Pages

Tuesday, September 30, 2014

Berapa umur aku nanti?

Esok masuk bulan Oktober dan semakin bertambah umur aku lagi. 





p/s: rasa-rasa berapa ya? 

Wednesday, September 24, 2014

Projek tahun 2015

Untuk tahun 2014 yang tinggal beberapa bulan ni, aku rasa tak ada plan nak ke mana-mana. Sengaja nak simpan cuti tahunan untuk tahun hadapan. Ish ish..macam ada plan besar je kan sampai sanggup nak simpan cuti tahunan. Hehehe..

Oklah..nak kata plan besar sangat tu tak lah cuma badan tuan punya blog je yang semakin membesar. Pada asalnya aku tak sangka pula pada tahun 2015 aku akan ada 3 trip. Pantang nampak promosi tiket murah, main ambil je. Padan muka, tamak punya pasal. Mana aku nak cekau duit ni? 

Ke mana aku nak pergi nanti? Rasa-rasa boleh agak tak?

Februari 2015

April 2015

Oktober 2015

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Yang penting sekarang ini ialah kumpul duit dulu lainlah kalau ada orang nak sponsor. Aku ok je. 

p/s: tangan gatal lagi...nak pergi jalan ke mana pula tu. 

Monday, September 15, 2014

Restoran Kayu Manis, Cyberjaya

Kali ini aku nak bawa ke restoran yang menyediakan makanan cina muslim. Terletak berdekatan dengan opis aku. Aku cuma jalan kaki sahaja ke sana. Namanya ialah Restoran Kayu Manis. 

Tak salah aku ada cawangan lain di Bukit Jelutong. Baru sahaja beroperasi sebulan lebih, masih baru lagi. Masa aku sampai pun, tak ramai orang yang datang makan.




Keadaan dalam restoran. 

Menu ada gambar ketam yang menggiurkan. 

Air kelapa special (RM9.90). Ada laici, isi kelapa dan rasa limau sedikit.  


Ginger Beef Kuew Tiow (RM11)

Bagi aku, rasa makanan yang dihidangkan bolehlah tahan sebab ada banyak daging dan portion agak besar. Kalau nak makan seafood pun ada. Ada ketam besar hidup dalam akuarium. Boleh je order dan ambil terus dari situ. Aku jeles tengok meja sebelah siap order ketam black pepper nampak macam sedap je. 

Ulasan ringkas

Harga: 3/5
Kesedapan: 3.5/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3.5/5

Kalau ada sesiapa nak cuba, boleh sahaja hubungi: 


p/s: kalau ada keraian, boleh je cuba makan di sini. ketam banyak besar woo!!

Baju plus size untuk dijual




Minta tolong boleh tak? Aku nak jual baju ni sebab salah saiz. Baju ini belum pakai lagi dan masih dalan keadaan baru. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila emel kepada mazuriah@gmail.com. Harga dalam RM75 termasuk kos penghantaran. 

Material: cotton/flax
Brand: Evans
Saiz 26-28 (saiz UK)
Ukuran
Bahu: 22"
Dada: 52"
Punggung: 56"
Arm hole: 18"
Labuh: 29" (ikut baju putih) 

Baju ini ada 2 helai. 1 warna coklat - pendek sikit (luar) dan 1 warna putih - panjang sikit (dalam). Panjang lengan adalah 31/4 sampai siku. Ada yang berminat? Kalau ada, cepat-cepat emel. 

Terima kasih. 

p/s: baju ini cantik tapi sayang tak muat pula. 

Saturday, September 6, 2014

Restoran Bunga Cengkih, Dengkil

Lama dah tak buat ulasan makanan kan? Kali ini aku nak bawa korang ke kedai makanan masakan Negeri Sembilan. Aku bertambah teruja sebab aku ni ada darah orang Negeri Sembilan jadi aku nak pastikan betul atau tidak seperti apa yang dikatakan. 


Inilah dia Restoran Bunga Cengkih. 

Kedai ini terletak di Dengkil. Masa aku sampai tak ramai orang lagi tapi masa aku nak balik, semakin ramai orang yang datang untuk makan. Pilihan lauk tak banyak iaitu gulai lemak cili api dengan lauk ikan keli, telur itik dan daging salai atau asam pedas lauk ikan. 

Kali ini aku pilih gulai lemak cili api daging salai dengan ikan keli claypot. Yang ini kena tunggu sikit sebab nak kena masak dulu dalam claypot. 

Hasilnya? Habis licin dimakan. 

 
Boleh sahaja pilih lauk yang dah siap.


Suasana dalam kedai. 

Apa yang dapat aku simpulkan, gulai lemak cili api ada rasa masam sikit sebab ada letak buah bacang. Bagi aku, kalau pedas sikit pasti lagi best. Harga makanan bolehlah tahan anggaran dalam RM8-10 termasuk nasi, lauk dan minuman.  

Ulasan ringkas

Harga: 3.5/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: lain kali boleh cuba lauk asam pedas pula.