Pages

Saturday, May 30, 2015

Ho Chi Minh - part 1

Trip ke Ho Chi Minh dah sebulan berlalu baru aku nak update blog. Maaf sebab ambil masa terlalu lama.  Aku boleh katakan trip kali ini adalah trip yang paling sempoi sebab aku tak buat apa-apa persediaan terlebih dahulu sebelum nak berangkat. Kalau ikutkan trip sebelum ini, aku memang plan berbulan-bulan untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Lagipun kali ini aku ke sana hanya untuk shopping raya. 

Untuk trip ke Ho Chi Minh, aku pergi berdua dengan kawan aku, ShirVen. Kalau siapa nak tahu lebih lanjut boleh klik blog dia di sini. Aku dah lama kenal dia sejak tahun 1999/2000. Kenal masa chatting MIRC dan masih berkawan sampai sekarang. Walaupun jarang jumpa, kami masih keep in touch. Bak kata orang, jauh di mata dekat di hati. Cewaah!!! 

Waah panjang pula introduction aku kali ini. 

Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa lebih kurang 2 jam dan untuk pengetahuan semua, waktu di Ho Chi Minh adalah lambat 1 jam daripada kita. Sepanjang berada Ho Chi Minh, aku tinggal di Hotel Hoang Hai Long 2. Setakat ini aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan paling aku suka ialah hotel ini berdekatan dengan Ben Thanh Market iaitu syurga untuk membeli-belah. 

Hotel Hoang Hai Long 2 

Lobi hotel. 

Boleh nampak Ben Thanh Market dari hotel. Jalan kaki pun boleh sampai. 

Oleh sebab kami sampai awal dan kebetulan belum boleh nak masuk bilik, kami cadang untuk ke Ben Thanh Market dulu. Konon nak jalan-jalan tengok apa yang menarik di sana. Tengoklah sangat aku ni, bila nampak kain pasang aku terus kalah. Shopping sampai tak ingat dunia. Aku rasa aku habis belanja sampai berjuta-juta Dong Vietnam. Amik kau. 

Kain cotton memang murah. Boleh dapat sepasang kain dalam harga RM20-30. Yang bagusnya kalau shopping di Ben Thanh Market ni, kalau kita beli banyak, mereka boleh hantar terus ke hotel. Tak perlulah kita bawa barang yang banyak dan berat ke sana sini. Bagus kan? 

Aku juga perasan, di kawasan Ben Thanh Market ramai betul orang Malaysia, Brunei dan Singapura. Terasa macam bukan berada di Vietnam tapi terasa berada di Malaysia. Rata-rata semua cakap melayu. Malah yang menjual barang-barang di Ben Thanh Market fasih berbahasa melayu. Jadi isu untuk berkomunikasi bukanlah masalah besar. 

Aku juga nak kongsi maklumat, kalau nak beli barang adalah lebih untung kita pakai RM daripada kita pakai Dong Vietnam. Aku tak tahu sebenarnya. Kalau aku tahu dari awal, tak perlulah aku nak tukar duit Dong Vietnam banyak-banyak. Rugi betul.

Nak cari kedai makanan halal? Memang senang, memang banyak kedai makanan hal jual depan hotel. Pilih sahaja mana yang suka. Yang paling aku suka ialah minum air kopi ais. Perrggh sedap gila. Aku bukanlah penggemar kopi tapi sekali aku minum, terus jatuh cinta. Rasanya hari-hari aku mesti pekena air kopi ais. 

Adik comel yang peramah jual kopi ais depan hotel. 

Kalau ke Ho Chi Minh, jangan lupa minum air kopi ais ni. Tak salah aku, kopi di Vietnam adalah antara kopi terbaik di dunia. Adik yang jual kopi ni memang pantang nampak aku, mesti tanya aku. "Kopi ais kak?" Untuk 1 gelas air kopi ais harganya cuma RM3. Boleh pilih nak minum kopi susu, kopi O atau milo. Semua sedap! Perasan tak, siap ada tanda halal lagi tu. 

Dalam pukul 2 petang balik ke hotel untuk check in. Tak tahu nak buat apa, aku dan kawan aku pakat tidur sebab semalam tak cukup tidur. Biasalah aku, kalau ada trip pada hari esok memang tak lena. Sedar-sedar bangun tidur dah pukul 5 lebih. Katanya sebelah malam ada pasar malam yang terletak di hadapan Ben Thanh Market. Sementara tunggu malam, lepak dalam bilik dulu. 

Bila malam menjelma, keadaan bertambah meriah. Ramai orang yang datang menjual barang-barang depan hotel sampailah ke Ben Thanh Market. 


Suasana sebelah malam memang meriah. 

Sambil jual barang-barang, suap makan sekali. 

Penat jalan-jalan dan membeli-belah, balik ke hotel semula. Apa lagi, tidurlah jawabnya. 

Kita sambung lagi ya. 

p/s: lepas ni kita tengok kawasan sejarah pula. 

10 comments:

  1. ShirVen? mcm kenal...rasa mcm pernah baca blog beliau

    ReplyDelete
  2. Hoang Hai Long 2? ...mmg jadi pilihan JM juga jika ke HCM selain dari Saigon Pink2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kalau ke HCM boleh stay situ lagi.
      memang berpuas hati dengan hotel ni.

      Delete
  3. betul tu..pasar ben than pasar org melayu...sampai peniaga pun dah fasih ckp melayu...

    itulah Mazu..kalau ke sana x perlu tukar Dong byk...baak RM je..Dong guna utk bayar teksi, makanan, kalau nk shopping guna RM kita lagi untung dan senang nk kira..compare nk kira duit ribu riban tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. senang la kalau nak beli barang kalau boleh cakap melayu
      saya tak tau pun kalau kita pakai RM lagi untung
      sekarang dah tau, jadi lepas ni tak payah nak tukar banyak2 kan?

      Delete
    2. Wah excited nak pergi Vietnam jugak ni sept nanti. Dah book Hoang Hai Long 2 tu. Tapi bilik twin bed. Okey ke nak masuk bertiga (my parent & i). Sempit sangat tak? Pastu masuk 3 org mesti kene add caj kan? or better book bilik lain yang lebih besar? *fenin* Eh Sis JM pun ada sini :)

      Delete
    3. Azie..jgn terkezut!!! sis JM ada di mana-mana hihihi....wah nak ke HCM...bestnya!

      Delete
    4. Azie: amik je bilik lain yg lagi besar. kalau amik bilik tu takut tak selesa pula
      JM memang ada di mana-mana sahaja. hehehe..

      Delete
  4. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej
    cuti bajet ke Ho Chi Minh Vietnam serendah RM499, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk
    maklumat lanjut. Terima kasih!

    ReplyDelete