Pages

Saturday, March 14, 2015

Love from Melbourne - part 6

Semangat tak aku? Terus sambung 2 cerita di Melbourne dalam 1 hari. Hehehe... Pada hari ketiga di Melbourne, pagi-pagi lagi kami merancang untuk jalan-jalan sekitar hotel. Kalau dah sampai di Melbourne, tak sah kalau tak singgah di Queen Victoria Market. Perjalanan dari hotel ke Queen Victoria Market tak jauh pun sekitar 15-20 minit jalan kaki. Mari aku tunjukkan peta ke sana. 

Ikut dalam peta ni, jalan kaki dalam 10 minit tapi realitinya lebih daripada itu. 

Di hadapan hotel, Arrow on Swanston. 


Dah sampai pun Queen Victoria Market. 

Queen Victoria Market bukanlah setiap hari dibuka. Ada hari-hari tertentu yang dibuka. Kalau tak salah aku, ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Katanya kalau nak beli harga murah, silalah pergi pada hari Sabtu dan Ahad. 

Di Queen Victoria Market juga ada beberapa bahagian iaitu bahagian barang basah seperti ikan, daging, ayam, bahagian kering seperti sayur, buah dan bahagian cenderamata. Kalau nak beli cenderamata Melbourne yang murah, beli sahaja di sini. 
Kaki kangaroo?
Kedai cenderamata.


Makanan laut yang segar. Geram je tengok. 

Sayur-sayuran. 

Penat jalan-jalan, singgah sebentar untuk minum kopi. Nak makan? Jangan risau ada kedai makanan halal yang menyediakan makanan Turki. 

Kita minum kopi dulu. 

Di hadapan kedai makan Turki. 

Minum pun sudah. Shopping pun sudah. Apa lagi, balik ke hotel semula. Nak tahu apa yang aku beli?

Sebahagian hasil tangkapan untuk dibawa pulang. 

Selepas ini, ke mana kita? Kita sambung dulu ya. 

p/s: berlakunya peristiwa jejak kasih.

12 comments:

  1. Wahh bestnya kak mazuriah...itu betul2 kaki kangaroo ker? scary nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam betul-betul kaki kangaroo.
      tak beli pun saja nak tunjuk kat semua.

      Delete
  2. dorang makan kanggaro ke...scary? kesian pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang pasti kangaroo kena makan tapi yang pasti kaki tu dibuat sebagai cenderamata.
      nak tunjuk kreatif lah tu.

      Delete
  3. ya ampun... suker giler oyster... enak dimakan begitu sajorr

    ReplyDelete
  4. datang blog walking..bila nk sambung :-)

    ReplyDelete
  5. ehehe sporting gila pakcik.. tabik tabik..
    aaaaa nak jugak seafood sedap2 tu semua.. mahal ke murah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah memang suka jalan
      nak ikutkan, ayah lagi banyak negara dah lawat.
      seafood memang sedap
      bab harga tu, jangan convertlah. kalau convert memang mahal.

      Delete
    2. hihi ni turun penyakit ayah la ni.. ayah CT suka gak tp dia takot naik kapal terbang. p sabah pun muka da pucat.. so jalan2 kat malaysia je..

      Delete
    3. aah betul
      dapat penyakit ayah suka jalan
      dahla sekarang tak kerja
      makin panjang je kaki dia

      Delete