Pages

Sunday, February 22, 2015

Love from Melbourne - part 4

Mari kita sambung perjalanan GOR lagi. Memang banyak perhentian sepanjang perjalanan GOR ni dan setiap kali berhenti akan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Masa inilah kita ambil kesempatan untuk ke tandas, beli air, ambil gambar dan macam-macam lagi. Destinasi seterusnya adalah:

1. Kennett River

Sedikit info berkenaan Kennett River: 

If wildlife is your scene, then look forward to hanging out with cute looking koalas in the coastal precincts of Kennett River. With plenty of opportunities galore for bird watching, trekking and indulging your senses in the wilderness of the region, this stop is best visited for the famous kookaburra. And yes, there are plenty of colourful parrots, lorikeets and other native birds vying for your attention too!

Di sini kita boleh lihat kaola tapi sayang semua koala yang ada malu sangat. Tak salah aku, aku nampak  3 ekor koala tapi semua tak berapa nampak sebab mereka panjat pokok terlalu tinggi. 



Nampak tak koala?

Banyak burung berehat. 


Ramai juga yang berkhemah di sini. Katanya kena tempah sekurang-kurangya 1 tahun  sebelum untuk dapatkan tempat.

Comel pula aku tengok 2 beradik ni. 

Boleh singgah kedai runcit untuk beli kopi.  

2. Apollo Bay

Menjamu selera makan tengahari di Apollo Bay. Untuk pengetahuan semua, makanan tengahari termasuk dalam sebahagian daripada pakej perjalanan GOR. Jangan risau, kedai makanan tersebut menghidangkan makanan halal. 

Iluka, kedai makanan yang menyediakan makanan halal. 


Order pizza cheese with garlic. 

Deretan kedai di Apollo Bay. 


3. Maits Rest

Kepada sesiapa yang sukakan alam semulajadi, di sinilah tempatnya. Di sini juga letaknya pokok fern dan tumbuhan liar yang jarang dapat dilihat. 

Kita boleh menerokai sekeliling Maits Rest dengan berjalan kaki sepanjang 800 meter trek jalan kaki. Penat juga jalan kaki tapi bila melihat keindahan hutan hujan, terus hilang penat. 

Pokok yang menghijau. 

Boleh muat 2 orang!

Trek jalan kaki. Macam dalam cerita Lord of the Rings. 

4. Lavers Hill

Lavers Hill adalah kawasan yang terkenal dengan pemandangan yang indah dan ia juga terletak pada kawasan paling tinggi dalam perjalanan GOR. 


Mercu tanda Lavers Hill. 

Selepas ini adalah kemuncak perjalanan GOR. Apa kita sambung dulu ya. Boleh kan? 

p/s: kagum melihat keindahan semulajadi. 

12 comments:

  1. Mazu...lama x singgah sini..header cANTIK!

    ehh...bila ke Melbourne ni..byk entri tertunggak rupanya...jap JM nk khatam...best ambil pakej GOR ni...kalau ke Melbourne mesti masukkan tempat2 ni dalam itie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. header sebelum ni dah lama. ambil semangat baru sempena tahun baru 2015
      kalau ke Melbourne, kena ambil tour GOR. tak rugi!

      Delete
  2. Paling best masa makan dekat Iluka tu..try tak fish n cheap??serius banyak sangat..Cik Nun share ngan ayah pun dah keyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak try fish n chips dia tapi saya nampak meja sebelah order. memang banyak!!

      Delete
    2. Ya ka..ada lihat tak biskut yang banyak kacang hazelnut??nampak sedap.tapi tak beli pun

      Delete
    3. tak nampak pula biskut tu. kalau nampak, mesti dah lama beli. hehehe

      Delete
  3. Mazu... dh terima melbourne..terima kasih.ingat juga pada JM..terharu tau..nanti JM up entri

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. samalah dengan saya
      5 hari di sana terasa sekejap sangat

      Delete
  5. hehehe ramai CT bace makan kat iluka ni kan.. 30-40 min tu cukup ke? macam x puas je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ikutkan memang tak cukup masa
      tapi sebab byk tempat nak explore, kena kejar masa juga la

      Delete