Pages

Sunday, February 22, 2015

Love from Melbourne - part 4

Mari kita sambung perjalanan GOR lagi. Memang banyak perhentian sepanjang perjalanan GOR ni dan setiap kali berhenti akan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Masa inilah kita ambil kesempatan untuk ke tandas, beli air, ambil gambar dan macam-macam lagi. Destinasi seterusnya adalah:

1. Kennett River

Sedikit info berkenaan Kennett River: 

If wildlife is your scene, then look forward to hanging out with cute looking koalas in the coastal precincts of Kennett River. With plenty of opportunities galore for bird watching, trekking and indulging your senses in the wilderness of the region, this stop is best visited for the famous kookaburra. And yes, there are plenty of colourful parrots, lorikeets and other native birds vying for your attention too!

Di sini kita boleh lihat kaola tapi sayang semua koala yang ada malu sangat. Tak salah aku, aku nampak  3 ekor koala tapi semua tak berapa nampak sebab mereka panjat pokok terlalu tinggi. 



Nampak tak koala?

Banyak burung berehat. 


Ramai juga yang berkhemah di sini. Katanya kena tempah sekurang-kurangya 1 tahun  sebelum untuk dapatkan tempat.

Comel pula aku tengok 2 beradik ni. 

Boleh singgah kedai runcit untuk beli kopi.  

2. Apollo Bay

Menjamu selera makan tengahari di Apollo Bay. Untuk pengetahuan semua, makanan tengahari termasuk dalam sebahagian daripada pakej perjalanan GOR. Jangan risau, kedai makanan tersebut menghidangkan makanan halal. 

Iluka, kedai makanan yang menyediakan makanan halal. 


Order pizza cheese with garlic. 

Deretan kedai di Apollo Bay. 


3. Maits Rest

Kepada sesiapa yang sukakan alam semulajadi, di sinilah tempatnya. Di sini juga letaknya pokok fern dan tumbuhan liar yang jarang dapat dilihat. 

Kita boleh menerokai sekeliling Maits Rest dengan berjalan kaki sepanjang 800 meter trek jalan kaki. Penat juga jalan kaki tapi bila melihat keindahan hutan hujan, terus hilang penat. 

Pokok yang menghijau. 

Boleh muat 2 orang!

Trek jalan kaki. Macam dalam cerita Lord of the Rings. 

4. Lavers Hill

Lavers Hill adalah kawasan yang terkenal dengan pemandangan yang indah dan ia juga terletak pada kawasan paling tinggi dalam perjalanan GOR. 


Mercu tanda Lavers Hill. 

Selepas ini adalah kemuncak perjalanan GOR. Apa kita sambung dulu ya. Boleh kan? 

p/s: kagum melihat keindahan semulajadi. 

Saturday, February 21, 2015

Love from Melbourne - part 3

Perjalanan diteruskan lagi dengan mengambil tour Great Ocean Road (GOR). Katanya tak lengkap perjalanan ke Melbourne kalau tak ambil GOR tour. Memang banyak syarikat tour yang buat trip ke GOR. Aku sempat baca blog yang pernah ke Melbourne dan tengok ramai yang mengambil syarikat tour daripada Melbourne Australia Tours. Aku tengok harga yang dikenakan boleh tahan jadi aku ambil keputusan untuk ambil GOR tour dan Philip Island (trip pada hari berikutnya) dengan Melbourne Australia Tours. Bayaran dikenakan untuk kedua-dua trip adalah $550 untuk 3 orang. 

Sehari sebelum bertolak, aku confirm balik dengan travel agent tersebut. Entah macamana segala maklumat dan tempahan yang aku buat sebelum ini telah hilang. What??!! Eh, ini tak boleh jadi. Aku cepat-cepat beritahu yang aku memang nak ambil tour GOR dan Philip Island. 

Selepas memberi segala maklumat yag diperlukan, masalah tersebut dapat diselesaikan cumanya syarikat tersebut tak dapat nak ambil aku. Mereka akan serahkan kepada syarikat tour yang lain (Autopia Tours) untuk uruskan tour aku nanti. Autopia Tours akan datang mengambil kami pada pukul 7 pagi di Hotel Ibis untuk GOR tour. Fuuh Lega!

Entah macamana pada hari yang nak pergi GOR tour tu, kami bangun lambat. Sedar-sedar sahaja dah pukul 6.30 pagi. Memang kelam kabut dibuatnya. Bayangkan dalam masa kurang 30 minit masing-masing nak mandi, siapkan bekal makanan dan masa itulah nak cari lokasi Hotel Ibis. Sampai ke Hotel Ibis pada pukul 7.07 pagi. Lewat 7 minit ok. Memang sah kami tertinggal bas. Alamak!!! 

Apa lagi, telefon Autopia Tours dan beritahu yang kami sampai lambat. Nasib baik bas patah balik ke Hotel Ibis untuk menjemput kami. Kalau tak, aku tak tahu nak buat apa dah. 

Hotel Ibis. 

