Pages

Saturday, February 21, 2015

Love from Melbourne - part 3

Perjalanan diteruskan lagi dengan mengambil tour Great Ocean Road (GOR). Katanya tak lengkap perjalanan ke Melbourne kalau tak ambil GOR tour. Memang banyak syarikat tour yang buat trip ke GOR. Aku sempat baca blog yang pernah ke Melbourne dan tengok ramai yang mengambil syarikat tour daripada Melbourne Australia Tours. Aku tengok harga yang dikenakan boleh tahan jadi aku ambil keputusan untuk ambil GOR tour dan Philip Island (trip pada hari berikutnya) dengan Melbourne Australia Tours. Bayaran dikenakan untuk kedua-dua trip adalah $550 untuk 3 orang. 

Sehari sebelum bertolak, aku confirm balik dengan travel agent tersebut. Entah macamana segala maklumat dan tempahan yang aku buat sebelum ini telah hilang. What??!! Eh, ini tak boleh jadi. Aku cepat-cepat beritahu yang aku memang nak ambil tour GOR dan Philip Island. 

Selepas memberi segala maklumat yag diperlukan, masalah tersebut dapat diselesaikan cumanya syarikat tersebut tak dapat nak ambil aku. Mereka akan serahkan kepada syarikat tour yang lain (Autopia Tours) untuk uruskan tour aku nanti. Autopia Tours akan datang mengambil kami pada pukul 7 pagi di Hotel Ibis untuk GOR tour. Fuuh Lega!

Entah macamana pada hari yang nak pergi GOR tour tu, kami bangun lambat. Sedar-sedar sahaja dah pukul 6.30 pagi. Memang kelam kabut dibuatnya. Bayangkan dalam masa kurang 30 minit masing-masing nak mandi, siapkan bekal makanan dan masa itulah nak cari lokasi Hotel Ibis. Sampai ke Hotel Ibis pada pukul 7.07 pagi. Lewat 7 minit ok. Memang sah kami tertinggal bas. Alamak!!! 

Apa lagi, telefon Autopia Tours dan beritahu yang kami sampai lambat. Nasib baik bas patah balik ke Hotel Ibis untuk menjemput kami. Kalau tak, aku tak tahu nak buat apa dah. 

Hotel Ibis. 

Di dalam bas tersebut ada 23 orang yang bersama-sama untuk GOR tour. Tak salah aku ada yang datang dari Columbia, Korea, China, Amerika, United Kingdom dan Germany. Pemandu GOR tour namanya Rod dan Rod ini dulu adalah seorang cikgu. Jadi semasa dia memberi maklumat kepada kami semua terasa macam cikgu mengajar pula. 

Yang aku tak tahan tu, ada 1 keluarga dari China tak berhenti-henti cakap sepanjang perjalanan. Bukan itu sahaja, cakap kuat pula tu. Aku rasa 1 bas boleh dengar suara mereka. Eii geram betul. 

Setelah mengambil semua penumpang daripada beberapa perhentian, bermulalah perjalanan kami. Perjalanan GOR mengambil masa lebih kurang 2 jam rasanya untuk sampai. Bila sampai ke perhentian pertama di Angelsea River berehat sebentar dan Rod telah menyediakan makanan dan minuman untuk semua penumpang. Air bancuh sendiri sahaja. Ikut suka nak minum air teh, kopi atau milo. Oklah tu, cukup untuk mengalas perut. 

Berehat sebentar macam nak berkelah. 

Bas kami. 

Nampak macam kumpulan ahli sukan ragbi sedang buat latihan team building. Sempat lagi aku cuci mata sekejap. Hehehe.... 

Pemandangan tepi sungai. Cantik. 

Tak boleh nak lama-lama di sini sebab ada banyak tempat lain yang perlu dilawati. Aku rasa setiap kali berhenti akan mengambil masa dalam 30-40 minit sahaja. Ingat tu, masa amat penting. 

Destinasi seterusnya ke Memorial Arch. Sedikit info mengenai Memorial Arch: 

It was built to commemorate the 3,000 returned soldiers from WW1 who built the Road between 1918 - 1932. The Road itself was built as a memorial to those that were killed in the war. It is the largest war memorial in the world.

Pintu gerbang GOR. Gambar wajib ambil. 

Tugu peringatan Memorial Arch - Eastern View. 


Pemandangan tepi pantai. 

Ke mana selepas ini? Kita sambung dulu ya. 

p/s: aktiviti yang memenatkan selepas ini. 

4 comments:

  1. mmg drama betul nih....mcm mana lah MAT ni boleh pulak x de record booking.,..servis dorang ni ok ke tidak..adakah sbb itu harganya murah..kiranya perlu double confim berkali2 sebelum pergi kan

    Aha nasib baiklah bas tu patah balik jika tak mmg burn lah AUD550 eh..byk tu...mmg rezekiu lah tu

    Normal lah tu...org dari China mmg macam tu kalau ckp perlahan itu org dari Korea namanya heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang drama betul masa tu. mau melompat dibuatnya bila dapat tau segala booking tak ada dalam rekod. nasib baik check balik. kalau tak mau melopong je.

      lega bila bas patah balik ambil kami. hehehe..

      pening weh cakap kuat & tak berhenti-henti. dalam bas tu ada orang Korea tapi tengok dok ngorat minah salleh je. perasan handsome la tu.

      Delete
  2. baik hati gak eh dia nak patah balik.. kalo biasa lambat mmg kena tinggal..
    penat sngt la tu smpai x sedar ehehe.. pape pun daaaa selamat join tour =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal. nasib baik dia patah balik.
      kalau tak, mahu menangis sebab kat situ sebab tak dapat pergi.

      Delete