Pages

Saturday, March 14, 2015

Love from Melbourne - part 5

Ambil nafas panjang-panjang dulu. Lamanya dah tak update blog ni nampaknya sampai hampir lupa aku berhenti di mana sekarang. Minta maaf banyak-banyak ya kalau ada yang menunggu sambungan cerita aku di Melbourne.

Destinasi seterusnya ke Loch Ard Gorge. Memang cantik tempat ni. Apa kata aku tunjukkan dulu gambarnya. Ok? 





  

Serba sedikit sejarah kisah Loch Ard Gorge

The gorge is named after the clipper ship Loch Ard, which ran aground on nearby Muttonbird Island on 1 June 1878 approaching the end of a three-month journey from England to Melbourne. Of the fifty-four passengers and crew, only two survived: Tom Pearce, at 15 years of age, a ship's apprentice, and Eva Carmichael, an Irishwoman emigrating with her family, at 17 years of age. According to memorials at the site, Pearce was washed ashore, and rescued Carmichael from the water after hearing her cries for help. Pearce then proceeded to climb out of the gorge to raise the alarm to local pastoralists who immediately set into plan a rescue attempt. After three months in Australia Carmichael returned to Europe. Four of her family members drowned that night. Pearce was hailed as a hero, and continued his life living until age 49 and being buried in Southampton, England.

Seterusnya ke Port Campbell National Park yang masyhur dengan koleksi pembentukan batu gelombang yang luar biasa dan 12 Apostles. Kalau sesiapa ada duit lebih boleh naik helikopter dan bayaran dikenakan sebanyak $95 untuk seorang. Boleh mengelilingi selama 15-20 minit dan melihat kawasan 12 Apostles dengan lebih jelas. 





Tak jauh daripada Port Campbell National Park, berhenti sebentar di Gibson Steps yang merupakan destinasi terakhir untuk perjalanan GOR. 

Tangga punyalah tinggi!

Sayup mata memandang. 

Bila dah turun rasa menyesal pula. Nak balik kena panjat tangga mahu ketar lutut aku weh. 

Inilah Rod, tour guide dan pemandu GOR. 

Pemandangan di tepi pantai. 

Sebelum sampai ke Melbourne, singgah sebentar untuk makan malam di pekan Colac. Oleh sebab makanan malam tak termasuk dalam pakej GOR, kena keluar duit sendiri untuk makan. 

Aku tengok tempat yang Rod bawa ni tak nampak pula ada kedai makanan halal. Yang aku nampak KFC. Tak tahu nak makan apa, aku minta adik aku belikan kentang goreng untuk alas perut. Selesai makan malam, barulah balik. Sampai di hotel dalam pukul 8 lebih. Nasib baik ada beli barang dapur di Coles sebelum ini dan bolehlah kami masak makan malam.

Makan pasta bolognese dengan ikan salmon bakar. Alhamdulillah kenyang. 

p/s: lepas ni aktiviti membeli-belah pula. 

6 comments:

  1. Replies
    1. memang great!
      kalau ada kesempatan ke melbourne, ambil tour ni.

      Delete
  2. wajib laa kena singgah sini kan.. cantiknyaaa.. ehehehe..
    mmg turun tangga laju.. nak naik tu hazab ahakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tempat dia
      pasal tangga tu, turun ok lagi
      bab nak naik, aduh seksa betul!

      Delete
    2. hahaha mmg.. CT faham,. tangga rumah pun. kekadnag turun siap lari2 tp nak naik mcm zombi

      Delete
    3. kalau boleh nak pasang lif dalam rumah sebab malas nak naik tangga
      dasar pemalas betul!

      Delete