Di dalam bas tersebut ada 23 orang yang bersama-sama untuk GOR tour. Tak salah aku ada yang datang dari Columbia, Korea, China, Amerika, United Kingdom dan Germany. Pemandu GOR tour namanya Rod dan Rod ini dulu adalah seorang cikgu. Jadi semasa dia memberi maklumat kepada kami semua terasa macam cikgu mengajar pula. 

Yang aku tak tahan tu, ada 1 keluarga dari China tak berhenti-henti cakap sepanjang perjalanan. Bukan itu sahaja, cakap kuat pula tu. Aku rasa 1 bas boleh dengar suara mereka. Eii geram betul. 

Setelah mengambil semua penumpang daripada beberapa perhentian, bermulalah perjalanan kami. Perjalanan GOR mengambil masa lebih kurang 2 jam rasanya untuk sampai. Bila sampai ke perhentian pertama di Angelsea River berehat sebentar dan Rod telah menyediakan makanan dan minuman untuk semua penumpang. Air bancuh sendiri sahaja. Ikut suka nak minum air teh, kopi atau milo. Oklah tu, cukup untuk mengalas perut. 

Berehat sebentar macam nak berkelah. 

Bas kami. 

Nampak macam kumpulan ahli sukan ragbi sedang buat latihan team building. Sempat lagi aku cuci mata sekejap. Hehehe.... 

Pemandangan tepi sungai. Cantik. 

Tak boleh nak lama-lama di sini sebab ada banyak tempat lain yang perlu dilawati. Aku rasa setiap kali berhenti akan mengambil masa dalam 30-40 minit sahaja. Ingat tu, masa amat penting. 

Destinasi seterusnya ke Memorial Arch. Sedikit info mengenai Memorial Arch: 

It was built to commemorate the 3,000 returned soldiers from WW1 who built the Road between 1918 - 1932. The Road itself was built as a memorial to those that were killed in the war. It is the largest war memorial in the world.

Pintu gerbang GOR. Gambar wajib ambil. 

Tugu peringatan Memorial Arch - Eastern View. 


Pemandangan tepi pantai. 

Ke mana selepas ini? Kita sambung dulu ya. 

p/s: aktiviti yang memenatkan selepas ini. 

Thursday, February 19, 2015

Love from Melbourne - part 2

Sebelah petang pula, kami bercadang untuk jalan-jalan. Ada cara yang murah dan senang iaitu mengambil tram. 

Di Melbourne terdapat 2 jenis tram iaitu yang berbayar dan percuma. Memandangkan kami masih belum lagi nak kenal dan tahu kawasan Melbourne ni, kami bercadang untuk menaiki tram percuma. Untuk memulakan perjalanan, kami pilih stesen La Trobe Street. Dari hotel ke La Trobe Street bukanlah jauh mana pun, cuma jalan kaki dalam 10-15 minit dah sampai. 

Cari yang ada tanda kawasan tram percuma. 

Orang beratur nak naik tram.

Tram dah sampai. 

Dalam tram. 

Bila dah naik tram, duduk sahaja sambil menikmati pemandangan Melbourne. Nak senang, kita turun tempat kita naik tadi dapatlah kita mengelilingi seluruh kawasan Melbourne yang cuma mengambil masa 30-35 minit.

Yang berwarna hijau adalah perjalanan tram. 

Selepas menaiki tram, destinasi seterusnya jalan-jalan di sepanjang Swanston Street. Memang happening I tell you. Bermacam-macam bangsa manusia boleh dilihat di sini. Bukan itu sahaja, ramai juga yang buat persembahan main muzik. Aku layan je. 

Ada juga China Street. Kalau kat sini macam Petaling Street. Banyak tanglung digantung sebab nak sambut perayaan Tahun Baru Cina. 

Ok, selesai sudah perjalanan pada hari pertama di Melbourne. Hari kedua pula ambil tour ke Great Ocean Road. Kita sambung dulu ya. 

p/s: ada sedikit drama berlaku dalam tour nanti. 

Sunday, February 15, 2015

Love from Melbourne - part 1

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak update blog ni kan? Alhamdulillah aku selamat kembali bercuti ke Melbourne baru-baru ini. Melbourne memang cantik dan bersih tapi sayang sekejap sangat berada di sana. Aku berada di sana cuma 5 hari sahaja dan banyak tempat yang tak sempat nak terokai. Aku ke sana bertiga dengan ayah dan adik. Aku dengan adik naik kapalterbang sama manakala ayah pula naik kapalterbang lain. Apa-apa pun, kami akan jumpa semula di lapangan terbang nanti. 

Perjalanan ke Melbourne yang mengambil masa selama 8 jam. Lama memang lama tapi nasib baik ambil penerbangan malam. Sepanjang perjalanan memang tidurlah kerja aku. Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampailah aku ke Melbourne.

Sampai sahaja di lapangan terbang, punyalah panjang orang beratur untuk melepasi imigresen. Aku rasa mahu 2 jam aku beratur. Boleh pula masa beratur ada budak muntah depan aku. Aduhai..kenapalah ini boleh berlaku? Nasib baik tak kena kat aku. 

