Pages

Thursday, May 30, 2013

Day 2: Macau-Hong Kong

Pada hari kedua selepas check out bilik, kami meneruskan perjalanan ke Venetian dan City of Dream. Katanya di Venetian letaknya casino yang sangat besar dan selain daripada itu ada pemandangan seolah-olah berada di Venice sebab ada gondola. Untuk ke sana memang tidak menjadi masalah sebab ada disediakan banyak bas shuttle percuma. Dari hotel, kami bergerak ke Ponte 16 Resort untuk mengambil bas shuttle percuma ke Gongbei Boarder dan dari Gongbei Boarder tukar bas shuttle lagi ke Venetian. 

Sampai sahaja di Venetian, semua orang terpesona melihat kecantikan hiasan dalaman seperti berada di Venice. Kalau sesiapa yang pernah tengok rancangan Destinasi Cinta Bersama AirAsia dengan artis jemputan Sazzy Falak mesti tahu maksud aku. Mari aku tunjukkan sedikit pemandangan di Venetian. 



Cantik tak? Jangan terpedaya dengan awan tu sebab itu sebenarnya adalah siling. Macam betul-betul awan kan?


Macam di Venice kan?


Tak lupa juga di Venetian terletak casino yang paling besar di Macau. Aku sempat lalu je. Tak berani aku nak main. Gila kau! Ini pun aku curi-curi ambil gambar. Yang ini baru sebahagian kecil je. 


Selepas itu, kami ke City of Dream yang terletak bersebelahan dengan Venetian. Sepanjang perjalanan ke City of Dream, terdapat banyak bangunan yang tinggi macam berada Las Vegas. Kalau pergi sebelah malam, pasti lagi meriah dengan kilauan bintang. 






Sampai di City of Dreams, ada kawan nak cari baju Hard Rock Cafe. Alang-alang sampai sana, aku pun rembat 1 fridge magnet yang boleh tahan mahal harganya. Sekadar nak buat kenangan, rasa tak salah kan. Hehehe.. Di Hard Rock Cafe, sempat lagi aku berbual dengan pekerja yang asal dari Filipina, namanya Nicole. Nicole yang baru bekerja 1 tahun beritahu aku, kos kehidupan di Macau sangat tinggi tapi untuk mencari rezeki sanggup berkorban tinggalkan negara. 

Di hadapan Hard Rock Cafe Macau dengan Nicole. 

Sebelum kami meninggalkan City of Dreams, tiba-tiba aku ternampak sesuatu macam ada duyung sedang menari. A'ah betul..ada duyung virtual. Duyung ini akan menari sekejap dan lepas tu hilang. Tak lama lepas tu ada kembali. Teruja aku bila nampak duyung ada balik. 

Macam real je duyung ni. 

Seterusnya kembali semula ke hotel untuk ambil beg sebab nak teruskan perjalanan ke Hong Kong. Kami mengambil bas shuttle percuma dari City of Dreams dan terus ke Gongbei Boarder dan tukar bas shuttle terus ke Ponte 16 Resort. Pengangkutan di sana sangat bagus sebab kita tak perlu nak tunggu lama. Tak sampai 10 minit tunggu dah sampai bas. 

Selepas mengambil beg di hotel, perjalanan seterusnya adalah ke Hong Kong. Dimulakan dengan menaiki bas shuttle percuma dari Ponte 16 Resort ke New Macau Ferry Terminal untuk menaiki feri. Naik feri dengan tambang sebanyak HK$163/seorang dengan perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Masuk je feri, aku terus tidur. 

Sampai je terminal feri Kowloon kami berjalan kaki ke Hotel Benito untuk check in. Dalam perjalanan ke hotel, ada pula perarakan yang membantah penjualan organ badan. Ramai juga yang berarak dari yang muda sampailah yang tua siap bawa sepanduk dan memukul gendang. 

Berarak ramai-ramai. 

Jauh juga berjalan dalam setengah jam rasanya sebab tak jumpa lokasi hotel dan terpaksa menempuh orang ramai. Bila dah jumpa hotel, lepak-lepak dulu dan lepas maghrib baru jalan cari makan. 

Di hadapan Hotel Benito, Tsim Sha Tsui. 

Rasanya nak cari makanan halal di Hong Kong tak menjadi masalah sebab banyak kedai makanan Arab dan Pakistan. Siapa yang kata susah cari makan halal, nampak sangat tak buat research betul-betul. Cuma sediakan duit sahaja untuk membayarnya. Faham-faham je lah harga barang di Hong Kong memang mahal tapi kalau dah lapar, bayar je lah. 

Ada 1 insiden boleh dikatakan takut juga berlaku masa nak cari kedai makan halal. Ada lelaki ni tanya kita orang nak cari kedai makan halal. Dia beritahu seberang jalan ni ada orang tunggu dan bawa kami ke kedai makan halal. Aku dan kawan aku pun seberang jalan dan tak lama lepas tu ada lelaki tunggu dan bawa kami ke 1 tempat. Aku dah mula fikir entah apa-apa manalah tahu dia nak buat apa-apa kat aku. Dahlah tempat yang dibawa tu senyap sunyi. Aku pun ikutlah dan masuk 1 bangunan dan naik lif ke tingkat 2. Keluar je lif, lelaki tu tanya nak makan makanan Arab atau Pakistan. Aku cakap aku nak makan Arab dan bawalah aku ke kedai makan Arab. 

Kecil sahaja kedainya tapi yang aku suka pelayannya orang Indonesia yang boleh bertutur pelbagai bahasa iaitu Bahasa Indonesia, English, Kantonis dan Arab. Malam pertama aku di Hong Kong aku makan nasi mendi. Boleh tahan juga rasanya dan kebetulan aku memang lapar. Depan meja aku, ada sekumpulan orang Malaysia sedang makan dan sempat berbual-bual dengan aku. Mereka asyik merungut sebab makan maggi sahaja. Hmm..korang memang malas cari dan memang patutlah makan maggi je. 

Inilah nama kedai makan Arab. 


Nasi mendi ayam dengan harga $HK75. 

Selepas makan, jalan-jalan sekitar Tsim Sha Tsui dan kawan aku sempat sambar sepasang kasut di Mark & Spencer. Aku hampir-hampir nak ambil kasut juga tapi cepat-cepat aku sedar yang aku baru sahaja beli kasut. Mata dah mengantuk dan badan dah letih, itu tandanya nak tidur. Apa lagi balik bilik dan terus tidur. 

p/s: sambung lagi hari ketiga. 

No comments:

Post a Comment