Pages

Thursday, August 22, 2013

Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol 2013

Aku dah lama nak update blog aku tapi asyik bertangguh sahaja. Sejak aku masuk kerja lepas cuti raya, banyak kerja nak uruskan sampai terabai blog aku ni. Oleh sebab kita masih dalam mood raya lagi ni, aku nak cerita pasal aktiviti raya aku baru-baru ini. 

Pada hari raya ketiga, diadakan Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol di kampung aku di Temerloh, Pahang. Majlis ini diadakan setiap tahun dan tahun ini adalah tahun keempat. Yang istimewanya tahun ini ialah giliran keluarga aku, keluarga Daud menjadi tuan rumah. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk untuk sambutan majlis untuk tahun 2011 dan 2012

Tak sangka pula dalam sibuk uruskan majlis ini, ada pula yang tegur aku pasal blog aku ni. Alamak terasa glamer pula akak. Auw! Siapa sangka kan, blog aku ni juga dibaca oleh saudara-mara aku. Terima kasih kerana sudi singgah blog aku ni. 

Berbalik pula cerita majlis ini, selalunya majlis ini diadakan pada hari raya kedua atau ketiga. Kalau lambat sangat diadakan, takut tak ada sambutan pula sebab ramai yang dah pulang ke rumah masing-masing di bandar. Sempena hari yang mulia ini, masa inilah kita dapat berjumpa saudara-mara yang dah tak lama jumpa dan mengeratkan silaturrahim sesama kita. 

Poster Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol.  

Majlis bermula pada pukul 10.30am tapi sebenarnya mula pukul 9.00am. Biasalah, tunggu orang ramai datang baru boleh mula. Sebelum kita mula, kena daftar dulu. 

Rajin cucu-cucu Ayah Cik melayan orang datang mendaftar. 

Majlis bermula dengan ucapan daripada wakil keluarga Ali, Yang Minah, Mariam, Daud dan Busu. Dalam ucapan ada juga disampaikan pesanan, nasihat, sejarah setiap keluarga dan pada masa yang sama, kita boleh kenal daripada keluarga mana. Tak salah aku, ramai juga yang datang ada dalam 400 orang semuanya. 

Wakil keluarga berucap.

Sebahagian keluarga yang hadir. 

Ada cabutan bertuah tapi macam biasa aku memang tak pernah dapat. Alamak Mak Tam dapat hadiah cabutan bertuah. Tahniah!

Orang penting dalam menghidang makanan. 

Lepas makan tengahari dalam pukul 1 lebih, majlis pun bersurai. Tahun depan giliran keluarga Ali pula yang akan menguruskan. InsyaAllah ada rezeki, berjumpa lagi kita ya. 

p/s: seronok dapat berjumpa kembali. 

Monday, August 12, 2013

Sambutan raya 2013

Selamat pagi semua. Ada yang dah mula kerja hari ini setelah bercuti panjang sempena hari raya Aidilfitri? Aku masih bercuti lagi dan hari ini rasanya tak ke mana-mana. Sesiapa nak datang beraya ke rumah aku, jemputlah datang. Hehehe...

Sepanjang sambutan raya baru-baru ini, aku sentiasa dikelilingi dengan sanak-saudara yang jauh dan dekat. Bayangkan hari raya pertama, rumah aku diserbu oleh keluarga sebelah ayah. Hari raya kedua aku sekeluarga balik ke Pahang untuk majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol pada hari raya ketiga. Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini dalam catatan seterusnya. Ok? Semalam pula beraya di Seremban keluarga sebelah arwah mak.

Tak menang tangan dibuatnya tapi bagus juga sebab masa inilah kita dapat jumpa sanak-saudara terutamanya yang jarang jumpa. 

Gambar hari raya pertama yang diambil oleh Hadi. Muka penat tapi nak senyum juga. 

p/s: sambung lagi cerita raya nanti. 

Tuesday, August 6, 2013

Cuti raya

Selamat pagi semua. Aku masih bekerja hari ini. Ada sesiapa dah mula bercuti? InsyaAllah aku mula bercuti esok sampai 15 Ogos. Amik kau 9 hari aku cuti. Ikutkan hati nak sambung lagi cuti tapi aku rasa macam melampau pula. Macamlah jauh sangat aku nak balik kampung. Kalau balik pun, balik ke Pahang (kampung ayah) dengan Negeri Sembilan (kampung arwah mak). Sesiapa nak beraya ke Bangi, jemputlah datang ke rumah ya.

Kepada yang pulang ke kampung hari ini, jalan baik-baik. Semoga selamat pergi dan kembali. 

Tak lupa juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Semoga bergembira pada hari yang mulia ini. 

p/s: rasa sekejap dah nak raya kan? 

Friday, August 2, 2013

Salam dari Hanoi - hari keempat

Tak sabar nak balik Malaysia rasanya. Flight aku pukul 1.20pm dan ikutkan hati sebenarnya masih ada masa nak jalan-jalan lagi di Hanoi tapi aku mengambil keputusan untuk kemas barang dan lepak-lepak dalam bilik. Kawan-kawan aku yang lain sempat lagi ke Dong  Xuan Market untuk last minit shopping. Shopping bukan main mereka tu. Kalah akak tau! 