Tengok..punyalah orang ramai beratur.

Muka boring beratur panjang. 

Sebelum aku terlupa, ada borang perlu diisi dan dalam borang itu perlu diberitahu sekiranya kita ada membawa ubat, makanan dan sebagainya. Kalau kita tak beritahu dan dibuatnya dia orang jumpa barang-barang tersebut, siap sedialah untuk bayar denda yang mahal. Nasib baik aku tak bawa apa-apa, jadi tak perlulah nak beritahu. Bukan apa, kalau kita bawa apa-apa nanti kena periksa pula. Pasti mengambil masa lama lagi. Tak kuasa akak tau. 

Lepas sahaja urusan imigresen dan beg, cari ayah dulu sebab ayah sampai lebih awal daripada aku. Untuk ke hotel, aku tanya dulu orang di kaunter pertanyaan cara mana lagi mudah dan senang. Ada 2 cara sebenarnya sama ada ambil teksi atau Skybus. Memandangkan aku bertiga dan beg yang banyak, dinasihatkan untuk ambil teksi. Lagipun harganya pun tak jauh beza. Tambang teksi dari airport ke hotel dalam $56. Kalau aku seorang je, pasti aku ambil Skybus. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa sekitar 20-30 minit. 

Sepanjang aku berada di Melbourne, aku telah memilih untuk tinggal di Arrow on Swanston Street. Ada sebab aku pilih hotel ini antaranya ada dapur nak masak dan dekat dengan Queen Victoria Market. Harga untuk 4 malam di sana dalam RM2,000. Nak tengok biliknya? 

Ruang tamu yang kecil. 


Dapur untuk masak. 

Bilik tidur. 

Sampai sahaja di bilik, rehatkan diri sekejap dan tukar baju. Perut terasa lapar pula sebab tak makan lagi. Jam pun dah pukul 2 lebih, memang patutlah nak kena isi. Nak buat macamana aku memang tak bawa bekalan makanan. Ingat nak tanya dulu receptionist di mana nak cari kedai makanan yang halal. 

Masa kami ambil lif, terserempak pula dengan orang Malaysia yang kebetulan tinggal sama 1 hotel dengan kami. Kebetulan pula mereka memang nak keluar cari makan. Apa lagi, kami bertiga pun ikutlah mereka ke Melbourne Central Shopping Centre. Tak jauh pun jaraknya ada dalam 20 minit jalan kaki. Sepanjang perjalanan, tak sempat nak berkenalan lebih sebab mereka pun nampaknya nak cepat. Yang aku dapat tahu, anak dia belajar di sana dan asal dari Negeri Sembilan. Apa-apa pun terima kasih sebab tunjukkan jalan di sana. 

Di Melbourne Central Shopping Centre, jumpa juga kedai makanan halal yang menjual makanan Thai. Makanan pertama kami di Melbourne adalah nasi campur. Dah nama anak melayu, nak juga cari makan nasi. Hehehe...

Makanan tengahari harga $33. 

Selesai makan, singgah di Coles yang berada di tingkat bawah untuk membeli barang dapur. Waah best betul tengok buah-buahan yang segar seperti pic, nectarine, strawberi dan banyak lagi. Macam nak beli semua rasanya. 

Hasil tangkapan di Coles. 

Ke mana pula selepas ini? Kita sambung dulu ya. 

p/s: sudah jatuh cinta dengan Melbourne. 

Sunday, February 8, 2015

Love from Melbourne - preview

Bagi preview sikit je dulu. Masih di Melbourne. Balik nanti baru cerita panjang-panjang. Ok?


Tuesday, February 3, 2015

Ada orang rindu tak?

Tak boleh tahan tengok soalan entry kali ini. Konon perasan ada orang rindu dengan aku. Macamlah aku ni artis sangat kan?  

Minta maaf dah lama tak update blog. Selalunya bila sampai di rumah memang tak sempat nak buat apa-apa. Bila ada kesempatan nak update, idea pula tak ada. 

Mula-mula dah taip satu perenggan lepas tu padam. Taip semula, padam balik. Cuba lagi untuk taip satu baris, padam lagi sekali. Macam itulah keadaan aku sekarang. 

Lepas tu, aksi tenung-menenung di skrin komputer bermula. Ish ini tak boleh jadi ni. Sakit jiwa aku dibuatnya. Apa lagi, aku terus log out dan tidur.  

Sampai ke sudah, tak dapat nak update blog. 

Aku tahu ramai yang menunggu cerita daripada aku. Beri aku sedikit masa ya. Nanti aku akan cerita panjang-panjang. 

Oh ya, tak lama lagi aku akan bercuti untuk beberapa hari. Ke mana destinasinya, cuba teka dulu. Siapa tahu ke mana aku pergi, pasti ada hadiah istimewa akan menunggu. 

p/s: sebenarnya aku yang rindu lah.