti. Tak lama lepas tu menangis balik. Aku dan kawan aku buat andaian ini mesti kes gaduh atau putus dengan boyfriend. Suka hati aku je kan? 

Tepat pukul 8pm mulalah pertunjukkan cahaya laser yang memancar di bangunan yang terletak di seberang Avenue of Star. Aku membayangkan pertunjukkan hebat dengan bunga api tapi aku kecewa sebab jauh sekali berbeza. Bagi aku biasa-biasa sahaja dan kebetulan masa tu pula ramai orang, pening aku dibuatnya. Selesai sahaja pertunjukkan simfoni cahaya laser, aku mengambil keputusan untuk balik ke hotel manakala kawan-kawan aku yang lain bercadang untuk jalan lagi ke Temple Market. Sampai sahaja bilik, aku terus baring sebab kaki aku sakit sebab jalan lama. 

p/s: sambung lagi hari keempat pula ya.

No comments:

Post a Comment