Pukul 11.00am kami pun check out hotel dan terus ambil teksi ke airport. Airportnya taklah besar mana pun. Sementara tunggu nak naik kapalterbang, aku sempat jalan-jalan sekitar airport. Nak beli barang pun harganya mahal dan tambahan pula duit Dong aku dah tinggal sikit. Aku sekadar cuci mata sahaja. 


Kecil sahaja airportnya. 

Rupa-rupanya flight aku ditunda waktunya sebab ada masalah teknikal. Sepatutnya bertolak pukul 1.20pm terus ditunda kepada 1.50pm. Nasib tak lama sangat. 

Siap sedia untuk berlepas.

Selamat tinggal Hanoi. Ada rezeki boleh datang lagi.

Lebih kurang pukul 6.00pm selamat mendarat di KLIA. Tak sabar nak sampai rumah rasanya. Alhamdulillah aku selamat pergi dan kembali. Apa yang aku dapat katakan, perjalanan ke Hanoi lebih seronok kalau diberi masa lebih. Memandangkan aku ke sana banyak habiskan masa menghadiri seminar, aku tak dapat nak teroka lebih lanjut. 

Bagi aku, aku rasa selamat semasa berada di Hanoi walaupun Hanoi penuh sesak dengan motorsikal. Amat sesuai kepada sesiapa yang sukakan menikmati keindahan alam semulajadi. Cuma 1 sahaja masalah yang aku hadapi sepanjang berada di Hanoi iaitu masalah bahasa. Amat sukar untuk berkomunikasi sebab tak ramai yang boleh bercakap bahasa Inggeris.

Aku tak pasti lagi ke mana aku pergi lepas ni. Plan tu memang banyak tapi tak tahu jadi atau tidak. 

p/s: nak kena buat perancangan untuk tahun depan pula. 

Half-Day Damnoen Saduak Floating Market & Mae Klong Railway Market Tour


Ini tawaran menarik kepada sesiapa yang berminat ke Damnoen Saduak Floating Market dan Mae Klong Railway Market tour. Maklumat lanjut boleh klik di sini. Cepat tawaran ni tak lama. Siapa cepat, dia dapat. 

Apa lagi, selamat bercuti!

p/s: bila agaknya nak ke Bangkok lagi?

Thursday, August 1, 2013

Salam dari Hanoi - hari ketiga

Sambung lagi cerita di Hanoi. Kawan aku bercadang untuk shopping di Dong Xuan Market. Oleh sebab Dong Xuan Market ini tutup awal pukul 6 petang, jadi kami cuba cabut sekejap waktu lunch. 

Di Dong Xuan Market ini jual pelbagai barang seperti kain, cendermata, baju dan banyak lagi. Sekali pandang macam berada di Padang Besar sahaja. Di sini aku mengambil kesempatan untuk membeli kain cotton dan Vietnam Silk untuk diri sendiri dan adik-adik. Murah juga kain di sini dan kalau ikutkan hati aku nak beli banyak lagi tapi masa pula singkat sangat. Itupun aku main ambil sahaja mana yang berkenan. Jumpa sahaja yang berkenan tak perlu lagi nak nak fikir banyak kali. 

Memang mata rambang tengok kain banyak. 

Suasana di dalam Dong Xuan Market. 

Yang tak bestnya orang dalam Dong Xuan Market pelik tengok aku yang besar ni. Agaknya mereka jarang nampak orang besar macam aku ni ditambah pula aku pakai tudung. Bila nampak aku sahaja, mulalah mengata macam-macam. Walaupun aku tak faham apa yang mereka cakap, aku dapat tangkap mesti cakap pasal aku. Bukan itu sahaja, mereka sempat lagi picit dan usik aku dan ada juga dengan selamba picit bontot aku. Aku telah dicabuli! Nak marah je masa tu tapi aku sabar je. Sesungguhnya aku berpuasa. 

Dalam masa 2 jam aku sempat borong beberapa pasang kain dan tshirt untuk dibawa pulang. Dekat USD140+ aku habiskan kat situ. Amik kau! 

Ini hasil tangkapan aku.

Sebelum keluar dari Dong Xuan Market, terjumpa orang Malaysia yang bekerja di kedutaan sibuk membeli barang di situ. Aku sempat tanya apa yang masyhur di Hanoi. Mereka mencadangkan beli beberapa barang seperti biji teratai , serbuk kopi (aku dah beli sebelum ni jadi aku tak beli) dan buah mata kucing kering (direbus dahulu dengan gula sebelum dijadikan minuman). Akhirnya aku beli biji teratai dan buah mata kucing kering dan bila sampai di rumah nanti boleh aku cuba. 

Selesai shopping, ambil teksi dan terus pulang ke hotel. Lepas seminar aku tak ke mana-mana pun sebab aku nak berbuka puasa dalam bilik memandangkan stok makanan aku ada lagi. Lebih baik aku habiskan semuanya daripada aku bawa balik semula ke Malaysia. Lagipun dapat jimat duit sekali! Hehehe..

Seminar dah habis, tak sabar nak balik. Yeaaah!

p/s: tak sangka dah nak balik Malaysia.